Salam...
Petang tadi, selamat sampai di Klang. Bertolak jam 3 petang dari Golden Straits Villa, Port Dickson. Segala kepenatan hilang bila sampai di rumah sendiri. Sepanjang 4 hari bermesyuarat di GSV, tidak banyak pengunjung lain yang menghuni. Hanya kami dari JPS. Cuma semalam, ada tetamu lain datang berkunjung, Jabatan Akauntan Negara. Tidaklah kami kesunyian lagi...
Alhamdulillah, segala 'task' yang diberikan telah diselesaikan dengan sempurna. Terima kasih kami ucapkan kepada Ustaz Wan Yusof Wan Sulong, Pen. Peng. Kanan Program j-QAF Negeri Selangor atas tunjuk ajar kepada kami selama ini, yang membuatkan semua Jurulatih Utama berada dalam suasana KELUARGA BAHAGIA... :)
Selain daripada Mesyuarat RPH Bahasa Arab dan Instrumen Pertandingan Bilik j-QAF Negeri Selangor 2009, kami juga sempat berbincang berkaitan Mahrajan j-QAF Negeri Selangor yang dijadualkan akan berlangsung pada 24-25 Julai 2009 (tertakhluk pada perubahan).
Mahrajan j-QAF masih dalam peringkat cadangan. Sebelum ini ia dikenali sebagai Ihtifal j-QAF dan juga Majlis Khatam Al-Quran. Disebabkan pada tahun ini, MKQ akan diadakan majlis berasingan, tidak seperti pada tahun-tahun sebelum ini, maka ada cadangan untuk menukar nama program tersebut.
Namun begitu, dalam Mahrajan ini akan dilangsungkan beberapa pertandingan yang sama iaitu Tilawah Al-Quran, Kuiz, Kalam Jamaie dan juga Dikir Barat Bahasa Arab. Pada tahun ini, daerah Kuala Selangor telah dipilih untuk menjadi tuan rumah bagi Mahrajan j-QAF Peringkat Negeri. Maka akan sibuklah semua GPI dan GPI j-QAF. Yang paling sibuk sudah pastinya Ustaz Ramli Arshad, Pegawai j-QAF di sana. Moga semuanya akan berjalan lancar.
Namun begitu, diperingkat daerah, masih belum ada sebarang makluman. Begitu juga di Klang. Masih menanti tarikh pelaksanaannya. Terbaca dalam blog Ustaz Mior, Ihtifal peringkat daerah JB, diadakan secara rakaman.
Maknanya, Kalam Jamaie dan Dikir Barat akan diadili berdasarkan tayangan rakaman yang dihantar oleh pihak sekolah. Hanya 5 kumpulan terbaik akan dipertandingkan bagi memilih wakil JB ke peringkat negeri Johor. Idea yang bagus. Satu transformasi... mungkinkah sesuai bagi semua daerah?
Kami turut berdiskusi untuk memurnikan beberapa syarat dan perjalanan pertandingan. Khususnya dalam penghakiman Kalam Jamaie dan Dikir Barat Bahasa Arab agar lebih telus dan profesional. Mungkin perlu diadakan pendedahan kepada guru di sekolah berkenaan teknik dan cara penghakiman dijalankan agar guru yang bertanggungjawab melatih, tahu dan faham konsep yang betul.
Bila masa yang sesuai, tunggu je lah panggilan daripada pihak PPD atau JPN untuk kita sama-sama berdiskusi dan berbengkel, agar tidak timbul lagi kelak, desas desus dan suara-suara ghaib yang tidak puas hati dengan mutu pengadilan. Itu pun kalau ada...
Sepanjang 2 tahun terlibat sebagai hakim diperingkat daerah dan negeri, pelbagai rungutan dan pandangan yang saya terima. Yang positif, perlu diketengahkan... semoga menjadi pedoman dihari kemudian.
Biasalah, adat bertanding. Pasti akan ada yang bersuara. Keputusan hakim adalah MUKTAMAD. Namun perlu ada budi bicara dan tolak ansur. Ingat! Bukan kemenangan yang diburu semata-mata jika adab susila diketepikan. Yang penting, murid terhibur, berseronok dan ia juga medan kepada GPI j-QAF berkumpul serata negeri dan daerah...
Biasanya bila tibanya Ihtifal, MKQ ataupun Mahrajan j-QAF maka akan sibuklah GPI j-QAF dengan sesi latihan para pelajarnya. Pagi petang siang malam melatih murid. Namun begitu, jangan la pula PnP terabai hanya kerana teruja memburu kejayaan... fikir fikirkanlah...
PPD Klang meminta semua data e-Laporan diserahkan pada awal Julai. Saya hanya akan mengutip semua data yang diisi oleh GPI j-QAF sekolah saya esok dan lusa untuk di'import' dan 'eksport'... itulah kerja saya setiap tahun... :) tetap dan berpencen la tu.
Begitulah sibuknya guru... tugas dan amanah lain, turut dipikul selain mendidik generasi mendatang. Semoga usaha kita, diberkati Allah... InsyaAllah.
Kepada semua pendidik... teruskan usaha murni anda... Gambatte!!!
p/s: kalau ada sahabat guru j-QAF Selangor atau Kuala Lumpur, kohort 2005 atau 2006 yang bercadang untuk bertukar ke Yan, Kedah... Sila hubungi talian ini SEGERA 019-4482338 (Ustaz Hilmi). Terima kasih.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
Popular Posts
-
Salam... Semasa saya berkursus minggu lepas, kami dimaklumkan bahawa tiada lagi soalan setara daripada Jabatan Pelajaran Selangor. Kata Peno...
-
Assalamualaikum, Jemputan Kenduri Tahlil untuk Allahyarham Mohd Ali Jaafar: Tarikh: 28 Mei 2011 Hari : Sabtu Masa : Lepas solat Maghri b Tem...
-
Salam... Sila muat turun Bahan / Modul Pengajaran Pemulihan Jawi KSSR Tahun 1, melalui laman web Bahagian Pembangunan Kurikulum , KPM. Harap...
-
Dalam Kursus Orientasi Jurulatih Utama KSSR pertengahan tahun 2011, kami telah didedahkan oleh pihak Jemaah Nazir cara penulisan Rancangan ...
Follow Us
Profil
- Abu Muazz
- Jurulatih Utama Pendidikan Islam, Program j-QAF, KSSR Negeri Selangor. Kini berkhidmat di SK Desa Putra, Kajang. 2005-2009 di SK Telok Menegon, Klang.
Followers
Total Pageviews
Namaku...
Ahlan...
Klik...
Blog Sahabat j-QAF
-
-
-
Ketua Pengawas UPSR 20177 years ago
-
Hobi : Berbasikal9 years ago
-
-
LOGO KUMPULAN QASIDAH AL-MADAD10 years ago
-
-
Amalan Terbaik PdP12 years ago
-
Fikiran yang mengharukan Umno12 years ago
-
-
Banjir Oh Banjir!12 years ago
-
Mahram bagi wanita13 years ago
-
GARIS PANDUAN DIET MALAYSIA13 years ago
-
-
-
Blog Sahabat
-
-
Lawatan Ke Tempat Menarik Di Kuching Sarawak6 years ago
-
-
-
Menunggu – Berharap7 years ago
-
-
-
Agama dan Bandar12 years ago
-
-
missed me???12 years ago
-
RAPUH..12 years ago
-
My Pretty AZ Store13 years ago
-
Rahmat Allah di Awal Ramadhan13 years ago
-
Alangkah besarnya Nikmat Mu...13 years ago
-
The Last Ten14 years ago
-
-
Saya Telah Berpindah15 years ago
-
Selamat Hari Raya Aidilfitri15 years ago
-
-
-
-
Family's Blogger
Soalan Berfokus 2009
Bank Soalan & Bahan j-QAF
Muat turun Buku Teks
Klinik Tajwid
Bahan KSSR Pendidikan Islam
- Pekeliling KSSR
- Konsep KSSR
- Dokumen Standard Prestasi KSSR
- Rancangan Pengajaran Tahunan KSSR
- Bahan Taklimat KSSR Thn 2
- Agihan Tajuk Pendidikan Islam KSSR Thn 1
- Bahan Sokongan Bahasa Arab KSSR Thn 1
- Bahan Sokongan Pend Islam KSSR Thn 1
- DS Bahasa Arab KSSR Thn 1
- DS Pend Islam KSSR Thn 1
- DS Pend Islam KSSR Thn 2
- Modul Pemulihan Jawi KSSR Tahun 1
- Modul Transisi Kit B Arab KSSR Tahun 1
Labels
- Anugerah (3)
- Cerita Pilihan (1)
- Cermin Mata (1)
- Cerpen (1)
- Disertasi (1)
- Gigi (1)
- Hajar n Muazz (2)
- Hari Guru (4)
- Hotel (3)
- j-QAF (19)
- Kerjaya (3)
- KPLI (1)
- KSSR (3)
- Kursus Guru (7)
- Mahrajan j-QAF (6)
- Mengidam (1)
- Menulis (2)
- MTQ (3)
- Muhasabah Diri (13)
- Oman (2)
- Penawar (1)
- Pesta Buku (3)
- PTK (1)
- Ramadhan Kareem (2)
- Rawatan Islam (1)
- Rumah (1)
- santai (5)
- Seminar (1)
- Soalan Peperiksaan (1)
- Tarbiyatul Aulad (3)
- Tazkirah (8)
- Ujian Allah (4)
- UKUM (1)
- Upin dan Ipin (1)
- usrati (3)
- Wad HTAR (1)
4 comments:
Selangor lagi advance ni!! Siap nak tukar ihtifal jadi mahrajan.. ada pertandingan bilik j-QAF pulak.. Fuh! Memang gempak lah! Boleh difikirkan untuk dilaksanakan pada tahun depan ni! JB/Johor mungkin akan jadi antara 'followers' Selangor ni.. :)
Bab tak puas hati masa bertanding tu memang boleh kira antara syarat bertanding dah tu.. Kalau tak de rasa puas hati macam tak sah pulak pertandingan tu.. Masalahnya terkadang rasa tak puas hati tu dibawa-bawa melebihi batasan perlakuan seorang guru, lebih-lebih lagi seorang guru agama. Malu tengok.
Saya dah pernah rasa dah tahun lepas bila saya sebagai ketua hakim peringkat JB, alih2 penyertaan sekolah saya menang tempat pertama kalam jamaie dan ketiga dikir barat. Padahal saya tak usik langsung markah. Saya cuma memerhati dan mengesahkan sahaja markah yang diberi oleh hakim-hakim. Fuh.. Macam2 la kedengaran.
Untuk tahun ni, kami sepakat utk tidak melantik walau seorang antara guru dalam daerah JB yang akan menjadi hakim pertandingan peringkat JB. Kami setuju untuk melantik hakim2 dari daerah lain yang akan mengadilinya nanti. Tengoklah nanti.. puas hati ke tidak....
lantik hakim jemputan dari daerah lain? Hmm... tak terpikir lak camtu. Tapi at least, kena ada hakim yg betul2 profesional dalam bidang dikir barat dan kalam jamaie... barulah valid dan tidak dipertikai lagi keputsannya...
tapi, itu la adat bertanding,... semua nak menang, kan? kalau camtu, kena sediakan byk hadiah... agar semua pihak puas hati... ke macamana?
ana pun pernah jadi pengerusi jemaah hakim tahun 2007 daerah klang,... byk asam garamnya,.. manis pun ada, pengalaman... mana nak cari, ye tak?
semoga usaha kita semua akan diberkati Allah... insyaAllah
kat sini x der la bertanding2 ni...kokurikulum main bola sepak sahaja. yg lain2 tu semuanya aktiviti dlm jer dan wajib disertai oleh semua murid...dan dpt sijil..x der hadiah2 ni. yg akak sukanya sebab semua murid akan confident utk bersuara dan pertahankan pendapat hatta kpd mak bapak diorg...huhuhu
bila la kak faten nak balik nih... org gombak dah tak sabau nak tunggu kepulangan...
pasti meriah ihtifal j-QAF kat gombak nnt nih...
Post a Comment