Friday, May 22, 2009

Data e-PELAPORAN j-QAF 2009

Salam...

Teruja saya membaca tajuk entri pada blog Ustaz Nazri tadi. Saya rasa, inilah berita yang ditunggu-tunggu oleh ramai guru j-QAF khususnya guru data.

Saya rasa, berita baik ini perlu diwar-warkan dengan cepat. Jadi, saya copy berita gembira ini daripada blog tersebut.

Menurut maklumat daripada sahabat saya yang sama-sama mengikuti Mesyuarat Penyelarasan Data j-QAF di KL International Hotel pada 19-21 Mei 2009 baru-baru ini, mulai tahun ini, CD data tidak lagi dibekalkan. Cuma perlu sedut ke dalam thumbdrive je.


Mesyuarat data peringkat JPN dan PPD mungkin akan bermula minggu hadapan. Tunggu saja lah. Namun, kalau ada sahabat yang nak mula cepat, boleh muat turun dari blog j-QAF Melaka. Tapi kalau nak tunggu surat panggilan dari JPN atau PPD, takde masalah... ;)

Bimbang kalau-kalau ada apa-apa perubahan dalam data tersebut... mana lah tahu kan? Tapi sahabat-sahabat boleh rujuk dalam blog j-QAF Melaka tu dulu yer...



Selamat mengisi data... jangan demam udah la yer...

1 comments:

fa10 said...

kesian shbt2 j-QAF kat SKSJ. bab data2 ni slalunya k.faten yg uruskan...nak sedut2 tu depa x berapa berani, kena tunggu PDD juga la

Popular Posts