Sunday, June 14, 2009

Cerita di Bengkel Kereta

Jam 10.05 pagi. Mata melilau mencari mana-mana bengkel kereta yang beroperasi pada hari ini, Ahad. Kereta segera menuju ke Sri Andalas, tempat biasa.

Kecewa, kedai biasa dikunjungi, tutup!

Pedal minyak ditekan lagi. Meneruskan pencarian.

Sampai di satu selekoh, ada sebuah kedai kereta buka. Kelihatan mekaniknya sedang melayan seorang pelanggan.

Kereta diparking. Belum sempat kedua belah kaki berpijak ke tanah, saya telah disapa...

"Ya, boss... apa macam? Apa problem?" sambil melemparkan senyum...

Memang peramah orangnya. Teka saya.

Saya terhibur seketika, walaupun agak letih dan penat berpusing-pusing sebentar tadi.

Setelah diceritakan segala masalah yang berlaku pada Iswara kesayangan saya itu,... kesimpulan yang dibuat:

"You kena tukar ini host, ada 5 batang termasuk cap tangki sekali. Cuci tangki ini tengok apa macam... saya pikir aa... ini sumbat. Air tak banyak dapat pergi sebab ini host sudah banyak ada karat, tengok..." sambil memicit batang host utama.

Memang agak keras. Dengar bunyi karat yang melekat.

"Berapa kos hah?" itu soalan yang pertama saya tanya... dalam wallet tak banyak yang dibawa. Sebab berkira-kira untuk cuci tangki sahaja. So, budget pun dalam RM90-RM100 je lah.

Rupanya dia la tauke, dia la juga mekanik. Hanya seorang mengendalikan kedainya.

Dia mendapatkan kalkilator dan membuat perkiraan. Saya pula, berdebar menanti macam nak dapat keputusan SPM pulak. Hmm... duit, senang masuk, senang juga terbangnya... :)

"RM300, saya kasi you collant 2 botol kasi isi, saya ambil upah saja... barang memang mahal. Tapi elok punya. You jangan risau la... apa macam? You mau kasi bukak sekarang?" masih tersenyum sambil bercerita panjang.

Saya masih berkira-kira. Banyak tul... Baru je sampai dari kampung. Duit tak berapa nak ada.

Bila difikir-fikir sambil bertanya kawan-kawan yang biasa servis kereta, mereka kata... takpe lah. Jalan je... tengok la macam mana.

Tauke tadi masih tersenyum pada saya. "Apa macam, jadi ka? Saya kasi you RM280 la... harga cheap saya kasi you..."

Uncle sedang melonggarkan skru...

Saya kagum dengan sikapnya. Sangat peramah melayan pelanggan. Semasa sedang berdiskusi harga, ada beberapa lagi pelanggan datang. Nampaknya ramai yang regular customer. Cepat-cepat tauke tadi memberi servis terbaik...

Saya pun... bersetuju!

Sebabnya? Saya suka dengan layanannya. Semua pelanggan yang datang, cakap puas hati dengan uncle nih. Takpe lah... mahal sikit pun...

Teringat masa di kampung. Singgah mencari buah durian. Terjumpa lori disadai ditepi jalan. Beria-ria nak membeli, namun bila penjualnya layan tak layan... hilang selera. Cakap dengan pelanggan pun tak nak tengok mata. Apa hal lak... takpe la... bukan rezeki pakcik la yer.

Maaf! Saya tak suka berurusniaga dengan orang macam tuh... maafkan saya!

Berbalik pada cerita di workshop...

Hampir 3 jam saya di sana, sempat berbual dengan beberapa pelanggan. Tiba-tiba kami diberikan sebotol air mineral.

Katanya " hari ni banyak panas... minum dulu," senyumannya masih tak lekang dipapar...

Mungkin ini rahsia dia berniaga. Selain orang percaya dan yakin, orang akan puas dengan layanan. Setiap kali bercerita dan bersembang, wajahnya sentiasa ceria dan mesra. Tidak ada tanda penat dan jemu. Walaupun hanya berseorangan mengendalikan bengkel keretanya...

Jam 2.00 petang, kereta selesai di'uruskan'... Terima kasih uncle... Ada masa, saya singgah lagi.

"Sama-sama, banyak terima kasih juga.." sambil menghulurkan sehelai tuala kecil tanda kenangan dari bengkelnya... :)

Moral of the story (Pengajaran):

Kereta dan apa jua kenderaan perlu sentiasa di servis bagi mendapat hasil yang terbaik dan pemanduan yang memuaskan.

Begitu juga dengan tubuh kita, perlu di 'check up' bagi membetulkan saluran darah yang tersumbat, serta 'update' organ lain seperti hati, jantung, paru-paru, buah pinggang, usus dan sebagainya... mengubati setiap penyakit adalah PERLU sebelum terlambat...

Likulli Daain, Dawaa'.
.. Setiap Penyakit ada Ubatnya...


Iman kita juga, kekadang bertambah, kekadang berkurang...

tatkala bertambah, usah riak dan takbur, abdikan dengan penuh keikhlasan. Tatkala berkurang, insaflah atas apa yang dilakukan, sebelum semuanya terlambat... :)

2 comments:

miorjqaf said...

Kalau di JB ni, ada satu workshop kereta dekat rumah ana yg bagus. Milik org cina. 2nd car ana selalu servis kat situ. Sebabnya bagus..,

Satu, harga boleh runding selain menawarkan pakej-pakej servis yg menarik dan murah. Lebih baik dan murah dari kita pilih benda yg nak dibaiki satu persatu.

Dua, boleh dapat voucer. Setiap RM100 dapat voucer RM10. Boleh kumpul dan tebus utk servis kereta bila-bila masa.

Tiga, layanan yang ramah. (Samalah kot mcm yg enta rasa.. Senang hati berurusan. Sampaikan ana dapat kad raya tahun lepas dari workshop tu. Dia pos ke rumah. Satu strategi dia utk mengingatkan kita bahawa kereta perlu diservis sebelum balik berhari raya. Bagus betul! Malangnya family car ana utk blk kg tak servis di situ, tp di Ampang. Lebih murah. Workshop junior ana masa sekolah agama Pelangai. Workshop KIA MOTORS. Lebih murah dari Naza Services.

Empat, air kotak dan mineral water disediakan. Rasa cam gi kedai emas pulak.

Lima, ruangan menunggu yang selesa. Berhawa dingin, ada sofa, ada astro dan yang paling best.. ada internet pc for free.. Memang tak boring menunggu.. Sambil servis kereta pun boleh surf internet...
Best2!

Hmm.. teringat masa berurusan dengan seorang lelaki melayu untuk open ticket flight ana di kaunter MAS baru-baru ni. Setelah lama menanti giliran dan berurusan, dan sebelum beredar sempat ana berkata padanya, "bang, senyum sikit boleh?" seraya berlalu dari situ. Kenapa orang melayu selalu cam tu?

syanashwa said...

learn something from this post.. thanks.. semoga Allah permudahkn segala urusan kita..

Popular Posts