Monday, November 24, 2008

Cuti-cuti Malaysia... Jom jalan-jalan

Assalamualaikum...

Hari Sabtu yang lepas, 22hb aku bersama isteri dan anak-anak pergi bercuti ke Tanah Tinggi Cameron, Pahang. Satu percutian yang bukan dirancang, namun kebetulan. Alumni batch isteriku semasa di UM. Batch Mujaddid. Walaupun aku ni warga bersekutu (Aqrab)...kira layak jugak la join alumni tu...huhu

Kami sampai di Tanah Tinggi Cameron tepat jam 3 petang. Bertolak dari Klang melalui PLUS menghala exit Simpang Pulai. Byk jugak map (peta) yang aku download dari internet utk memudahkan pencarian lokasi.

Kami menginap di Desa Anthurium. Bilik E11. Apartment 3 bilik. Ok jugak la accomandation yang ada. Cuaca petang agak sejuk di tambah pulak dengan musim hujan. Tu la..sapa suruh wat alumni kat sini time tengkujuh...huhuBelah petang, sempat pergi MARDI cameron. Cadang nak petik strawberry, tapi dah tutup sebab kami samapi jam 6 petang... datang esok je lah yer..

malamnya, kami barbeku. Sedap ayam Asyraf perap...dia ni mmg pakar masak sejak kat UM lagi. Makaroni sup cedawan pun best gak. Tapi aku takde la makan sangat western food nih. Tapi zaujah aku Pilihan No.1 dia la...

Malam tu tidur punya la sejuk, nak pijak lantai pun seriaw bulu roma. Anak2 aku, isteri aku mandikan awal petang lagik. Walaupun sejuk, Muazz dan Hajar tetap seronok... Tapi yang terketar2 lebih isteri aku...kesian dia.

Esoknya, lepas je aktiviti sukaneka, kami pun berangkat pulang. Aku ngan family Fadzli Fauzi (Dinamik) pergi Strawberry Farm...best tuh... Self-picking. Byk gak la aku beli farawalah nih. Dekat RM50 tuhh...isteri aku plak belikan bunga Ros Jingga untuk kakaknya...


Ok lah... kalau ada masa, nak gi lagi. Bwk keluarga bercuti. Cuti sekolah lama lagi... boleh plan byk aktiviti.. Amir..jangan jeles deh...huhu

4 comments:

NajMie1422 said...

Slm..laaa...takdak jodoh kita..kami pegi Jumaat balik Sabtu ptg..sempat terjumpa zaman&jauzah dan Nawi&zaujah..sempat borak2 lagi...Kita aqrab bila bole buat gathering ek?masing2 dah sibuk dan dah tak ramai ada kat Lembah Klang rasanya..huhu..rindu pd adik beradik

amirmukhtar said...

Salam...
Aik? Sempat lagi tuh kenen org...
Anyway, selamat bercuti lah ustaz midi... heheh

Anonymous said...

selalu camtu...nak gi jln2 time org kursus..saje je xnak bg org join die...xpe2..cik de kuar jln2 je ngn wafa' n jihah nanti...

Abu Muazz said...

Alah...rilek la cikde. Jgn kecoh-kecoh, nanti kita pi la jalan2. Kat sini dah tak ujan dah... Panas dah.. Cepat balik tau

Popular Posts