Sunday, August 02, 2009

Tahsin Al-Qiraah

Salam...

Petang semalam, sebelum balik dari sekolah saya ditegur seorang rakan bertanyakan tentang Buku Tajweed. Nak baca tentang Makhraj Huruf. Nak cuba belajar dan baca... kalau tak faham, beliau akan rujuk.

Saya cuba menggeledah almari dan rak buku. Rasanya buku tu memang ada. Namun saya tak jumpa di rak. Mungkin saya salah letak atau anak-anak saya 'menyimpan' dan 'mengemas'.

Teringat pulak saya ada dalam simpanan, beberapa slaid tentang Hukum Tajweed. Slaid ini, rakan JU saya yang sediakan, Ustaz Khairi Ramlee dengan beberapa JU Tahsin Quran yang lain. Jadi, saya upload di dalam blog ini untuk rujukan sahabat-sahabat pengunjung blog, mungkin untuk diri sendiri, atau di jadikan bahan bantu semasa mengajar.

Saya pernah anjurkan Kelas Tahsin di sekolah. Agak ramai yang hadir, walaupun tidak diwajibkan. Rata-rata guru amat berpuas hati dengan penerangan dan celoteh Ustaz Khairi yang dijemput memberi pengisian pada hari tersebut.

Kerana bagi mereka, mereka tahu membaca, namun mungkin Tajweed belum dapat dikuasai dengan baik... apatahlagi jika bertemu dengan Qhorib Hafs... ada yang tak tahu membacanya!

Jangan pula lepas ni saya bertemu lagi dengan guru yang mengajar Al-Quran di dalam kelas, masih belum tahu menyebut Fawatihus Suwar dengan betul...

Alif Lam Ro dibaca Alamaro...

Kaf Ha Ya 'Ain Sod dibaca Ka Ha Ya 'Aa So...

Ha Mim dibaca Ha Ma...

'Ain Sin Qaf dibaca 'A Sa Qa...

Belum lagi bertemu dengan bacaan Imalah, Saktah, dan beberapa bacaan Qhorib yg lain. Mungkin lucu, atau yang menganggapnya mustahil... namun itulah yang kami dengar sendiri sewaktu mengendalikan beberapa kursus tahun lepas dan sebelumnya...

Adakah kerana mereka gugup semasa kami mendengar bacaan mereka atau memang baca sebegitu sebelum ini...

Bukan tujuan mengaibkan, tapi... supaya kita belajar kerana kita akan mengajar murid-murid! Kalau salah ilmu yang kita sampaikan... itulah yang akan dibawa sampai bertemu ilmu yang betul!

Pada tahun ini, Kursus Tahsin anjuran JPS telah diadakan awal lagi. Bermula April yang lalu. Beberapa siri kursus diadakan. Di Glory Beach Resort, Lumut dan juga Pangkor. Bertuah badan bagi yang terpilih, dapat membaiki mutu bacaan... dan bagi yang tidak terpilih, boleh belajar melalui rakan yang hadir atau berguru dengan orang yang mahir.

Semoga sedikit bahan yang saya uploadkan di sini, boleh membantu.

0 comments:

Popular Posts