Monday, October 05, 2009

j-QAF sedang dikaji???

Salam...

Hari Kedua di Goldcourse, Klang. Dalam dewan Jade Garden, mendengar ceramah motivasi daripada Ustaz Zamri, Penolong Pengarah Bahasa Arab JPS... Pentingnya Bahasa Arab dalam kehidupan kini...

Perlu diberi perhatian...

Perlu ditanam minat mendalam...

Perlu diiringi usaha dan kesungguhan...

Kalau nak HASIL dan NATIJAH yang membanggakan...

Saya turut terkesan... terpaku mendengar ceramah beliau. Sudah masuk 5 tahun murid rintis Program j-QAF mendengar, membaca, menulis dan bertutur dalam Bahasa Arab. Harapan yang digalas, bukan kecil... malah menggunung tinggi.

Persoalan keberkesanan program j-QAF turut diulas dalam akhbar hari ini. Fokus: Kesan Pengajaran j-QAF. Nampaknya, program ini sedang diberi perhatian serius. Bukan sahaja di peringkat JPS, malah KPM dan PM sendiri.

Selain itu, isu j-QAF akan diteruskan ke peringkat menengah turut dibincangkan di dalam akhbar hari ini.

"Jawatankuasa kaji kelemahan Program j-QAF"

Antara yang disebut:

Kita melihat pengisian Kafa mempunyai persamaan dengan j-QAF dan usaha penyelarasan dilihat wajar dilakukan bagi mengelak sebarang pertindihan selain memantapkan kurikulum kedua-dua program,” katanya kepada Berita Harian.

Alimuddin menjelaskan, jawatankuasa terbabit juga akan mencari kaedah bagaimana j-Qaf yang pada masa ini membabitkan murid sekolah rendah dapat dimantapkan selain dilanjutkan sehingga kepada pelajar tingkatan lima.

Katanya, pelaksanaan program j-QAF di peringkat sekolah menengah disifatkan wajar bagi memastikan kesinambungan berterusan dan pengetahuan mantap setiap pelajar dalam pendidikan Islam.


Jadi, moga hasrat dan harapan kita semua yang tergalas, akan terlaksana... InsyaAllah.. walaupun bukan senang, moga suatu hari nanti... akan menyenangkan kita dan mereka... Al-Quran di dalam dada... menjadi teman dalam suka dan duka... penyuluh cahaya dalam kegelapan... suatu hari nanti... ya, suatu hari nanti... Ameen

4 comments:

fa10 said...

ameen. kak faten dah bertukar ke jejakpendidik.blogspot.com

Hosting Template said...

Assalamu alaikum ^^

tice said...

semoga segala USAHAs yang gigih dijalankan untuk meneruskan program j-QAF ini ke sekolah menengah...disamping mengupgradekan mana-mana komponen yang perlu dan memperbaiki kelemahan yang dikenalpasti...tanpa menjejaskan tujuan asal(murni) program ini..

Dan semoga jugak ia takkan jadi 1 program 'MELEPASKAN BATUK DI TANGGA'...dan jugak 'TAK KESAMPAIAN' ....dan harap-harap ia tidak menerima nasib yang sama seperti program eTEMs../PPSMI.(mintak dijauhkan...)

Abu Muazz said...

salam ummi... thanks for the comment. betul tuh... yang penting, agar tercapai segala matlamat murni tuh.

suka bila ramai yg boleh baca Quran. tapi sedih bila masih ada yg masih belum dapat bc dgn baik...

apa pun, progam ni masih perlu penambahbaikan... saya setuju ngan ummi... mg tak jadi program melepaskan batuk tepi lif...

sama2 kita usaha...

Popular Posts