Wednesday, December 14, 2011

Belum rezeki lagi...



Pagi ini, saya terima satu kiriman SMS dari seorang teman, bunyinya begini:

Salam ustaz... saya xdapat temuduga tu. Mungkin bukan rezeki saya kat sini. Rezeki saya kat tempat lain. Nampaknya kena buat PJJ atau part time je la...
Saya baca SMS tersebut dengan nada kesal. Kecewa pun ada bagi pihak sahabat saya itu. Sudah lama beliau meluahkan hasratnya untuk menyambung pengajian ke peringkat Master. Tapi dengan harapan dapat dibiayai oleh KPM, dengan kata lain, dapat biasiswa. Semangatnya tetap berkobar, biarpun baru saja melahirkan anak, tetapi ia bukan penghalang baginya.

Saya dimaklumkan, semalam keputusan untuk pemohon Hadiah Latihan Persekutuan (HLP) dan Cuti Belajar Bergaji Penuh telah boleh disemak. (semak di sini)

Mungkin benar katanya... bukan rezekinya lagi. Tambahnya dalam SMS tersebut:

Mungkin ramai yang mohon, prestasi 90 ke atas...
Ya, itu benar... LNPT menjadi syaratnya... kalau setakat cukup2 makan, (85-90) alamatnya mungkin kurang bernasib baik.

Beruntung sesiapa yang memiliki markah LNPT yang baik dan cemerlang. Beruntung memiliki 'penilai' yang bijak dalam menilai prestasi kerja kalian... tanpa ada perasaan yang 'negatif'... Anda memang wajar bersyukur!!!

Saya berhijrah ke 'sini' untuk mencari suasana baru. Setelah merasakan tiada apa yang dapat membantu saya di 'tempat lama' untuk memungkinkan saya merasai peluang memohon keistimewaan itu. Dendam? Marah? Benci?... simpan je lah. Yang penting, siapa yang menilai, jawab sendiri di hadapan Allah...

Bagi saya, saya tidak kecewa tidak dipanggil temuduga, kerana saya TIDAK PERNAH sekalipun memohon HLP tersebut, kerana saya telah 'kecewa' sebelum ingin memohon lagi. Kenapa? Jawapan bagi soalan tersebut hanya satu... namun, biarkan ia dalam diri sahaja.

'Kali ni, depa susahkan hidup kita, tutup peluang kita... esok lusa, tengok la... Allah akan sempitkan peluang anak cucu depa pulak... Ingat mudah ka jadi ketua, setiap keputusan yang dibuat, akan ada risikonya!!!' usik seorang teman suatu ketika dulu...

Saya teringat kata2 seorang pensyarah dalam kuliah akhirnya baru2 ini. Seorang pensyarah yang cukup 'humble' dan baik, Dr. Abdel Wadoud Moustafa Al-Saudiy... Beliau bimbang dalam meletakkan markah dalam setiap bahas (assignment) yang dihantar.

Sebelum membaca setiap bahas, seterusnya menilai bahas tersebut... beliau akan solat sunat dua rakaat, memohon hidayah daripada Allah. Agar tiada unsur yang boleh memudaratkan orang lain. Kerana beliau tak mahu menjawab di hadapan Allah, jika berlaku tidak adil dalam setiap tindakan... walaupun dengan hanya mengurangkan '1 markah' yang menjadi hak pelajarnya...

Moralnya; jangan sampai tindakan kita, orang lain teraniaya. Tak kira apa jua keadaan...

Pesan saya buat teman saya itu, sabar dengan ujian ini. Teruskan berusaha, semoga suatu hari nanti, Allah akan makbulkan hajat itu.

Rezeki, Allah tentukan... mungkin belum menjadi milik kita hari ini, siapa tahu... suatu hari nanti, ia akan menjadi milik kita.

2 comments:

Abu Muazz said...

Mungkin ini jawapan utk saya, perkongsian dari laman web sahabat; mutiara kata dari Prof Muhaya... sama2 kita kongsikan...

“Esok buat skrip kehidupan dan tulis apa kita mahu jadi dari sekarang hinnga kita temui Allah. Keep focus insyaAllah tak lalai dan terbawa bawa benda lagha dan remeh temeh dan mencari penghargaan manusia dan mengejar dunia dan pujian manusia dan harta benda yang melalaikan dan tidak sibuk menampakkan kehebatan diri di facebook atau di mana mana. Hidup by design bukan ikut orang lain tapi apa Allah redha sahaja jadi tujuan kita.”

“Kalau kita terlalu sensitif dan cepat kecil hati, selalunya kita kurang yakin diri dan tiada fokus tepat dalam hidup. Mereka yang kuat fokusnya tidak akan dikacau oleh benda remeh yang melambatkan pencapaian apa yang difokus. Jangan sedih kerana cemuhan manusia. Ini amalan sia-sia. Cari Allah di mana kita berada dan apa kita buat. Lihat orang dengan penuh kasih sayang itu kita akan dapat.”

“Apabila orang buat tidak baik pada kita, mafkan dan bebaskan diri dari emosi negatif dan jangan sesekali reaksi kepada mereka. Kekalkan getaran tinggi. Jika kita reaksi, makna kita telah align tenaga kita dan tenaga negatif mereka. Allah sentiasa ada dan sesiapa yang buat tidak baik akan dapat balasan tak perlu kita balas. Alangkah tenang hidup ini jika menjaga apa yang kita fikir rasa dan buat setiap saat dan tidak biarkan tindakan orang lain mengawal perasaan kita. Kita harus sentiasa syukur, sabar dan redha.”

“Manusia paling bahagia dan tenang ialah mereka yang bebas dari penghargaan dan cemuhan manusia. MAnakala manusia yang paling cetek akalnya ialah mereka yang sentiasa mengintai ngintai kesalahan orang lain hingga tidak terlihat kesilapan sendiri.”

Tazkiyyah An-Nafsiah said...

alhamdulillah tinta ini membuatkan ana mahupun muslimin dan muslimat di luar sana berasa sedar akan nikmat dan juga balasan dari Allah mudah-mudahan ana tabah mengharungi liku-liku dan dugaan sebagai Murabbi dan Mursyid kepada anak bangsa dan agama.

Popular Posts