
Alhamdulillah, syukur kehadrat Ilahi. 25 Mei 2009 mencatat satu lagi sejarah buat keluarga kami. Isteri saya telah selamat melahirkan cahaya mata kami yang ketiga dengan selamat. Baby girl. Walaupun diuji dengan 'gimmick' pada minggu lepas, antara nak keluar atau tidak, akhirnya hari ni, bayi kami berjaya juga menjengah dunia...
Isteri saya dimasukkan ke wad kecemasan pada jam 12.35 pagi setelah mengadu 'leaking' (air ketuban pecah) semasa sedang tidur. Saya bergegas bersiap dan menelefon pengasuh anak, untuk menghantar Muazz dan Hajar buat sementara waktu.
Isteri di masukkan ke wad 1D sebelum disorong ke Labour Room. Saya kembali ke rumah untuk mengambil Muazz dan Hajar. Bimbang kalau-kalau mereka menangis, mencari Abi dan Umi. Jam 5.30 pagi, isteri SMS memberitahu baru terbuka 4cm. Saya hanya mampu memohon kepada Allah agar dipermudahkan...
La ilaaha illa anta, Subhanaka Inni Kuntu Minaz Zhoolimin.
Saya sampai di HTAR jam 7.45 pagi. Alhamdulillah, saya bertembung dengan isteri yang sudah bersedia untuk ke Bilik Bersalin. Sempat bermaaf maafan, dan memberi kata-kata semangat kepada isteri.
Saya menanti diluar bilik. Seperti biasa, hanya doa yang dipanjatkan. Walaupun ini anak ketiga, gusar dan gundah tetap muncul jua.
Jam 10.00 pagi, isteri disorong keluar daripada bilik bersalin. Alhamdulillah, isteri dan anak kami selamat. Menurut isteri saya, sejurus masuk ke dalam Labour Room jam 7.47 pagi, isteri terus rasa sakit. Anak kami akhirnya lahir jam 7.55 pagi dengan berat 2.8 kg, seperti abang dan kakaknya juga. Bayi perempuan yang sempurna... Alhamdulillah, berkat doa semua, telah dipermudahkan... Alhamdulillah...
Terima kasih kepada semua yang tidak putus-putus mendoakan kami...
Nampak gayanya, dapat la saya menyambung terus cuti. Cuti khas 7 hari dan disambung dengan cuti persekolahan selama 2 minggu... Rezeki, rezeki... Alhamdulillah
Tapi nak kena ambil kertas soalan juga untuk disemak pada waktu cuti nanti...
Pasti Muazz dan Hajar tidak sabar-sabar untuk berjumpa adik mereka...
"Adik... Welcome to our Happy Family..."
Lagi gambar baby kami, singgah di sini.
11 comments:
Alhamdulillah.. akhirnyee.. tahniah utk kalian berdua.. berkongsi tarikh yang sama dgn anniversary auntie ye, baby?!!! tahniah jugak utk big bro Muazz and sis Hajar.. :)
Tahniah Abi, Ummi, Abng Muazz dan Kakak Hajar.. Semoga kalian semua menjadi anak yang soleh dan solehah... Amiinn!
Alhamdulillah....Comeinyer!!!! Mesti macam umminyer n kombinasi abinyer...
Semoga senantiasa SIHAT kedua-duanyer(wife n baby)n abinyer yang menjaga mereka berempat ie wife n baby n muaz n hajjar pun dalam keadaan SIHAT n ceria..
tahniah. comel baby :)
hehe mungkin pengalaman hang ketiga menyempatkan ko membuat entry di hari kelahiran anakmu.. tahniah bro..
bawak masa gatehring nanti ek.. :)
TAHNIAH! TAHNIAH! TAHNIAH!
Tahniah Midi&Zaemah atas kelahiran cahaya mata..soo cute and adorable..MashaAllah
umi-hatim-wafiq
Salam semua...
kak nashwa: terima kasih, yer, tak sangka berkongsi tarikh istemewa kak nashwa dan abg saiful... nnt leh celebrate sesama.. hehe
Linz: syukran atas doa, moga kalian juga beroleh kebahagian berpanjangan
tice: thanks, doakan kami harungi bahtera kehidupan ini dengan selamat... Ameen
ummu najiyya: shukran... haaza min fadhli rabbi
azral: pengalaman kan mendewasakan... nak bawak ke gathering aku x janji, takut dia tak mo ikut, malu kat uncle azral... huhu
amir: time kasih, time kasih, time kasih
umi fazara: Alhamdulillah... shukran
Tahniah Hamidi... bestnyer dapat baby.
Tahniah ust midi. Moga jadi mujahidah solehah. Bertambah rezeki slps ni. Amin
Salam..
To MKriza: terima kasih, nanti giliran enta plak... moga bahagia bersama orang rumah baru yer. Lepas ni bertambah tambah la berat badan... ada orang jaga makan... huhu
Wan: Terima kasih... Moga-moga hendaknya... Ameen
Post a Comment