Wednesday, December 14, 2011

Sakit tekak...



Sejak semalam saya rasa sakit sangat kat tekak ni. Tak boleh menelan dengan selesa. Biasanya kalau sakit2 tekak camni, akan disusuli dengan demam...

Bila sakit tekak, tambah pulak dengan batuk2... rasa sangat peritnya. Ujian dari Allah... ;)

Bangun pagi tadi, memang rasa lemah badan. Tapi kena gagahkan sebab ada kuliah kat UKM. Nak tak nak, kena pergi jugak. Alhamdulillah, kereta dapat dihidupkan, selepas beberapa kali 'mencuba'. Memang kena tukar bateri baru nih... bocor lagi poket ni hah...

Pagi ni, Hajar buat hal lagi. Meraung2 dalam kereta tak nak turun. Tak nak pergi nursery. Lama juga nak memujuknya... sebab badan ni tak baper 'fit', so... layan je la tadi. Sampailah akhirnya kena akhiri 'drama' tu dengan sedikit 'perjanjian damai'... huhu.

Selesai 'drama' tu, terus memecut ke kelas, sebab dah terlewat.

Sampai kat kelas, kesejukan aircond dalam kelas menambahkan rasa 'tak sedap' badan... bayangkan nak abiskan 3 jam dalam kelas... huhu... terpaksa keluar kelas jap, minum air suam... nak legakan rasa gatal2 tuh...

Usai kelas, terus ke kereta untuk amik anak2 di nursery. Hari ni hari akhir mereka kat sana. Suka sangat la tu. Minggu depan isteri saya dah abih kelas di IPIS. So, boleh la 'jaga' anak2. Malangnya, bila nak start kereta,... tak mau hidup... huhu.

Nasib baik ada teman sekuliah yang belum lewat kereta saya. Saya tahan keretanya, dengan harapan nak minta tolong 'jump' kereta saya tu. Bila buka bonet, rupa-rupanya 'jumper' takde pulak. Aduhh... mula la panik.

Azalee menawarkan diri untuk hantar saya balik ke rumah untuk ambil 'jumper'. Saya menolak kerana tak mahu menyusahkannya. Namun dia berkeras nak menolong, dengan alasan nak kenal rumah... Huhu, saya pun cuba start sekali lagi... Mana tahu, kali ni menjadi...

"Alhamdulillah... dah boleh hidup"... Syukur...

Esok kena beli bateri baru. Memang dah sampai ajalnya... huhu, tuan sakit tekak, kereta pun sakit jugak... ;)








3 comments:

tice said...

Allah UJI kita 3 hari jer ustaz..InsyaAllah kalo sabor akan beransur-ansur sembuh dgn kadar cepat..

Cuber PETUA ini:

1. Minum air suam 1 gelas dicampur 1 sudu teh garam bukit(kalu x ada darah tinggi) 3 kali sari..InsyaAllah cepat lega..Kalau ada darah tinggi kumur3 je dgn air itu.

2. Amalkan menjauhi minuman berAIS sepanjang hayat..InsyaAllah..

3. Amalkan minum sesudu madu asli setiap pagi sebelum breakfast dan sesudu malam sebelum tidur..Syaratnya kene campur sedikit air suam sebelum minum.InsyaAllah akan jarang diserang sakit tekak..

Cuba2la ya ustaz..

Abu Muazz said...

Syukran ummi atas PETUA yang diberi... akan cuba diamalkan, InsyaAllah... ;)

ketikketok said...

Hidup lebih ceria dengan Perap Cenderawaseh..rahsia hilang segala sakit dan tingkat ketrampilan dengan khasiat alam semulajadi nano mikrofungus dan tumbuhan

Popular Posts