Friday, June 05, 2009

'Bekwoh' dan 'Ngngele'

Salam...

Sepanjang berada di kampung, itulah yang berlaku. Tak putus-putus dengan kenduri kendara. Sama ada jumputan daripada sahabat handai mahupun saudara mara.

Kat kelantan ni, istilah yang biasa digunakan ialah 'bekwoh' (kenduri a.k.a kerja besar-big work) ataupun dipanggil juga 'make gulai'. Namun, bukan makan gulai saja, nasi dan lauk pauk lain juga turut disediakan gak.

Bila tiba time kenduri cam ni, teringat la pulak zaman saya yang buat kenduri, 4 tahun lalu...

Suasana belaghok... pengantin perempuan bertandang ke rumah pengantin lelaki... siap dipayungkan lagi tuh... terima kasih Chik (my auntie)

Teman serumah sewa dulu, abang Amir, Apit, Hilmi, Azizan dan Mansor. Datang dari KL, jam 10 pagi dah sampai umah, gulai pun belum masak, diorang lepak kat masjid belakang rumah. Anyway, terima kasih sahabatku... Miss u ol so much


Ni plak teman sesekolah mengajar kat SIMDE, Afzal dan Hisham. Thanks sudi hadir ye...



Inilah my Best Man... bergaya mengalahkan pengantin, masih bujang sampai kini. Masih menunggu pujaan hati. Orang hensem lagi, nak berkenalan, klik kat sini.
Bergambar sebelum masuk ke rumah pengantin perempuan. Thank you my friend.


Berbalik kepada isu bekwoh...

Mengikut jadual yang dimaklumkan oleh ummi saya, berderet jemputannya. Bermula 1 Jun baru ni, sehingga habis cuti nanti. Syok dapat makan gulai kawoh, kempunan sebab lama tak balik kampung.

Saya sempat hadir Majlis Perkahwinan guru yang sama tempat mengajar. Jauh la jugak, di Kampung Seligi, Pasir Puteh. Nampak dalam peta cam dekat, tapi tak sama dengan jarak sebenar... huhu, apa pun tahniah yer Yusma dan Ilmi, moga kekal bahagia ke akhirnya. Tak sempat nak snap gambar kenangan.

Apa yang menarik kenduri di sini?

Sudah tentu masakannya. Gulai kawah cukup terkenal dimana-mana hatta di Klang pun ada gak. Namun kalau dah jual kat kedai, almaklumlah... mahal la sikit regenya. Kalau makan kat kenduri cam ni, perghh... puas hati ler.

Selain itu, saya tertarik dengan hadiah kenangan tanda terima kasih daripada pihak pengantin kepada tetamu yang dipanggil sebagai 'siso'. Dulu, ramai orang menggilai 'potpouri' yang harum semerbak... macam kenduri saya 4 tahun lalu ler.

Tapi sekarang, trend dah berubah. Banyak kenduri yang saya hadir memberikan Surah Yaasin dan Maathurat sebagai buah tangan kepada tetamu. Sekurang-kurangnya dapat digunakan dan dimanfaatkan. Moga-moga bukan cuma hiasan, ye tak?


Cenderahati a.k.a 'siso' daripada Kenduri Yusma dan Ilmi... terima kasih

Tapi... ada juga yang saya tak berapa berkenan di hati.

Budaya 'ngngele' dikalangan beberapa penduduk setempat di sini. Walaupun sesetengah tempat sudah tidak mempraktikkkannya lagi, namun masih ada yang mengamalkannya. Kalau di tempat luar dipanggil 'salam kaut'.

Menurut ummi, orang kampung yang dijemput untuk menyertai 'belaghok' (rombongan pengantin sama ada lelaki atau perempuan) akan dikenakan bayaran. Biasanya minima sekarang, satu kepala RM10. Pelik, kan?

Kita jemput orang meriahkan rombongan pihak pengantin, kita kenakan lak bayaran, sebabnya nak bagi pada pihak pengantin sebelah sana. Sepatutnya, pihak pengantin tu sendiri la sediakan, kalau nak. Cuba bayangkan, sekiranya orang yang dijemput tu turut menerima jemputan kedua-dua belah pengantin, kena bayar 'double' la.

Ummi beritahu lagi, kalau tiba musim bekwoh nih, orang kampung kena peruntukkan sekurang-kurang RM100-RM200 sebagai duit 'ngngele' atau 'upah belaghok'. Tradisi dan budaya yang tidak patut diteruskan!

Pernah terjadi satu masa, pakcik saudara saya yang agak sederhana hidupnya, terpaksa hadir banyak undangan dalam satu hari. Kebanyakannya kena bayar duit (ngngele). Tak pergi, tak sedap hati. Tambah pulak memenuhi jemputan kan wajib. Nak pergi, duit tak berapa nak ada.

Cara nak tahu sama ada kenduri itu 'ngengele' atau tidak, tengok pada kad jemputannya.

Kalau di tulis 'Walimatul Urus' atau 'Undangan Majlis Perkahwinan', maknanya tak boleh datang makan saja. Kena hulur duit (ngngele).



Sebaliknya, kalau ditulis 'Undangan Majlis Kesyukuran', itu maknanya, tuan rumah memang nak buat kenduri kesyukuran atas nikmat dan kurnia Ilahi, bukan bermegah-megah...


Isu 'ngngele' masa time bekwoh ni dah tak sepatutnya berlaku. Kalau boleh, biarlah tetamu yang hadir, senang dan suka bila berkunjung dan memeriahkan majlis yang diadakan. Sekurang-kurangnya mereka turut mendoakan pasangan pengantin agar kekal ke akhirnya dengan sejahtera.

Usah la menambah beban orang bila kita yang ber'kenduri'. Niat kita, untuk menjamu orang makan dan mewar-warkan perkahwinan yang dibina, bukannya nak kutip 'bayaran'. Bukan juga nak menampung 'kos' perkahwinan yang dibuat. Kalau nak kahwin, keluarga dah kena sediakan budget sebaiknya. Jangan la suka sangat salam berkaut.

Kepada yang belum melangsungkan hari bahagia, fikir-fikirkanlah... Semoga hari bahagia ceria sentiasa, sama didoa.

Salam dihulur, tangan disambut, USAH berkaut... Selamat Pengantin Baru

5 comments:

MKriza said...

isu duit 'ngngele' ini mungkin berlaku di kelantan sahaja kot. Sesetengah tempat dah tak ada. Hadirin yang datang tak diwajibkan untuk beri sejumlah duit. Kalau nak bagi pun seikhlas hati. Seringgit dua pun tak kisah.

Budaya yang tidak 'menyeronokkan' ini kalau boleh mansuhkan langsung memang baik.

Dulu ada sedara saya pergi ikut rombongan pengantin ke Kelantan. Dia cakap "aik nak makan kenduri pun wajib bagi duit ke? ha ha ahaks!

Tapi itulah... lain tempat lain adatnya. Bak kata orang kalau masuk kandang kambing mengembek, kalau masuk kandang harimau,... mengucap"

Salam

tice said...

rasanyer tak terlambat ummi nak ucapkan kat ustaz n wife..SELAMAT MENYAMBUT ULANGTAHUN PERKAHWINAN KE 5..semoga kasih berpanjangan hingga ke AKHIRAT..INSYAALLAH

Yerler ustaz...Ummi pun ada jugak terima undangan PERKAHWINAN dari 3 orang "ANAK" j-qaffers dari kelate. esok.Mulanya cadang nak pergi jugok TAPI memandangkan sedara terdekat punye kenuri bertembng tarikh so kene ler ummi batalkan..

Ummi pun ada dengar cerita dari 3 ore kawe mi berasal dari kelate pasai duit nie..Dia cakap kok nak p kene bagi RM50 satu kepala,so makna kata kalau kami p ber 3=RM150..So kalo 3 buah rumah jadinyer RM150x3=RM450..Tapi mi macam x caya jer BUT bile doh baca sini baru admit kesohihannya..

Macam dah x ISLAMIC dah kan ustaz..tapi tu kire adat ker ustaz?Ada seiras-iras budaya cine yang membeli meja makan masa kenuri kawen jer kan ustaz?Harap ustaz dapat xplain sikit yer dalam keluaran akan datang..

Ada 1 kes kat sini..Kawan mi jugok..Berasal dari kelate tapi dah berbelas-belas tahun menetap di sini..Cerita nye lain pulok..masa mi pergi kenuri kawen anak dia,dia x nak terima DUIT dari tetamu..bile ore bagi dia terima tapi dia bagi balik kat kami n dia cakap dia derma..PELIK tapi BENAR..Tolong jelaskan yang nie jugok yer ustaz?Adakah di kelate tu ada bermacam-macam adat yer?Syukran ya ustaz..

amirmukhtar said...

hahaha... apa promo2 nih... anyway, cepat sungguh dih tup-tup dah 4 tahun & 3 org anak doh ustaz. tahniah & moga berkekalan.

ingat nok paka songkok doh arituh, tp tgk2 baju ambo lg kilat pd pengantin lelaki terus sarung kopiah je takut nnt tuan rumah gi tarik ambo, jd kes naya...

ummu said...

assalamualaikum..selamat pengantin baru kepada ustaz dan wife.semoga diberkati Allah sehingga ke sana.

Abu Muazz said...

Salams...

MKriza dan Ummi Tice:

Soal ngngele ni memang adat semata2. mungkin juga budaya di sini. kalau nak diulas panjang lebar, mmg berjela2. mcm2 adat yang diamalkan. ada amalan 'tikam', 'hadiah menantu' dan mcm2 lagi.

Lain kelapangan, saya ceritakan... insyaAllah

Tapi mendengar cerita ummi tu, saya agak terkujut jugak. Sampai mintak RM50. bila saya citer kat ummi saya (bonda) pun dia terkejut. tu dah melampau... biasanya dalam RM10 jer. tu dah kira taraf sekarang laa...

ummi... our anniversary baru ke 4... bukan ke 5 lagi yer... taun dopan, insyaAllah... :)

to Amir: cepat mir... jgn lama sangat... tak sabar nak make ggulai demo pulok nih.

to u.Masyitah: jazakillah... moga doa dimaqbulkan... insyaAllah

Popular Posts