Tuesday, May 11, 2010

Temuduga Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa

Sesi Penilaian Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB)

"Dimaklumkan bahawa Sesi Penilaian Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa (CBBP TB) akan diadakan bermula pada 11-13 Mei 2010. Calon-calon yang layak untuk ke Sesi Penilaian CBBP TB akan dihubungi melalui surat (faks) dan/atau panggilan telefon. Pemohon CBBP TB yg tidak dihubungi oleh Bahagian ini adalah dianggap tidak berjaya.


Sekian, terima kasih.
"

Berita penuh dan sumber asal di sini.

Ini berita dan saat-saat yang ditunggu oleh pemohon Cuti Belajar Bergaji Penuh Tanpa Biasiswa pada Februari 2010 yang lalu. Walaupun, tertera TANPA BIASISWA... tidak seperti tahun2 sebelum ini... buat guru yang masih berminat untuk menyambung pengajian ke Peringkat Master dan Doktor Falsafah, semua itu mungkin tidak terlalu diambil kira...

Asalkan dapat gaji penuh dan cuti selama dua tahun, itu sudah memadai... namun jika BIASISWA diberikan... itu mungkin juga lebih baik...

Kepada sahabat yang berjaya dihubungi oleh pihak KPM... Tahniah saya ucapkan... gunakanlah peluang yang ada itu untuk merealisasikan cita2 dan impian anda... Tahniah...


0 comments:

Popular Posts