Friday, October 02, 2009

Pakej Kursus Guru j-QAF Kohort 2008

Salam Murabbi...

Semalam, kami dipanggil untuk bermesyuarat di JPS. Semua 13 orang Jurulatih Utama terlibat bagi menyediakan bahan kursus yang melibatkan bahan pembentangan, hands out serta bahan2 lain yang diperlukan sepangjang kursus. Semua bahan ini adalah keperluan untuk Kursus Pemantapan Guru-guru Pendidikan Islam Program j-QAF Negeri Selangor Ambilan 2008.

Seperti yang saya maklumkan dalam blog sebelum ini, kemungkinan kursus tersebut tidak dapat dijalankan berikutan ketiadaan peruntukan. Namun dalam mesyuarat semalam, kami dimaklumkan bermula 4hb Oktober hingga 4hb November 2009, sebanyak 6 pakej telah diluluskan.

Jadi, nampaknya akan keraplah JU akan keluar, melaksanakan tugas dan amanah!

Bukan setakat kursus pemantapan sahaja, peruntukan untuk pelaksanaan Kem Literasi Al-Quran, Kem Bina Juara dan Kem Bestari Solat Peringkat Daerah juga telah 'turun'. Jadi, para penggerak daerah akan mula dipanggil oleh PPD masing-masing bagi melaksanakan program tersebut, walaupun sesi persekolah cuma berbaki beberapa hari sahaja lagi.

Tidak dicampur dengan aktiviti di sekolah lagi, Hari Anugerah, Sukan, Peperiksaan Akhir Tahun, Hari Kanak-kanak dan sebagainya.

Mahrajan Negeri Selangor juga telah ditetapkan pada 13 dan 14 November 2009. Jadi, kepada sekolah yang masih belum bersedia, mungkin boleh dibuat persediaan sekarang.

Untuk memudahkan sahabat guru j-QAF kohort 2008 yang mungkin akan dipanggil mengikuti kursus tersebut, saya senaraikan pakej yang akan dilaksanakan.

Pakej 1: 4 hingga 6 Oktober 2009 - Hotel Goldcourse, Klang
Pakej 2: 12 dan 13 Okteber 2009 - Dewan PPD Lama, Kuala Selangor
Pakej 3: 14 dan 15 Oktober 2009 - SK Taman Prima, Batu Caves.
Pakej 4: 19 dan 20 Oktober 2009 - PPD Petaling Perdana
Pakej 5: 21 dan 22 Oktober 2009 - Dewan Persidangan Blok E, PPD Hulu Langat
Pakej 6: 4 dan 5 November 2009 - PPD Petaling Perdana

Untuk makluman, hanya peserta yang terpilih mengikuti Pakej 1 sahaja akan bermalam di hotel. Namun, untuk Pakej 2 hingga 6, para peserta tidak akan bermalam. Bermula jam 8.30 pagi sehingga jam 5.00 petang. Hanya makanan disediakan, penginapan di rumah sendiri :)

Walaupun jadual agak padat dan kerap, kami semua (JU) telah dibahagikan tugas agar tidak terlalu kerap meninggalkan sekolah. Itu yang sebaiknya,.. disamping tugasan luar, sekolah sendiri perlu juga diutamakan... :)

Jadual ini, mungkin ada perubahan, tertakhluk kepada keputusan daripada pihak JPS. Ini adalah perancangan yang dimaklumkan kepada kami.

Kepada sahabat JU, mantapkan persediaan kita. Semoga apa yang akan kita sama-sama bentangkan nanti, akan menjadi input yang terbaik untuk semua peserta. Yang penting, ia akan dibawa pulang ke sekolah, dan akan di implimentasikan sebaik mungkin... InsyaAllah...

Kepada yang terpilih, selamat berkursus dan jumpa di sana!!! :)

2 comments:

miorjqaf said...

Wah, mantap! Selamat berjuang sahabatku..

Abu Muazz said...

apa yg mantap lak... kami kena sentiasa up to date. kalau tak, hasil akhirnya... pasti mengecewakan.

berkorban la... walaupun penat sikit.

tak gitu??? Johor apa macam?

Popular Posts