Wednesday, February 23, 2011

Taklimat dan Diskusi KSSR Pendidikan Islam

Assalamualaikum...

Syukur, Alhamdulillah... saya dapat menyelesaikan tugas dan amanah untuk hari ini. Hari ini giliran saya untuk membentangkan tugasan Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh bersama sahabat saya, Ust Saif. Mujur kami mendapat giliran pertama hari ini kerana saya terpaksa meninggalkan kuliah (selepas pembentangan-dengan izin dari dr.) untuk bersama2 GPI Daerah Sepang di PKG Salak dalam sesi Taklimat dan diskusi KSSR Pendidikan Islam.

Apa yang menarik, semasa sedang membentangkan tugasan bertajuk التعارض والترجيح, datang seorang pelajar yang juga teman sekuliah yang berasal dari Libya bertemu dengan Dr. Hayatullah Laludin. Beliau meminta kebenaran untuk bercerita dan berkongsi kisah yang berlaku di Libya... فمن لم يهتم بأمر المسلمين، فليس منهم... Namun, setelah memohon pandangan, Dr. hanya akan memberi ruang tersebut setelah selesai sesi pembentangan... Arghhh... nampaknya saya terlepas peluang untuk mendengar Musa berkongsi kisah tersebut... Tadi, sempat membaca kenyataan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkaitan Fatwa membunuh Presiden Libya, Muammar Ghadaffi... boleh baca di sini, atau di sumber asalnya di sini.

Selesai pembentangan jam 9.10 pagi. Nampaknya saya terlewat untuk ke PKG Salak. Dalam perjalanan ke kereta, saya mendapat panggilan dari Penyelaras Kanan PI, PPD Sepang... huhu, bergegas saya ke PKG. Saya hanya sampai di sana jam 9.40pg. Mujurlah GPI yang hadir sedang makan pagi setelah mendengar taklimat ringkas dari Penyelia Kanan.

Tugas saya sebagai moderator... berbincang masalah yang dihadapi oleh GPI sepanjang mengendalikan kelas Pendidikan Islam Tahun 1. Sudah hampir 2 bulan KSSR berjalan.

Namun, persoalan yang banyak ditimbulkan adalah berkisar Pentaksiran dan Penilaian. Banyak input yang dapat dikongsi. Daripada info yang dapat daripada pihak BPK, pihak Lembaga Peperiksaan akan menyerahkan semua dokumen berkaitan pentaksiran pada bulan Mac. Jadi, kita tunggu lah saat itu.

Persoalan lain antaranya metod pengajaran yang berkesan melibatkan murid yang pintar dan lemah. Ini kerana KSSR menuntut agar semua murid dapat apa yang diajar. Di sini, peranan guru agar lebih kreatif menyediakan strategi pengajaran yang lebih berkesan. InsyaAllah, usaha yang berterusan akan membuahkan hasilnya...

Hasil persetujuan bersama, kami telah bersama-sama menyediakan Standard Prestasi (Kenyataan Huraian Band 1-Band 6) yang akan digunapakai oleh Panitia Pendidikan Islam. Terima kasih kepada semua GPI yang telah sama-sama menyumbang idea...

Semoga kita semua dapat laksanakan tugas dan amanah ini dengan cara dan kaedah yang terbaik. InsyaAllah...


Info KSSR: Alamat Emel diperlukan

Assalamualaikum...

Makluman kepada semua peserta taklimat KSSR Pendidikan Islam di PKG Salak pada 23 Feb 2011, anda diminta menyerahkan alamat emel yang aktif bagi tujuan penyerahan info dan dokumen berkaitan KSSR Pendidikan Islam.

Sila nyatakan :

1. Nama,
2. Nama Sekolah,
3. Alamat Emel (aktif)

Cara penyerahan alamat emel:

1. Hantar melalui ruangan 'comment' pada entry ini ATAU
2. Tinggalkan pesanan pada Shoutbox di sebelah kanan blog ini, ATAU
3. Emelkan pada : mohaz79@gmail.com

InsyaAllah saya akan emelkan bahan tersebut secepat yang mungkin.

Sekian, harap maklum.


Tuesday, February 22, 2011

Ayuh sahut cabaran ini...

Assalamualaikum...

Pantas sungguh masa berlalu... tanpa sedari sudah masuk minggu kelapan saya berulang-alik ke UKM menghadiri kuliah. Syukur kehadrat Allah di atas ruang waktu dan kesihatan yang diberikan...

Usai kuliah Sistem Ekonomi Islam, saya sempat berbual bersama-sama rakan sekuliah. Masing-masing meluahkan kesibukan dan rasa bebanan dalam menyiapkan tugasan sepanjang semester ini. Ada yang beranggapan semester ini agak 'kalut' memandangkan tugasan yang diberikan agak 'kerap' dan banyak... huhu. Ramai yang berkongsi kekangan yang ada... kekangan masa, kekangan kerja dan sebagainya...

Ramai yang menyuarakan rasa 'pening', 'kalut' dan tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan terutamanya Kaedah Penyelidikan. Subjek pra-syarat untuk pelajar master dan PhD. Sememangnya subjek ini bagus sebagai gambaran awal sebelum mula menulis disertsi mahupun tesis nanti. Namun tugasan yang diberikan agak 'kerap'. Ditambah dengan tugasan subjek lain, menyebabkan ada yang tidur dalam 'jaga'...

'Tidur dalam jaga'??? Ya... itu la yang diceritakan oleh seorang sahabat tadi. Dia bertemu dengan doktor untuk rawatan sakit tulang belakang. Selepas selesai sesi rawatan, dia terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa sakitnya makin kronik dan serius...

Kata doktor... sakitnya sekarang umpama sebuah komputer yang sudah ditutup suisnya, dimatikan monitor, namun CPU nya masih ligat berfungsi. Mana mungkin? Tapi itu tidak mustahil... Analogi yang diberikan doktor itu memang tepat!

Kerana asyik memikirkan kesibukan menyiapkan tugasan yang banyak ini, dengan sesi pembentangan dan pelbagai, tidur pun tidak 'puas'!!! Jasadnya tidur, namun fikirannya menerawang memikirkan seribu macam persoalan...

Inilah cabaran kami... sahabat yang mengambil kelas secara sepenuh masa, yang sedang cuti belajar sama ada bergaji penuh atau tanpa gaji, berbiasiswa atau tanpa biasiswa, dan sahabat yang tidak bekerja turut melahirkan situasi yang sama... hatta yang masih bujang... huhu. Cabaran tetap ada... ;)

Seperti saya, komitmen di sekolah tetap perlu diberikan disamping tugasan luar (PPD n JPN) yang menuntut komitmen saya... Minggu ni, perlu siapkan soalan untuk ujian bulan Mac nanti. Nak tak nak, saya perlu buat semua tu... Sesungguhnya, cabaran dalam menuntut ilmu ini, pasti akan memberikan kenangan manis, suatu hari nanti... InsyaAllah.

Baru-baru ini, saya pernah ditegur... "ustaz nampak susut sikit sekarang... sejak sambung belajar nih..." Saya sendiri kurang perasan... selepas ditegur beberapa orang... akhirnya saya cuba menimbang berat... sebelum ini berat 86kg. Namun setelah ditimbang... akhirnya tercatat 75kg. Wah... sampai begitu sekali penangan sebagai seorang palajar master nih...

Akhirnya seluar yang sebelum ini tidak muat dipakai kerana semakin kecil (hehehe...) akhirnya tergantung semula... sedia untuk dipakai lagi... Seluar yang dipakai sekarang pula terpaksa 'dicerut' ... Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah berikan... Semoga semua sahabat yang sedang bermujahadah... sama ada baru di semester I, atau hampir selesai semester II, moga terus bersemangat... inilah perjuangan!!!... Moga kejayaan milik kita.

Buat sahabat yang masih berkira-kira untuk sambung belajar dan juga yang tengah bersemangat untuk sambung... usah pudarkan semangat itu... Sekali kita melangkah... usah toleh ke belakang... pastikan kita sampai ke garis penamat... Buat kak Rozy (rakan seperjuangan di sekolah)... teruskan semangat... moga berjaya dan tercapai apa yang diidamkan itu... InsyaAllah.

Ayuh, kita sahut cabaran ini!!!... ;)

Monday, February 14, 2011

Selamat Ulangtahun ke-6

Assalamualaikum...

Hari ni, hari paling manis buat saya dan rakan2 ustaz, ustazah GPI j-QAF Kohort 2005. 14 Februari 2005 kita semua telah melaporkan diri ke sekolah pertama masing-masing. Dengan pelbagai perasaan,... gembira, teruja, seronok dan tidak kurang juga perasaan takut, bimbang dan sebagainya.

Masih teringat kisah 6 tahun lalu. Mula-mula saya menjejakkan kaki ke sekolah yang saya ditempatkan, SK Telok Menegon, Klang. Dek kerana terlalu teruja untuk melihat sendiri bagaimana 'rupa' sekolah tersebut, saya mengajak sahabat yang juga di posting kan di Klang, untuk pergi ke sana pada 1 Februari. Ini kerana kami di maktab (IPBMM) cuti sempena Hari Wilayah. Jadi kesempatan tersebut diambil untuk 'berjalan-jalan' ke sana.

Sempat beramah mesra bersama pentadbir yang ada. Walaupun pada awalnya mereka terkejut dengan kehadiran kami kerana di dalam surat makluman keada pihak sekolah, kami seharusnya melaporkan diri pada 14 Februari.

Itu cerita 6 tahun lalu...

Kini saya telah menjadi warga SK Desa Putra. Sudah setahun bermukim di sini. Setelah 5 tahun di Telok Menegon. Banyak kenangan, yang pasti manis dan pahit menjadi rencah dan rempah sepanjang bergelar guru. Pengalaman,... banyak mengajar erti sebuah perjuangan dalam dunia pendidikan ini...

Sahabat-2 (kohort 2005) sudah genap 6 tahun bergelar guru di mana jua tempat kita semua berada. Ada yang masih kekal di sekolah pertama. Ada yang sudah bertukar ke sekolah lain, sama ada balik negeri, dalam negeri atau dalam daerah. Ada yang bertukar sebuah sekolah, ada juga bertukar 2-3 buah sekolah. Namun ada juga yang masih setia dengan sekolah yang satu itu. Itu CINTA PERTAMA kita... huhu...

Sebenarnya pelbagai rasa dan konflik yang ada. Ada rasa suka dan seronok. Namun ada rasa duka dan hiba. Suka kerana suasana yag kondusif dan selesa, duka kerana mungkin berjauhan dari ahli keluarga, sama ada isteri atau suami tercinta. Ada juga yang berkonflik dalam diri. Susah nak digambarkan... hanya yang mengalami, pasti mengerti... huhu, tak usah dipanjang2kan di sini, bimbang ia akan disalaherti. ;)

Buat semua sahabat yang terlibat... selamat meneruskan misi kita semua. Semoga apa yang kita idam2kan akan tercapai. Walau di mana kita berada, tugas dan amanah kita tetap sama... ;) Teruskan perjuangan...

Kepada 'ahli' baru GPI j-QAF yang akan melapor diri 21 Februari nanti, selamat meneruskan perjuangan di tempat baru. Semoga semangat yang sedang membakar, takkan padam dan luntur... ;)

Buat geng 2005, "Selamat Ulangtahun Penempatan (Posting) Kali ke-6 !!!"

Thursday, February 10, 2011

Kalau itu takdirnya...

Assalamualaikum...

Sambil-sambil mencari idea untuk siapkan tugasan, saya berhenti sekejap... nak menulis apa yang terbuku... sejak petang tadi...

Tengah hari di sekolah, dapat SMS dari isteri, katanya namanya tak tersenarai dalam calon guru yang ditempatkan dalam Negeri Selangor. Mungkin akan ke KL atau Putrajaya. SMS tersebut buat saya tak senang duduk... memikirkan 'kesan' jangka masa panjang dan pendek selepas ini...

Namun, berserah pada-Nya...

Reaksi isteri... tidak cuak, tapi tenang... katanya, mungkin ada hikmah... ada tempat yang lebih baik agaknya... fuuhhh... boleh dia rilek cam tu je... yang kita ni kelam kelibut dah... huhu,... sambil menyambung SMS nya, kalau dapat jauh, abang la kena berulang... huhu.

Tiba-tiba teringat beberapa peristiwa... sebelum kami semua pindah ke sini... dari Klang, menetap kini di Bangi.

Sebelum ni, kami selalu berkunjung ke Bangi... ke rumah abang di Kuarters Kakitangan di ILSAS. Sebelum ini abang sulung saya tinggal di Seksyen 3, Bangi Perdana. Kekerapan hadir ke Bangi, buatkan kami rasa agak tenang berbanding tinggal di Klang yang agak sibuk, sentiasa jammed dan sebagainya... Selalu kelaur dari bibir isteri:

"Alangkah syoknya kalau kita dapat duduk kat sini, kan? Cuba la mohon tukar... " cadangnya pada suatu hari.

Huhu... ingat senang ke nak tukar2 nih. Dah 5 tahun duk kat Klang... dah agak sebati jiwa ni di sana, tapi kalau ada peluang, why not?... huhu

Anganan dan impian sang isteri tak terhenti di situ... Isteri memang berhajat untuk memohon KPLI. Cita2 yang tertangguh beberapa tahun sebelum itu. Apabila melintasi IPG Kampus Pendidikan Islam, Bangi... pasti akan terbit dari bibirnya...

"Bestnya kalau dapat belajar kat sini... kalau abang mohon tukar ke Bangi, dapat la apply KPLI, mana tahu dapat kat IPG nih... syok kan?..."

Ahhh... kuatnya berangan... huhu. InsyaAllah, kalau ada rezeki, tak kemana... Saya sendiri kian tertambat untuk tinggal di sini. Suasana yang cukup tenang dan damai. Sukar untuk digambarkan dengan kata-kata...

"Kalau kita pindah sini, (Bangi) dekatlah abang nak sambung belajar (master) kat UKM nanti,... "

Semakin membuak2 rasanya... lantas terus cuba memohon untuk bertukar. Mana tahu, ada kekosongan untuk di isi. Mungkin sudah tiba masanya untuk berubah suasana... mungkin...

Alhamdulillah, tanggal 31 Disember 2009, kami secara rasmi menetap di Bangi bersempadan dengan Sepang. Suasana kampung. Kebetulan ada sebuah rumah guru yang kosong, belum berpenghuni. Sambil2 tu survey rumah di sekitar Desa Saujana dan Desa Mekar. Ada rumah untuk disewakan... Namun apabila dimaklumkan kepada isteri, dia lebih berminat untuk duduk di rumah guru dengan alasan...

"Duduk dalam kawasan sekolah, pasti akan terjamin keselamatan anak-anak... bebas main kat padang nan luas tu, tak sibuk dengan kenderaan lalu lalang... bla .... bla... bla..."

Menurut kerani di sekolah, rumah guru tersebut telah di'booking' oleh seorang ustazah... namun belum ada keputusan. Saya terpaksa akur... saya orang baru. Keutamaan pasti kepada guru yang telah lama di sini.

Namun alhamdulillah,... rezeki kami ada di sini. Ustazah tersebut telah menarik balik permohonan untuk tinggal di rumah tersebut...

Kami sering ke Putrajaya, jarak dari rumah hanya lebih kurang 5-6 km sahaja kalau nak ke Alamanda. Mydin Presint 15 pun dekat...

"Seronok juga kalau dapat mengajar di Putrajaya ni, kan... " idam isteri... kalau suatu hari nanti, ada takdirnya untuk bergelar guru.

Usai solat zuhur di surau sekolah tadi... saya diam seketika. Memikirkan semua impian, kata-kata dan idaman isteri dulu-dulu.

Hasratnya untuk berpindah ke Bangi,... sudah menjadi kenyataan.
Impiannya untuk menjadi pelatih guru di IPG Kampus Pendidikan Islam,... tercapai sudah.
Cita-cita saya untuk sambung belajar di UKM,... juga telah dikabulkan Tuhan.

Alhamdulillah...

Kini,... adakah idam isteri untuk mengajar di Putrajaya itu akan tertunai? Hanya Allah sahaja yang mengetahuinya...

Apabila namanya tak tersenarai dalam calon yang akan berkhidmat di Selangor... isteri menerima seadanya... baginya, mungkin Allah akan memberi yang terbaik untuknya dan untuk keluarga kami juga... kesian seorang sahabat sepelatih dengannya tadi... menangis apabila nama tak tersenarai... adakah namanya dalam senarai di Putrajaya atau di KL? Sedangkan sahabat isteri tadi tinggal di Sabak Bernam... Memang wajar dia menangis...

Apa pun keputusan... tunggu isnin (14hb) depan.

Kalau itu takdirnya...


PBS...

Assalamualaikum...

Masuk bulan kedua tahun 2011, minggu pertama bulan Februari. Guru yang mengajar Tahun 1, tertanya2 tentang PBS utk KSSR. Masing-masing cuba membuat format dan skema dengan cara tersendiri. Mungkin itu isu yang bermain-main dalam kotak minda mereka.

Isnin lepas, saya dipanggil ke PDD oleh Penyelia Kanan Pend. Islam. Kami berbincang, mencari jalan untuk memudahkan laluan guru2 ini. Hasil pemantauan dan maklum balas dari GPI terlibat, ada yang masih kabur dengan KSSR. Masih malu2... tidak mesra. Mungkin masih awal dalam perkenalan... baru sebulan... ;)

Antara aspek yang keliru, wujudkah lagi UJIAN BULANAN? PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, AKHIR TAHUN?? Cara mengendalikan kelas, serta cara membuat PBS, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Huh... payah juga nih ;)

Apa yang boleh saya jelaskan kepada PKPI, Lembaga Peperiksaan akan menyerahkan semua borang dan dokumen berkaitan PBS seawal bulan Mac nanti. Jadi, sekolah hanya perlu laksanakan seperti biasa, dan isi lah Borang PBS berdasarkan format yang lengkap dari pihak lembaga nanti.

Soal penetapan BAND, tak perlu risau... semua tu nanti akan disediakan (insyaAllah). Cuma untuk buat masa terdekat, gunapakailah maklumat asas yang anda faham dan tahu berkaitan BAND tersebut.

Bagi saya, KSSR masih baru. Sudah pasti akan ada beberapa masalah yang perlu kita selesaikan. Secara kolektif. Pihak JPN Selangor juga sedang menambahbaikkan serta memurnikan Rancangan Tahunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab KSSR melalui Jurulatih Utama yang dipanggil baru-baru ini.

InsyaAllah, satu taklimat berkaitan PBS dan sesi diskusi pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di PKG Salak, melibatkan guru yang mengajar Tahun 1 Daerah Sepang akan diadakan hujung bulan Februari nanti. Sama-sama kita bincangkan, apa yang keliru, apa yang kabur.

Hari ini, setiausaha PBS untuk KSSR telah bermesyuarat di PPD Sepang. Semoga akan ada sesuatu yang dikongsi bersama guru, esok. ;) Semuanya akan dapat di selesaikan secara berperingkat. Yang penting, masalah yang timbul... segera dibincangkan bersama... ;)

Wednesday, February 09, 2011

Tahniah Bakal Guru j-QAF Ambilan 2011

Salam...

Terdahulu, ucapan tahniah kepada semua calon dan bakal guru Program j-QAF yang telah mula mendaftar di IPG terpilih seluruh Malaysia. Khabarnya kini masih berada di IPG untuk mendapatkan gambaran serta pendedahan modul berkaitan pelaksanaan j-QAF yang telah masuk tahun ke-7.

Mungkin anda masih belum mengetahui sekolah yang bakal dipertanggungjawabkan sepanjang tempoh berkursus selama 18 bulan nanti. Apa pun, semoga bersedia untuk menjadi salah seorang warga pendidik, walau dimana anda ditempatkan... syabas.

Cabaran, ujian dan dugaan pasti ada! Semoga kalian mampu mengatasi setiap rintangan yang mendatang dengan sebaiknya.

Bila ke sekolah nanti, (khabarnya 21 Feb 2011 akan melapor diri), sentiasa berusaha untuk belajar. Ramai yang berpengalaman... kena rajin bertanya, baru timbul suasana ilmu yang baik.

Minggu ni mungkin agak penat mendengar taklimat berkaitan semua model dalam PnP j-QAF. Walaupun kelas sehingga lewat malam... itu satu perjuangan, satu pengorbanan sebelum turun ke dunia pendidikan realiti...

Sebelum terlupa, anda yang mungkin akan mengajar di Tahun 1, sama ada Pendidikan Islam atau Bahasa Arab, anda akan terlibat dengan kurikulum baru, iaitu Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR).

Dapatkanlah sebanyak mungkin info berkaitan KSSR agar tidak buntu apabila diarah mengajar nanti. Capaian kepada info boleh didapati daripada blog ini, atau daripada mana2 sumber. Taip saja KSSR di mana2 enjin pencarian, pasti tidak mengecewakan anda... Atau info terkini boleh dimuat turun melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum.

Selamat datang ke dunia pendidik... lakukan yang terbaik dengan azam yang menggunung. Jadi lah guru yang setiasa up-to-dated dan mencari maklumat untuk mencantikkan, mengindahkan pengajaran kita di dalam kelas... Anda boleh!!! Tahniah... ;)


Saturday, February 05, 2011

Pandangan & Fatwa yang berbeza


Dr. Yusuf Al-Qardhawi Tegas Menyeru Rakyat Mesir Bangkit



Daha – Infopalestina: Ulama besar Al-Allamah Sheikh Dr. Yusuf Al-Qaradhawi yang juga ketua Seketriat Ulama Islam Sedunia menggesa rakyat Mesir dari setiap peringkat menuju ke Medan Tahrir untuk bergabung dan bersatu demi mendesak Presiden Mesir Husni Mubarak mundur daripada takhta kerajaan.

Gambar Dr. Yusof Al-Qaradhawy


Dalam satu kenyataannya yang disiarkan oleh televisyen Aljazeera Qatar kemarin (2 Feb) Qaradhawi menegaskan, "Saya sentiasa mengikuti dan memantau isu yang berlaku di Mesir dan berasa bangga, kerana mereka adalah pemuda yang memiliki jiwa yang bebas serta keimanan dan moral yang tinggi. Sejak dahulu lagi mereka tidak pernah melakukan kezaliman. Mereka keluar mempertikai serta mengecam dan memprotes kezaliman yang dilakukan kerajaan di Mesir selama bertahun-tahun."

Menurutnya, "Namun kami menilai hari demi hari bahawa terdapat kelompok pengacau yang menyerang penunjuk perasaan. Mereka seringkali menakut-nakutkan warga tempatan serta tidak bertanggungjawab terhadap keamanan di bumi Mesir."

"Haram bagi kamu wahai Husni Mubarak membunuh rakyat. Jika kamu adalah pemimpin yang bertanggungjawab terhadap rakyat, maka sepatutnya kamu menjaga kesejahteraan dan bukan membunuh mereka. Haram bagi kamu membiarkan rakyat dizalimi penjahat." Tegas Qaradhawi yang menyerukan pimpinan di Mesir menjaga rakyatnya.

Kepada penunjuk perasaan di Medan Tahrir, Qaradhawi menegaskan ucapannya dalam pidato, "Tetaplah kalian di medan tersebut, kerana sekarang kalian memilih sama ada hidup mulia atau mati syahid". Beliau juga menyerukan kepada para khatib dan imam agar membela para pemuda-pemuda Mesir yang menentang kezaliman Mubarak di Mesir.

Sumber: Tuhafatul Kalam

================================

TINDAKAN MUFTI MESIR MENGECEWAKAN


Saya ingin melahirkan rasa kecewa ke atas kenyataan Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah –yang muncul dalam TV Mesir- yang meminta rakyat Mesir menghentikan tunjuk perasaan (sila rujuk di sini) . Ya, memang selama ini ‘Ali Jum’ah adalah benteng Hosni Mubarak, dia dilantik oleh Mubarak sekalipun ramai tokoh-tokoh ilmuwan Mesir lain yang jauh lebih terserlah keilmuan dibandingkan beliau. Malang sekali, selama beliau dilantik, apa yang sering beliau bangkitkan hanyalah isu sekitar perselisihan pendapat dalam kalangan umat Islam seperti masalah perbezaan mazhab dalam aliran kalam dan fekah. Beliau tidak lantang seperti al-Syeikh al-Qaradawi, Muhammad al-Ghazali r.h dan lain-lain dalam mengkritik kezaliman dan kerakusan Mubarak. Beliau tidak berfatwa tentang tindakan-tindakan Mubarak menipu rakyatnya.

mufti_mesir.jpg

Gambar: Mufti Mesir ‘Ali Jum’ah

Tiba-tiba hari ini, ketika rakyat keluar menuntut hak mereka, tanpa menumpahkan darah, hanya demonstrasi jalanan, beliau mengeluarkan pandangan agama tentang larangan keluar membantah Mubarak. Bahkan mengalu-alukan langkah Mubarak yang kononnya ingin membuat pembaharuan dalam masa tujuh bulan. Jika 30 tahun Mubarak gagal membuat pembaharuan, apakah dia mampu melakukannya dalam masa tujuh bulan seperti yang dia janjikan?

Jika beliau mampu bererti selama ini beliau ternyata seorang pengkhianat besar! Jika tidak mampu, beliau mesti berhenti dan berikan laluan kepada pilihan rakyat. Jika rakyat berhenti membantah, regim itu akan kembali berkuasa.Kenapa ‘Ali Jum’ah tidak mengeluarkan fatwa tentang penyokong Mubarak yang membunuh rakyat awam dalam demonstrasi tersebut, dan juga selama 30 tahun Mubarak membunuh para penentangnya secara zalim! Dunia Islam menjadi mundur disebabkan pemerintah yang zalim dan korupsi, dibantu pula oleh ulama yang bersekongkol.

Tahniah kepada al-Syeikh Dr Yusuf al-Qaradawi dalam temubual al-Jazeera yang menyatakan pejuang yang mati berdemonstrasi aman di Mesir adalah syahid dan demonstrasi itu mesti disokong! Inilah contoh ulama yang berani dan berkata tanpa kepentingan diri.

Akhirnya, semoga golongan agama tidak menjadikan tindakan Mufti Mesir ini sebagai teladan positif, sebaliknya ia adalah contoh yang negatif seorang yang memakai gelaran agama.

-Prof Madya Dr Mohd Asri Zainul Abidin



Popular Posts