Salam...
Semalam (18 Mei 2009), saya mengikuti Mesyuarat Pembinaan Instrumen Pertandingan Bilik j-QAF Negeri Selangor anjuran JPS.
Dalam mesyuarat tersebut, dimaklumkan juga bahawa pada tahun 2011, pelaksanaan j-QAF akan diperluaskan ke SMK. Justeru, semua kohort 2005 dan 2006 berkemungkinan sama ada diWAJIBKAN atau PILIHAN, akan ditempatkan semula ke SMK bagi mengisi kekosongan jawatan Guru Pendidikan Islam j-QAF di sana.
Kepada sahabat-sahabat kohort 2005 dan 2006, bersedia lah untuk ke alam menengah pada tahun 2011 nanti.
Selain itu, kami dimaklumkan juga bahawa proses pengambilan j-QAF dan KPLI pada bulan Jun (Khas) telah pun selesai. Kemasukan ke sekolah dan maktab terpilih adalah pada pertengahan Jun nanti, atau awal Julai.
Manakala pengambilan KPLI dan j-QAF untuk Ambilan Januari 2010 pula, permohonan akan dibuka pada September 2009 nanti. Jangan terlepas peluang pula yer...
Selamat Hari Guru...kepada semua pendidik!!!
Diari cuti penggal Mei-jun 2012
12 hours ago


4 comments:
ke SMK? k.faten lg suka kat SK...fizikal kecik ni..rasa takut pulak nak berdepan ngan murid2 yg besar..huhuhu
saya pun sama gak...kurang berminat ke sekolah menenganh dengan sitausi terkini anak-anak remaja...semalam kosmo tunjuk gelagat samseng ponteng sekolah.. geram je kt baca...
mungkin ini la masanye kite sebagai guru agama islam (j-QAF) untuk mendidik anak2 bangsa menjadi lebih baik..yg penting keikhlasan dalam pekerjaan..Insya Allah guru2 j-QAF semua boleh..
Salam
Kak Faten: Fizikal kecik takpe, asal jiwa besar... ;)
Krie: Hang memang patut ke SMK. Hang ganaih and garang. Sesuai untuk jadi guru disiplin kat sana... kat SMK lebih byk cabarannya...
Enn&Azz : Setuju sangat... kat mana2 pun, tanggungjawab kita ialah MENDIDIK...kan???
Post a Comment