Tuesday, February 22, 2011

Ayuh sahut cabaran ini...

Assalamualaikum...

Pantas sungguh masa berlalu... tanpa sedari sudah masuk minggu kelapan saya berulang-alik ke UKM menghadiri kuliah. Syukur kehadrat Allah di atas ruang waktu dan kesihatan yang diberikan...

Usai kuliah Sistem Ekonomi Islam, saya sempat berbual bersama-sama rakan sekuliah. Masing-masing meluahkan kesibukan dan rasa bebanan dalam menyiapkan tugasan sepanjang semester ini. Ada yang beranggapan semester ini agak 'kalut' memandangkan tugasan yang diberikan agak 'kerap' dan banyak... huhu. Ramai yang berkongsi kekangan yang ada... kekangan masa, kekangan kerja dan sebagainya...

Ramai yang menyuarakan rasa 'pening', 'kalut' dan tidak cukup masa untuk menyiapkan tugasan terutamanya Kaedah Penyelidikan. Subjek pra-syarat untuk pelajar master dan PhD. Sememangnya subjek ini bagus sebagai gambaran awal sebelum mula menulis disertsi mahupun tesis nanti. Namun tugasan yang diberikan agak 'kerap'. Ditambah dengan tugasan subjek lain, menyebabkan ada yang tidur dalam 'jaga'...

'Tidur dalam jaga'??? Ya... itu la yang diceritakan oleh seorang sahabat tadi. Dia bertemu dengan doktor untuk rawatan sakit tulang belakang. Selepas selesai sesi rawatan, dia terkejut apabila dimaklumkan doktor bahawa sakitnya makin kronik dan serius...

Kata doktor... sakitnya sekarang umpama sebuah komputer yang sudah ditutup suisnya, dimatikan monitor, namun CPU nya masih ligat berfungsi. Mana mungkin? Tapi itu tidak mustahil... Analogi yang diberikan doktor itu memang tepat!

Kerana asyik memikirkan kesibukan menyiapkan tugasan yang banyak ini, dengan sesi pembentangan dan pelbagai, tidur pun tidak 'puas'!!! Jasadnya tidur, namun fikirannya menerawang memikirkan seribu macam persoalan...

Inilah cabaran kami... sahabat yang mengambil kelas secara sepenuh masa, yang sedang cuti belajar sama ada bergaji penuh atau tanpa gaji, berbiasiswa atau tanpa biasiswa, dan sahabat yang tidak bekerja turut melahirkan situasi yang sama... hatta yang masih bujang... huhu. Cabaran tetap ada... ;)

Seperti saya, komitmen di sekolah tetap perlu diberikan disamping tugasan luar (PPD n JPN) yang menuntut komitmen saya... Minggu ni, perlu siapkan soalan untuk ujian bulan Mac nanti. Nak tak nak, saya perlu buat semua tu... Sesungguhnya, cabaran dalam menuntut ilmu ini, pasti akan memberikan kenangan manis, suatu hari nanti... InsyaAllah.

Baru-baru ini, saya pernah ditegur... "ustaz nampak susut sikit sekarang... sejak sambung belajar nih..." Saya sendiri kurang perasan... selepas ditegur beberapa orang... akhirnya saya cuba menimbang berat... sebelum ini berat 86kg. Namun setelah ditimbang... akhirnya tercatat 75kg. Wah... sampai begitu sekali penangan sebagai seorang palajar master nih...

Akhirnya seluar yang sebelum ini tidak muat dipakai kerana semakin kecil (hehehe...) akhirnya tergantung semula... sedia untuk dipakai lagi... Seluar yang dipakai sekarang pula terpaksa 'dicerut' ... Alhamdulillah atas nikmat kesihatan yang Allah berikan... Semoga semua sahabat yang sedang bermujahadah... sama ada baru di semester I, atau hampir selesai semester II, moga terus bersemangat... inilah perjuangan!!!... Moga kejayaan milik kita.

Buat sahabat yang masih berkira-kira untuk sambung belajar dan juga yang tengah bersemangat untuk sambung... usah pudarkan semangat itu... Sekali kita melangkah... usah toleh ke belakang... pastikan kita sampai ke garis penamat... Buat kak Rozy (rakan seperjuangan di sekolah)... teruskan semangat... moga berjaya dan tercapai apa yang diidamkan itu... InsyaAllah.

Ayuh, kita sahut cabaran ini!!!... ;)

0 comments:

Popular Posts