Sunday, August 16, 2009

Tunda Lagi...

Salam...

14-15 Ogos, saya dipanggil mesyuarat dan bengkel. Ada perkara yang perlu diselesaikan. Atas arahan JPS, saya perlu akur. Walaupun hari Sabtu (15 Ogos) adalah cuti! Baru dapat bercuti, memandangkan sejak Julai hingga 8 Ogos yang lalu, setiap Sabtu ada saja program dan aktiviti di sekolah. Selain KBS, aktiviti sekolah yang lain juga perlu dihadiri.

Dalam mesyuarat tersebut, kami dimaklumkan Mahrajan j-QAF Negeri Selangor 2009 terpaksa ditunda lagi. Jadual terkini, selepas aidilfitri. Ini kerana, tiada peruntukan dan kesuntukan masa urusan persiapan dan sebagainya. Yang pasti, PPD Kuala Selangor dan PPD Sepang telah selesai menganjurkan Mahrajan ini diperingkat daerah... Tahniah!

Selain penundaan tarikh mahrajan, kami turut dimaklumkan bahawa kemungkinan besar Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam j-QAF Negeri Selangor untuk ambilan 2008 tidak dapat dijalankan pada tahun ini. Kebiasaannya, apabila guru j-QAF yang telah selesai mengikuti kursus di Institut Perguruan, maka kami juga pasti akan sibuk untuk mengendalikan kursus tersebut. Mungkin hingga 4 atau 5 pakej!

Namun, kepada guru-guru Pendidikan Islam Program j-QAF Negeri Selangor ambilan 2008, janganlah kecewa dan gundah gulana. Jika tidak tahun ini, mungkin tahun hadapan... :) Tapi semua ini bergantung kepada pihak atasan. Manalah tahu, tiba-tiba pulak dapat surat hadiri kursus... wallahu 'a'lam.

Tahun ini, tiada peruntukan... itulah jawapannya!

Begitu juga dengan Kem Mukhayyam Bahasa Arab. Berkemungkinan juga tidak dapat diadakan pada tahun ini. Alasannya, sama... no budget!

Kata Ustaz Wan Yusof, tahun depan InsyaAllah...

Dengan tiadanya kursus pemantapan dan kem mukhayyam, maka saya akan berada di sekolah. Maka juga, tiadalah lagi suara yang tidak puas hati... malah ini berita gembira kepada sesetengah orang.

Antaranya, beberapa guru di sekolah. Kerana tiap kali nama saya tercatat di papan putih pejabat, maka akan ada 'mata' yang memandang.

...'ustaz ni, kerap sangat keluar'... suara berbisik. Huhu...

Hmm, saya pun lebih selesa di sekolah sebenarnya... kerana waktu kerjanya lebih singkat berbanding tugas luar ini. Daripada pagi hingga lewat malam. Bukan keluar kerana 'bersuka-ria'.

Insan lain yang pastinya tersenyum lebar mendengar khabar ini, sudah pasti isteriku. Tidak lagi ditinggal-tinggalkan. Dulu ditinggalkan bertiga bersama anak-anak, tapi kini ditinggalkan berempat pula... Khabar penangguhan kursus ini pastinya khabar yang menggembirakan!

Maka dengannya juga... saya senang hati. Namun, bergantung kepada kehendak tugas yang lain. Jika tidak, saya akan berada di sekolah... :)

Ramadhan kian hampir. Beberapa hari sahaja lagi. Sama-sama kita persiapkan diri... Jom!

Dipetik daripada blog ummi ;)

RAMADHAN IS COMING

Ramadan is here,
Here is Ramadan.
Ramadan is coming,
The time that is blessed.

Ramadan is coming,
The time we love best.
The month in which the Qur'an was sent;
A time of great blessing in which to repent.
Fasting for Allah is a great Muslim deed;
Controlling desires and Suppressing greed.

Ramadan is coming,
Increase your Iman.
Ramadan is coming,
Recite the Qur'an.
Taking "Suhur" in the dead of the Night;
No eating no drinking during the daylight.
Refrain from bad deeds and repent for your soul;
The pleasure of Allah is our only goal.

Ramadan is coming, so let us prepare.
Ramadan is coming; there is peace everywhere,
Even if there is hunger, remember your Lord
And wait until 'Iftar' to earn your reward.
Fasting is one of the gifts of Allah
Given to believers to increase 'Taqwah'.

Ramadan is here, here is Ramadan.
Ramadan is coming, so seek the new Moon.
Ramadan is coming, it will be here soon.
We pray to Allah to put right our hearts;
Ask for forgiveness from Allah and make a new start.
Raising our hands we ask for his 'Rahmaa';
Hear us our Lord and grant us 'Jannah'.

2 comments:

perantau.tt said...

bz betul keje ustaz yer.. moga dipermudahkan segala urusan.. ye ramadhan is coming.. teringat zaman di RU.. :)

Abu Muazz said...

yup azral... tiap kali Ramadhan datang, kenangan kat RU pasti diingati.

- turn masak utk iftor (kekadang iftor kat surau ikhlas jaaa)
- turn masak utk suhur
- ada org tu bukak gerai jual yong tau fu
- ada org yg 'liat' nak bgn suhur

yg pasti, kenangan terindah, kan?

Popular Posts