Wednesday, February 23, 2011

Taklimat dan Diskusi KSSR Pendidikan Islam

Assalamualaikum...

Syukur, Alhamdulillah... saya dapat menyelesaikan tugas dan amanah untuk hari ini. Hari ini giliran saya untuk membentangkan tugasan Usul Fiqh dan Kaedah Fiqh bersama sahabat saya, Ust Saif. Mujur kami mendapat giliran pertama hari ini kerana saya terpaksa meninggalkan kuliah (selepas pembentangan-dengan izin dari dr.) untuk bersama2 GPI Daerah Sepang di PKG Salak dalam sesi Taklimat dan diskusi KSSR Pendidikan Islam.

Apa yang menarik, semasa sedang membentangkan tugasan bertajuk التعارض والترجيح, datang seorang pelajar yang juga teman sekuliah yang berasal dari Libya bertemu dengan Dr. Hayatullah Laludin. Beliau meminta kebenaran untuk bercerita dan berkongsi kisah yang berlaku di Libya... فمن لم يهتم بأمر المسلمين، فليس منهم... Namun, setelah memohon pandangan, Dr. hanya akan memberi ruang tersebut setelah selesai sesi pembentangan... Arghhh... nampaknya saya terlepas peluang untuk mendengar Musa berkongsi kisah tersebut... Tadi, sempat membaca kenyataan Dr. Yusuf Al-Qaradhawi berkaitan Fatwa membunuh Presiden Libya, Muammar Ghadaffi... boleh baca di sini, atau di sumber asalnya di sini.

Selesai pembentangan jam 9.10 pagi. Nampaknya saya terlewat untuk ke PKG Salak. Dalam perjalanan ke kereta, saya mendapat panggilan dari Penyelaras Kanan PI, PPD Sepang... huhu, bergegas saya ke PKG. Saya hanya sampai di sana jam 9.40pg. Mujurlah GPI yang hadir sedang makan pagi setelah mendengar taklimat ringkas dari Penyelia Kanan.

Tugas saya sebagai moderator... berbincang masalah yang dihadapi oleh GPI sepanjang mengendalikan kelas Pendidikan Islam Tahun 1. Sudah hampir 2 bulan KSSR berjalan.

Namun, persoalan yang banyak ditimbulkan adalah berkisar Pentaksiran dan Penilaian. Banyak input yang dapat dikongsi. Daripada info yang dapat daripada pihak BPK, pihak Lembaga Peperiksaan akan menyerahkan semua dokumen berkaitan pentaksiran pada bulan Mac. Jadi, kita tunggu lah saat itu.

Persoalan lain antaranya metod pengajaran yang berkesan melibatkan murid yang pintar dan lemah. Ini kerana KSSR menuntut agar semua murid dapat apa yang diajar. Di sini, peranan guru agar lebih kreatif menyediakan strategi pengajaran yang lebih berkesan. InsyaAllah, usaha yang berterusan akan membuahkan hasilnya...

Hasil persetujuan bersama, kami telah bersama-sama menyediakan Standard Prestasi (Kenyataan Huraian Band 1-Band 6) yang akan digunapakai oleh Panitia Pendidikan Islam. Terima kasih kepada semua GPI yang telah sama-sama menyumbang idea...

Semoga kita semua dapat laksanakan tugas dan amanah ini dengan cara dan kaedah yang terbaik. InsyaAllah...


0 comments:

Popular Posts