Isu melibatkan guru dan pendidik sering dibualkan. Terbaru ada cadangan nak minta guru dapat lesen mengajar sama seperti akauntan, peguam, doktor dan lelain...
Alasannya agar profesion perguruan ini, duduk sama tinggi dan berdiri sama rendah dengan profesion tersebut... makna kata, agar ianya disanjung dan dilihat hebat... serta bagi memelihara integriti profesion perguruan.
Banyak pro dan kontranya.
Terserah kepada penggubal dasar membuat keputusan. Yang pasti, NUTP menolak cadangan tersebut dengan alasan akan melibatkan kewangan yang sudah pasti bukan sedikit. Alangkah baik jika ianya dilaburkan dalam aktiviti yang lebih baik, atau memajukan bidang pendidikan di kawasan luar bandar umpamanya...
Itu lah realiti dunia pendidikan kini. Pabila melewati arus perdana. Pelbagai cabaran yang mendatang yang memerlukan guru bersiap siaga atas segala kemungkinan...
Biar apa pun yang datang... tugas guru tetap mendidik. Walau dengan apa cara sekalipun. Pupuklah keikhlasan dalam diri, andainya ia sudah pudar... cahayailah kembali. Itu tanggungjawab kita.
Jika banyak yang kita fikirkan, makin berat otak ini. Bertambah tekanan dan stress dalam diri. Buat apa nak stress, kan? Menyusahkan diri je. Suka bila berkongsi rasa dengan insan senior... mereka lebih banyak memberi nasihat dan teguran.
Buat je kerja tuh, jangan fikir2 sangat... nanti tension la, migrain la... kita jugak yang susah...
Andai itu yang perlu dilakukan... Just do it!
================
Masih belum terlambat untuk saya ucapkan terima kasih kepada semua guru yang menjayakan Sambutan Hari Guru baru-baru ni. Alhamdulillah, semua berjalan lancar...
Terima kasih juga buat murid2 yang memberikan hadiah dan penghargaan... terima kasih... doa ustaz, belajar la bersungguh-sungguh, jadilah anak yang soleh dan solehah... moga berjaya dunia dan akhirat.
InsyaAllah... Ameen.
Sekadar berkongsi rasa...
Penghargaan daripada anak murid. Mereka ikhlas dalam berbicara. Tegaskah aku? Kalau itu la sikapku dimata mereka... aku perlu akur, namun biarlah ketegasanku itu bertempat. Kerana dalam tegas, ada juga sayangnya... ;)