Thursday, November 13, 2008

School Holiday

Cuti sekolah bakal tiba...mesti seronokkan. Tapi aku kena attend sekolah selama seminggu lagi tambahan sebab sekolah anjurkan 'in-house training' kat semua cikgu. Mana-mana cikgu yang keluar kursus tahun ni kena present kat cikgu-cikgu lain. Termasuk lah aku yang kena present...
Semalam merupakan hari terakhir aku terlibat dengan Kursus Pemantapan Guru-guru Pendidikan Islam Program j-QAF Negeri Selangor untuk tahun 2008. Sejak Julai lagi, aku terlibat jadi Jurulatih Utama (JU) untuk kursus ni. Sepanjang tahun 2008, terdapat 5 pakej/siri yang perlu aku ikut.

Kursus terakhir di Glory Beach Resort. Kali ni peserta tak begitu ramai berbanding kursus sebelum. Hanya 28 orang sahaja...JU yang hadir, 6 orang. Kalau kat Univ, lebih kurang macam kelas tutorial la... Biasanya yang paling ramai, 145 orang... wah...penat dan kurang praktikal sebab susah nak bagi tumpuan kalau kita present...

So, bila dah selesai tugas tahun ni, kena lah isi Borang Prestasi pulak kat sekolah. Aku belum siap lagi, tengah cari data sebab nak kena tahu berapa kali keluar pergi Mesyuarat, jadi Hakim, jadi JU, hadir kursus..dan macam-macam lagik.

Betul-betul menyusahkan je...kita keluar sekolah, atas arahan PPD atau JPS. Bukan keluar sesuka hati atau pergi fun-fair... Rasanya lebih tenang dan relaks kalau duk kat sekolah berbanding keluar jadi JU, hakim atau apa-2 tugas di luar....

Tapi...what can I say..."Saya yang menurut perintah:"...

Kalau nak nilai kerja kita...nilai la sebaiknya, tapi aku tak kesah langsung. Aku hanya menanti Penilaian di 'sana' kelak... asalkan kerja yang aku buat kat luar..ikhlas dan mematuhi syariat Allah Taala...Ameen...

1 comments:

jihad4iman said...

tahniah la bro kena gi sekolah...hu..hu

Popular Posts