Friday, May 14, 2010

Gotong-royongkah?

Salam...

16 Mei datang lagi... kali ini, sambutannya bukan lagi di SKTM, tetapi di SKDP. Suasananya pasti berbeza. Caranya mungkin tak sama, tujuan tetap itu juga... bagi menghargai jasa dan pengorbanan insan bergelar GURU...

Segala perancangan telah diatur... semoga semuanya berjalan lancar.

Namun, 15 Mei tarikh keramat juga... SKDP bakal menganjurkan 2 program. Motivasi murid Tahun 6, serta GOTONG ROYONG PERDANA SEMPENA HARI GURU 2010.


Khabarnya, seluruh Malaysia bergotong-royong pada hari tersebut... Try klik kat sini... Pihak sekolah hanya memanjangkan arahan yang diterima... Maka berpenat2lah semua guru sebelum menyambut Hari Guru di sekolah...

Tiada banyak bicara... buat saja. Akur dengan arahan, cekap dalam tindakan... Nasib badan... huhu...

"Berkojo la kito sekueknyo... berkojo la kito sekueknyo... berkojo... berkojo dari pagi sampai sonjo"...

2 comments:

kak nashwa said...

selamat hari guru.. setelah bertungkus lumus mendidik anak bangsa, u deserve it!! sure byk dpt bunga2 mngharum.. :) tk mudah kan nk didik budak2 sekrg???.. semoga Allah mempermudahkan..

Abu Muazz said...

syukran kak nashwa... mmg byk cabarannya. tapi kalau itu dah jadi tanggungjawab dan amanah... just do it, right?

mesti your kids pun dah pndai bawak bunga n gift for their teachers, kan??? hehehe...

lamat tul tak jumpa akak n abag saiful... ;)

Popular Posts