Friday, May 14, 2010

Solat Hajat: Untuk Siapa???

Salam...

Malam tadi, baru sahaja berlangsungnya Solat Hajat Perdana dan Bacaan Yasin. Dianjurkan oleh Panitia Pendidikan Islam dengan kerjasama Jawatankuasa Tahun 6.

Tercalit sedikit rasa kecewa... dengan gelagat beberapa orang murid. Berbual dan bergurau tanpa menghiraukan jelingan tajam ustaz dan ustazah yang memerhati. Kesal bercambah-cambah.

Mungkinkah kerana ibu dan bapa ada bersama (walau bukan disisi mereka), mereka berani bertindak begitu???

Sayangnya... segala doa dan harapan dipanjatkan kepada mereka, namun mereka sendiri tidak tahu menghargainya... masih belum matang agaknya...

Ya Allah... bukakanlah jalan bagi kami untuk mudah mendidik mereka... Ameen.

Harapan semua guru... agar anak didik kami ini, mampu menggapai kejayaan dunia dan akhirat. Agar terbentuk akhlak dan sahsiyah yang cemerlang...



0 comments:

Popular Posts