Monday, May 17, 2010

SMS Hari Guru... Syukran

Salam...

16 Mei hari bersejarah dan bahagia buat semua guru… tak kiralah dimana tempat mencurah ilmu, asalkan menyuntik ilmu kepada murid sama ada muda atau tua… tetap dipanggil guru.

Hari ni banyak juga terima kiriman SMS dari teman2. Ada yang bernada sinis, lucu, teguran, nasihat dan sebagainya… Terima kasih buat teman semua. Sama-sama kita martabatkan profesion ini agar tinggi nilanya dimata masyarakat…


Inilah SMS yang saya terima… kalau sanggup baca, silakan… ;)

“Apakah cita2 anda sblm jd guru? Mejistret? Loyar? Enjiniar? Anda mnysal jd guru? Cuba lihat, ada x loyar sggup pki topi arkitek? Ada x mejistret yg brani sarung kot doctor? Tp guru adalah SEMUA itu. Kita la doktor bila budak sakit, loyar bila parents soal, mejistret bila budak bgaduh. Hatta security guard & AHLI NUJUM pun kita! Hari ni plak jd tkg kebun gtg ryg perdana… Oleh itu banggalah jd cikgu. SELAMAT HARI GURU” – Adnan SKDP, 12:24am.

“GURU,… dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurnya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam tawa ada mesranya, dalam diam ada bijaksana, dalam tanganya kita terbina. Berbahagialah menjadi guru. Selamat Hari Guru. Mg ceria, sukses & dilindungiNya- dr seorang guru” - Mahisan, Sabah, 8:12am

“GURU bagaikan NTV7 kerana CERIA SELALU… Guru juga kadang kala seperti TV3 kerana MENJADI INSPIRASI HIDUPKU… yang pasti Guru juga bagaikan TV9 DEKAT DIHATI… dan yg paling penting Guru juga bagaikan PACKAGE ASTRO kerana MACAM-MACAM ADA… SELAMAT HARI GURU”Nazib, Puchong. 8:21am

“Utk para guru, guru tadika, guru sek memandu, guru besar, guru kecik, guru sndrn, guru ganti, guru rajin, guru selalu takde kat sekolah, guru yg sering isi boring tukar, guru malas masuk kelas dan tak lupa guru2 yg tak suka relief… SELAMAT HARI GURU, SEMOGA ANDA TERUS CERIA”Zukhairi, KS. 8:28am

“Bringatlah kita brsama, amanah yg dterima wajib dtunaikn mengikut keikhlasan n kemampuan kita. Memaafkn seseorg adalah kunci ketenangan jiwa kita, walaupun ianya sukar dlakukn, jgn diikut bisikan musuh utama kita d dunia akhirat. SELAMAT HARI GURU!!!”- Firdaus, Changkat Jering, 9:55am

“Xkn lahir srg dktor tnpa srg guru, xkn lahir srg arkitek tnpa srg guru, xkn lahir srg jurutera tnpa srg guru. Sejarahnya brmula dri srg guru yg mngjr tulis n baca… SELAMAT HARI GURU.. ;-)” Ustazah Siti Yatinah SKDP, 11:30am

“Life is not measured by the years we live or the wealth we posses, by by the care and kindness we do, the cheer & love we share n bring to the people whose hearts we’re touched. Happy Teacher’s Day! :-D” Teacher Zarina SKTM, 12:21pm.

“Selamat Hari Guru… bila leh jadi PK?” Angah, 1:12pm.

“Dulu murid hormat dan takut guru, Kini… guru takut murid. Dulu Guru chalk n talk, kini Guru kena slow talk. Dulu… Guru boleh claim, Kini…x boleh complain. Dulu, Hari Guru dapat wang saku, Kinni Hari Guru dapat ‘penyapu’… kena Gotong Royong, SELAMAT HARI GURU!” Fendi, 1:14pm.

“Teachers r like rainbows, they colour d sky.. like rain that soak d earth, giving life to d greens.. like d air that we breathe n d warm sunlight on our skin.. like d shining stars plastered across d blackvelvety universe n d beautiful flowers that bloom with each new day. Teachers r indeed very special people, That’s what u n I are.. To my wonderful n beloved son, Happy Teacher’s Day!”Ummi, Ipoh, 2:42pm

“GURU.. engkaulah penyuluh setiap kejahilan. Engkaulah juga penyelamat dari kebodohan. Tanpa kamu manusia dalam kebinasaan. Berbanggalah kamu menjadi GURU. Kerana guru adalah warisan para ANBIA’. Semoga kita diganjari oleh ALLAH diatas usaha kita yang tidak seberapa ini. SELAMAT HARI GURU” – Ustaz Anwar, Gombak, 3:39pm

“Selamat Hari Guru: Angah, Ateh, Uda, smga Allah swt memelihara hati dan jiwa atheh dgn penuh keimanan yg teguh.. Dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat. Walaupun namamu Cuma hanya dibibir, namun kerana jasamu negara ditadbir”Along, 9:36pm

“GURU, dalam ajarnya ada harapan, dalam tegurannya ada doa, dalam marahnya ada sayang, dalam diam ada bijaksana. Berbahagialah menjadi guru. Selamat Hari Guru”Ustazah Asiah SKTM, 11:33pm

“Selamat Hari Guru Ateh…smga Allah swt memelihara hati dan jiwa atheh dgn penuh keimanan yg teguh.. Dan mendapat keberkatan dunia dan akhirat”Achik, 11:37pm

“16 Mei. Sehari je guru gembira, pilu & terharu. Hari lain hari disaman, dikeranikan, digilakan, diperdajalkan & dipersalahkan. Sadisnya jd guru tp mulianya Tuhan yg tahu. Selamat hr Guru”FiveRus 11:43pm.


4 comments:

abu ierfan said...

Banyaknya sms, ni mesti guru glamour ni, tak kira pada murid bahkan ibu-ibu juga. tahniah. " Selamat Hari Guru " teruskan mendidik

Acik said...

Salam..
Selamat buat semua guru..

Abu Muazz said...

salam...

terima kasih abu ierfan, sama2 kita terus laksanakan amanah ini walaupun dihadapan... byk rintangan dan ujiannya...

acik: terima kasih

Anonymous said...

selamat hari guru...
suka la sms from nazib tu

Popular Posts