Sejak kebelakangan ni, agak sibuk dan masa terbatas untuk kemaskini blog. Hanya sempat membaca entry pada blogger aktif melalui kaedah lompat lompat...
Cuma hari ni, mungkin persoalan yang bermain dibenak guru-guru j-QAF terjawab apabila Ustaz Zubaidi menyatakan, Guru j-QAF Kohort 2005 Kekal di SK.
Beliau dan beberapa JU Selangor terlibat dengan Mesyuarat Pemurnian Bahan2 Pelaksanaan jQAF Sekolah Menengah di Hotel Empress, Sepang. Butiran lanjut, boleh la menjengah ke blog beliau.
Dengan berita itu juga, secara rasminya saya memberhentikan poll berkaitan isu yang tersebut. Namun, terima kasih saya ucapkan kepada pengunjung yang sudi membuat undian... walaupun hasilnya tak seperti yang kita semua jangkakan...

Apa jua keputusan pihak KPM berkaitan isu ini, apa yang diharapkan agar murid yang sama2 mengikuti program j-QAF akan mampu membuat kita tersenyum dengan pelbagai kebolehan dan kemahiran khususnya dalam bidang Al-Quran dan Bahasa Arab, selain mampu mendirikan solat dengan baik, walau di mana mereka berada...
Kepada GPI di SM sekarang, tahniah kerana akan dinaikkan ke Gred DG44. Sama-sama kita laksanakan tugas dan tanggungjawab ini sebaiknya...
Saya masih menanti entry daripada Ustaz Zubaidi... yang meninggalkan seribu persoalan dan tanda tanya... jawab cepat yer... tak lalu nak makan pulak nanti. :)

4 comments:
ok la tu...maknanya akan ada pengambilan kpli utk j-qaf sm ke lps ni? ke dah x der j-qaf kat sm?
kak faten leh rujuk blog ustaz zubaidi yg saya link kan tuh... leh baca perkembangan mesyuarat pasal isu nih... :)
dah tgk... skrg ni musykil juga.. klu GPI SM tu skrg ni dah level DG44(kakak k.faten) mcm mana plak? naik DG45 ke?
ada ke DG45? rasanya DG 48 kot.. hehe entahlah kak faten... wo pechetow :)
Post a Comment