Thursday, February 10, 2011

PBS...

Assalamualaikum...

Masuk bulan kedua tahun 2011, minggu pertama bulan Februari. Guru yang mengajar Tahun 1, tertanya2 tentang PBS utk KSSR. Masing-masing cuba membuat format dan skema dengan cara tersendiri. Mungkin itu isu yang bermain-main dalam kotak minda mereka.

Isnin lepas, saya dipanggil ke PDD oleh Penyelia Kanan Pend. Islam. Kami berbincang, mencari jalan untuk memudahkan laluan guru2 ini. Hasil pemantauan dan maklum balas dari GPI terlibat, ada yang masih kabur dengan KSSR. Masih malu2... tidak mesra. Mungkin masih awal dalam perkenalan... baru sebulan... ;)

Antara aspek yang keliru, wujudkah lagi UJIAN BULANAN? PEPERIKSAAN PERTENGAHAN TAHUN, AKHIR TAHUN?? Cara mengendalikan kelas, serta cara membuat PBS, iaitu Pentaksiran Berasaskan Sekolah. Huh... payah juga nih ;)

Apa yang boleh saya jelaskan kepada PKPI, Lembaga Peperiksaan akan menyerahkan semua borang dan dokumen berkaitan PBS seawal bulan Mac nanti. Jadi, sekolah hanya perlu laksanakan seperti biasa, dan isi lah Borang PBS berdasarkan format yang lengkap dari pihak lembaga nanti.

Soal penetapan BAND, tak perlu risau... semua tu nanti akan disediakan (insyaAllah). Cuma untuk buat masa terdekat, gunapakailah maklumat asas yang anda faham dan tahu berkaitan BAND tersebut.

Bagi saya, KSSR masih baru. Sudah pasti akan ada beberapa masalah yang perlu kita selesaikan. Secara kolektif. Pihak JPN Selangor juga sedang menambahbaikkan serta memurnikan Rancangan Tahunan Pendidikan Islam dan Bahasa Arab KSSR melalui Jurulatih Utama yang dipanggil baru-baru ini.

InsyaAllah, satu taklimat berkaitan PBS dan sesi diskusi pelaksanaan KSSR Pendidikan Islam dan Bahasa Arab di PKG Salak, melibatkan guru yang mengajar Tahun 1 Daerah Sepang akan diadakan hujung bulan Februari nanti. Sama-sama kita bincangkan, apa yang keliru, apa yang kabur.

Hari ini, setiausaha PBS untuk KSSR telah bermesyuarat di PPD Sepang. Semoga akan ada sesuatu yang dikongsi bersama guru, esok. ;) Semuanya akan dapat di selesaikan secara berperingkat. Yang penting, masalah yang timbul... segera dibincangkan bersama... ;)

0 comments:

Popular Posts