Saturday, June 13, 2009

Ujian di tengah jalan

Disuatu tebing jalan...

"Kenapa tiba-tiba berhenti kat sini?" tanya si isteri.

"Entahlah... temperature naik pulak... kenapa lak ek?" tertanya-tanya sendiri.

Lantas si suami segera mematikan enjin Proton Iswara 1.3 warna kelabu keluaran 2001, lalu menguak daun pintu kereta, keluar membuka boot enjin.

Mata si suami tercari-cari punca over-heated. Water-pump baru je ditukar, tiada tanda-tanda kebocoran. Tangki simpanan air juga masih penuh. Nak dibuka cap tangki air, takut memancut air keluar kerana masih panas.

Nak tak nak, tunggu sekejap. Sementara tu, di suami menelefon adiknya meminta khidmat nasihat.

Setelah hampir 20 minit berlalu, si suami cuba membuka cap tangki air.

Peesssssssssshhhh... melantun dan memancut air panas keluar... nasib baik tak terkena tangan dan badan... mula la berasap enjin bila terkena air yang terpancut.

Kaget, nervous, takut, risau, bimbang dan macam-macam perasaan si suami, si isteri bertambah-tambah la. Dengan tiga anak kecil di dalam kereta, nak nak lagi si kecil yang baru masuk 19 hari.

Doa dan tawakkal...

Selang 15 minit lepas tuh, si suami cuba memasukkan air ke dalam tangki air. Selepas tu, perjalanan diteruskan. Shukur... paras tanda temperature kembali turun seperti biasa.

Sepanjang pemanduan, mata si suami tak lekang memandang meter suhu di dashboard. Bila sesekali meter naik melebihi paras tengah, hatinya mula gundah. Jantung mula berdegup laju.

Celoteh si isteri dan anak-anak sedikit mengurangkan perasaan gundah.

Namun atas nasihat adiknya dan rasa tak senang si suami, dia singgah di sebuah kedai kereta di Raub. Kata mekanik tu, mungkin tangki air tersumbat. Nasihatnya... bila naik bukit menuju ke Karak nanti, jangan buka aircond dan jangan memecut untuk mengelakkan suhu naik mendadak.

------

Begitu lah kisah saya dan keluarga dalam perjalanan dari Kelantan ke Klang semalam. Alhamdulillah kami selamat sampai setelah beberapa kali berhenti untuk menyejukkan enjin kereta.

Terlintas dalam benak, mungkinkah 'dia' merajuk gara-gara saya berangan-angan dan berkira-kira nak menukar kereta baru? Kenderaan yang mungkin akan lebih selesa dengan keluarga yang bertambah ramai ini?

Atau ianya hanya kebetulan, kan? Tak mengapa... ini adalah ujian buat kami. Tidak pernah lagi kami 'terganggu' dalam perjalanan, lagi pulak perjalanan jauh sebegini. Ditambah pulak dengan anak kecil ada bersama... Namun kami bershukur kerana semuanya selamat...

Nak beli kereta baru? Tunggu la dulu kot... :)

7 comments:

Yatie said...

Alhamdullilah semua nyew selamat

amirmukhtar said...

syukur selamat sampai, nasihat ambo: cepat2 le pegi check tangki air, radiator, kipas dsb. bendanya nampak x seberapa tp silap2 nyawa nyaris melayang... (cakap berdasarkan pengalaman...)

miorjqaf said...

Alhamdulillah.. selamat.. Hmm.. Org kata kereta ni mmg macam tu. Ada perasaan gak! Tambah2 lagi kalau tuannya dah berangan-berangan nak beli kereta baru. Memang dan-dan dia akan buat perangai. Saya pun dah kena.. Tapi mungkin hanya satu kebetulan.. ;)

Abu Muazz said...

yatie: alhamdulillah... puji dan shukur padaNya

amir: tu la pasal. mmg nak kena g check up immediately nih... tima kasih sudi share pengalaman tuh. keta kancil tu ke?

mior: yup, mungkin sekadar kebetulan, coincident... tapi sepanjang perjalanan tu kan... selain selawat dan mohon doa dari Allah... sempat gak puji dan pujuk keta kesayangan tuh,... ;)

perantau.tt said...

alhamdulillah sumenye selamat.. teringat pulak kisah motor jammed waktu zaman kampus dulu.. hehehe

Abu Muazz said...

to AIM: yup... aku pun pernah gak motor jammed masa on da way balik dari bangi ke kelana jaya. Ingat lagi tak kes tu? masa tu aku, krie dan fared baru balik dari taaruf bebudak kat bangi. Lepas je tol Bangi tu, tayar motor fared pancit, dan motor krie abih minyak.

Masa tu kul 1.30 pagi. Aku tepon, ko tak angkat. Ko dah tido. Pastu kami mintak tlg azatul. dia bg no phone kawan dia kat UPM. Terharu plak org yg kami tak kenal dtg membantu. awal pgi lak tuh.

Kami tolak motor sampai la kat petronas lepas tol sungai besi. masa tu dah masuk subuh. mmg mencabar tul... pengalaman pahit dan manis. Hanya aku, Krie dan Ayiet yang merasai pengalaman itu.. :)

Hafizan said...

salam..beli jer...jgn tunggu.. hehehe

Popular Posts