Semalam, aktiviti bergotong-royong di sekolah... mengindahkan serta menceriakan kawasan sekolah... Hari ni, gotong-royong belakang rumah (masih dalam kawasan sekolah, gak! ;)
Dah lama tak terusik tanaman kat belakang rumah ni. Ada yang dah amik hasil dah pun... Alhamdulillah...
Kunyit ni pun sama gak, hidup segan...mati tak mau... Dah banyak kali jadi mangsa bila orang datang mesin rumput. Gelas putih tu, jadi pelindung kunyit yang kecik sebelah kiri tuh. Kena tutup dengan gelas tu, baru tak 'termesin'...
Huhu, ni ulam raja... pun kena letak bawah pasu ni bila ada orang nak mesin rumput... kalau tak, tinggal batang jer lah... sapa yang nak makan ulam raja, jemput lah...
Pisang ni pulak... tunggu masa nak ditebang...
Dan yang ni meninggalkan seribu persoalan dan misteri... kenapa jadi macam terbakar buah nih? Adakah kena bakar? Atau terbakar sendiri atau kena patah petir??? Huhu... biarlah menjadi misteri... Tapi kalau sengaja dibakar, siapa makhluk yang tidak bertanggungjawab tu? ...
2 comments:
Selamat Hari guru. Yang ulam raja tu lawak la...kena sembunyi pulak. hahaha... cubalah susun batu keliling dia, nanti tukang kebun tahu la tu tak boleh dimesin.
Syukran...
Mmg ada batu sungai pun bawah pasu tuh... ;) lepas ni nak kena carik lagi batu tuh... wat keliling... leh jadi lanskap, ...
Post a Comment