Monday, January 12, 2009

Azam baru...1430... 2009

Asslamualaikum...

Dah lama takde entry since bulan Disember. Agak sibuk dengan tuntutan tugas sebagai suami, ayah, anak dan guru. Kena bereskan apa yang perlu, itu pun banyak lagi yang belum terlaksana. Antara AMANAH, TANGGUNGJAWAB dan KEHENDAK. Kena utamakan mana yang penting. Aulawiyyat...

Hari ni merupakan minggu kedua sesi persekolahan. Banyak tugasan yang perlu diperbaharui dan dilaksanakan. Sebagai penyelaras j-QAF di sekolah, minggu-minggu awal ini agak menguji kesabaran dan keimanan... yelah, kena siapkan semua perancangan, kertas kerja KBS 2009, taqwim j-QAF, dan semua yang berkaitan dengan perancangan dan pelaksanaan tahun 2009.

Kebetulan pulak orang kanan saya (ustazah j-QAF gak)... ustazah Asiah terpaksa ambil cuti tanpa gaji..selepas menghabiskan cuti rehatnya (7 hari tu lerr) gara-gara untuk berkorban menjaga ayahnya yang sakit dan uzur di kampung..Pasir Puteh. Pengorbanan yang suci dan mulia seorang anak... hmmm. So, bila orang kanan takde, orang kiri, depan, atas dan bawah masih ada dan sedia untuk membantu...

Sabtu pertama sekolah pun dah kena buat program. Program Tahsin Al-Quran untuk murid Tahun 5 dan 6. Bukan semua, tapi dua kelas terbaik sahaja. Tujuannya untuk memperbaiki dan memperelokkan lagi mutu bacaan al-Quran mereka. Saya yang kena handle... sediakan modul, kertas kerja, dan fotokopi bahan yang berkaitan. GPK dah bising, tapi bukan kat saya. (walaupun dia target saya le tu)... dia bising kat Ketua Panitia... takpe la. As long as saya buat apa yang sepatutnya...saya redha dan bersyukur. A'la kulli hal, saya berpuashati dengan perjalanan program (saya namakan sebagai PROTAQ) tu... dengan kehadiran hampir 100 orang, dengan komitmen 8 orang GPI dan GPI j-QAF... semuanya berjalan lancar.

Minggu pertama juga agak sibuk... sebagai seorang guru, kena siapkan Buku Rekod Mengajar dan Sukatan Pelajaran... jenuh jugak men'download' sukatan daripada laman sesawang yang ada. Cuma agak terkilan sedikit... HSP Bahasa Arab takleh nak download dari web yang ada. Ada masalah sikit... tapi mungkin sedikit hari lagi, ok lah tu, InsyaAllah...

Selain tu, minggu pertama (khamis 8 Jan) saya hantar zaujah ke Klinik Desa untuk first checkup her pregnancy. Doktor kata kandungan dah masuk 4bulan setengah (almost 18 weeks). Katanya lagi, due most probably on June, 9th. Wallhu A'lam. Jumaat 9hb Jan pulak bawak zaujah pergi scan kat Klinik Ibu Mengandung (yelah... takkan ayah pulak yang mengandung, kan?). Lepas scan, alhamdulillah doktor kata semuanya ok,cuma rahim zaujah aku agak ke bawah...kena naikkan. Nanti lah, bawak ke bidan, tengok macamana... Muazz dan Hajar pun dah pandai usap perut Umminya dan sayang 'baby'. Alhamdulillah...

So, apa azam saya Tahun 2009 dan 1430H nih???

1. Jadi anak yang soleh buat Bonda tercinta
2. Jadi ayah yang terbaik untuk anak-anak
3. Jadi suami yang soleh dan terbaik untuk isteri
4. Jadi abang dan adik yang sayangkan adik beradik yang lain
5. Jadi guru yang dedikasi, bertanggungjawab dan pikul amanah dengan jujur.
6. Jadi Hamba yang sentiasa SYUKUR dan IKHLAS menjalankan ibadah kepada Allah.
7. Memperkemaskan amalan FARDU dan meningkatkan (merajinkan diri) amalan SUNAT

Semoga semuanya akan tertunai...itu janji dan azam saya...

0 comments:

Popular Posts