Tuesday, November 18, 2008

In-house Training....

Sedang menyampaikan ceramah kat guru-guru Pendidikan Islam
Bismillahir Rahmannir Rahim

Hari ni hari kedua sekolah aku buat In-house Training untuk guru-guru. Bermula 17 Nov sampailah 21 Nov. Semalam Mesyuarat Guru-Guru Kali ketiga. Banyak perkara yang dibincangkan.

Hari ni pulak (18 Nov) aku kena present Kursus Pemantapan Guru Pendidikan Islam. Sepanjang tiga bulan aku keluar kursus, aku kena sampaikan kepada semua Guru Pendidikan Islam. Tapi tak semua yang hadir. Ada yang pergi raptai Konvo j-QAF (Suhana dan Saliza), ada yang pergi Mekah (Kak Nofiah) dan ada yang pergi check-up pregnancy (Asiah).

Apa pun, aku rasa release sebab dapat luahkan segala yang terbuku dalam hati selama ni. Sekurang-kurangnya aku dapat memohon kerjasama semua pihak khususnya GPI agar dapat memberi komitmen sepanjang j-QAF dilaksanakan di sekolah ni. Kerjasama tu cukup penting,, bak kata-kata dalam kartun Wonder Pet...

"Apa yang penting...."
"Kerjasama..."

Ya...itu lah kunci kejayaan sesuatu organisasi. Kalu nak harapkan sesetengah individu je, tak ke mana la jawabnya...Namun aku bersyukur sebab kebanyakan GPI dan GPI j-QAF sekolah ni dapat membantu dan memberi kerjasama yang baik walaupun ada sebahagian yang kekekdang tu banyak alasannya...

Oklah,...in house untuk hari ni dah abih. Jumpa lagi esok...wassalam

0 comments:

Popular Posts