Friday, October 09, 2009

Kita 1 Keluarga...

Salam...

Saya menukar mode seketika- daripada serius kepada santai.

Entah kenapa, beberapa hari ini saya banyak menyendiri. Banyak berfikir. Hal sendiri, peribadi, keluarga, anak-anak, ummi, sekolah dan sebagainya.

Cara saya, sukar untuk bercerita. Hanya memendam. Ironinya, saya suka mendengar masalah orang. Dan cuba meleraikan simpulan yang membelenggu.

Semoga perasaan kacau ini beransur pergi. Bukan kerana penat bersama rakan lain menguruskan kursus, bukan juga penat melayan karenah anak-anak. Mungkin itu lumrah hidup. Saya perlu muhabasah diri... agar diri ini lebih dan makin dekat dengan Pencipta.

Hanya itu rasanya kunci untuk meleraikan kekusutan...

...

TAHNIAH DIK HA

Saya dan adik saya (dik ha) antara yang pintar semasa zaman sekolah. Namun saya lebih daripadanya, itu akur ummi.

Kami sering berlumba, agar jadi yang terbaik. Bukan untuk berbangga, namun agar kejayaan itu kan membuat ummi dan abah tersenyum puas dan bangga.

Semalam, saya dapat kiriman SMS. Kata dik ha, dia dah terpilih sebagai Pelatih Cemerlang untuk Kursus KPLI SR j-QAF di Institut Perguruan Temenggong Ibrahim, Johor Bharu. Bukan 1 anugerah, tapi 2 anugerah... tahniah. Ateh tumpang bangga dan gembira. Yang pasti katanya, Anugerah Praktikum Cemerlang sudah dalam tangan... satu lagi? Belum pasti...

Nampaknya Ha dah buktikan, Ha juga mampu buat yang terbaik. Nampaknya juga, kali ni Ateh tewas dengan Ha. Ha dah sungguh-sungguh nak beat Ateh. Alhamdulillah, kejayaan milik Ha juga. Syabas...

Moga kejayaan Ha tu, akan jadi pembakar semangat untuk menjadi pendidik yang baik. Menjadi model dan contoh untuk diteladani. Akhlak dan sahsiyah juga... Bukankah itu yang selalu Ateh bagitau?

InsyaAllah, jika ada kelapangan waktu, akan kami semua iringi kejayaan Ha sewaktu konvokesyen nanti, yang bakal tersenyum puas, pasti Ummi!

Semoga Ha kan terus cemerlang... Tahniah sekali lagi dari Ateh. Jaga diri, kerana dirimu bakal menjadi milik seseorang, yang Ha pilih sendiri. Bukan kami yang tentukan. Jadi, semoga hubungan itu tidak disulami bunga fitnah dan umpat.

Buat adik di Mansourah, Mesir... kami paham, adik dah makin rindu untuk pulang. Apatahlagi majlis bahagia Kak Ha dan Achik bakal berlangsung tahun hadapan. Mungkin adik tidak mahu melepaskan peluang manis itu, bukan?

InsyaAllah, jika ada rezeki dan kelapangan kewangan, kami akan uruskan. InsyaAllah... ummi pasti gembira.

Semalam, Angah dan Abe Ngah dah selamat sampai ke rumah Along di Bangi. Ziarah untuk tengok baby baru (Afiq) dan ziarah siyasah ke PD. Ummi tak dapat ikut sama. Walaupun pada awalnya, beria untuk ke sana. Banyak bekal yang ummi sediakan... rendang, ketupat dan sebagainya...

Sebabnya jiran kita, yang dah dianggap keluarga sendiri (Pak Cik Sahak) semakin nazak. Kini sedang dirawat di HUSM, wad yang sama dengan arwah abah dulu. Khas untuk pesakit kritikal.

Ummi dah bersiap segala. Untuk menemui cucu yang belum ditemu. Namun apakan daya... ummi tak sanggup meninggalkan anak-anak Pak cik Sahak yang sudah dianggap anak sendiri, menanggung sedih sendiri, tanpa ummi disisi. Kata ummi, ummi tak sanggup meninggalkan Pak Cik Sahak bersama anak-anak yang sudah mula pulang ke sini, dari Perak, Johor semata-mata untuk menemani ayah yang semakin tenat...

Biarlah... masih ada masa untuk ummi ke Bangi, ke rumah Along... InsyaAllah, jika ada kelapangan, ummi ke sana lagi...

Malam ni, ada BBQ di rumah Along. Mesti idea Abe Ngah nih. Achik yang kebetulan berada di KL menguruskan kerjanya juga, akan ke sana malam nih. Kami juga, insyaAllah... selepas Ateh pulang dari sekolah, terus ke Bangi. Untuk berkumpul adik-beradik... Malam ni juga, terpaksa kembali ke Klang kerana esok akan berLADAP. Tuntutan tugas...

...

Itu lah... suka dan duka, pasti akan menyulami hidup kita... ia kan menjadi hiasan yang baik dan cantik jika kita pandai menyoleknya...

Walaupun apa pun ceritanya... baik dan buruk, susah dan senang... kita 1Keluarga!

2 comments:

tice said...

TAHNIAH untuk daughter Ha diatas kejayaan CEMERLANG ANDA!!!

Biasalah ustaz...bila dah bergelar UMMI...situasinya berbeza ....Banyak yang perlu difahami oleh anak-anak yang mempunyi UMMI masing-masing..kerana...UMMI mengontrol segalanyer..Hanya yang MEMAHAMI dan berada di situasi sebegitu akan MEMAHAMI...

Fiez Kejora said...

syukran atheh...ha terharu sgt2 ngn entry atheh kali ni...kite dah same2 berusaha..

Popular Posts