Saturday, June 20, 2009

Gathering @ Putrajaya

Salam...

Selesai Kem Bestari Solat di sekolah jam 2.30 petang tadi, saya bergegas ke Putrajaya. Rasa 'bersalah' jika tidak hadir. Pertemuan yang dirancang sekian lama, harus dihadiri.

Sebenarnya, berkira-kira sendiri untuk hadir. Isteri masih dalam pantang. Baru 28 hari. Bimbang kalau ada apa-apa. Kalau tahu dek Mak Ayah dan Ummi di kampung, mahu sebakul kami dibebel.

Frizdan, Azral, Khairudin, Hafeez dan Hamidi.
Belakang sekali tu la Fadzli, tuan rumah... Thanks Li


Namun, saya berat hati untuk menguzurkan diri. Rasa nak sangat jumpa dengan sahabat yang dah hampir 6 tahun meninggalkan kampus. Nak ditinggalkan isteri dan 3 orang anak di rumah, tak sampai hati.

Akhirnya, saya bawa anak-anak dan isteri bersama. Dengan iringan doa, agar semuanya selamat, InsyaAllah.

Rasa gembira tidak dapat digambarkan bila bertemu sahabat sekampus dulu. Kredit terima kasih tak terhingga buat Fadzli dan Wahyuna yang sanggup menjadi tuan rumah. Moga sentiasa dirahmati mereka sekeluarga. Walaupun anak mereka, Hannan demam. Moga Hannan cepat sembuh ye baby... :)

Walaupun tak ramai yang hadir, namun sudah cukup mengubat kerinduan ukhuwwah selama ini yang cuma 'bertemu' diruang maya seperti ML dan blog. Frizdan, Hafeez, Azral, Riza, Khairudin, Azliana, Waheeda, Mursyidah dan Fatahiyyah. Masing-masing bersama keluarga. Kecuali 2-3 orang yang masih 'single'.

Pelbagai cerita. Suka dan duka. Fizarahman a.k.a Frizdan (composer lagu In-Team n Mestika) baru sahaja pulang dari Mekah, mengerjakan umrah.


Kek dari Secret Recipe, juadah dari Azral sekeluarga


Azral pula pulang bercuti sebulan dari Riyadh, bekerja di kedutaan Malaysia di sana. Membawa bersama Azimah Zahra, yang cute dan comel. Terima kasih Azral atas 'ole-ole' dari sana ye...

Hafeez dan Riza sedang menghitung hari menanti kehadiran cahaya mata pertama dalam hidup mereka. Tahniah!

Khairudin dan Azliana baru mendapat orang baru lagi. Tahniah juga. Khairudin macam biasa, ada saja yang memecahkan riuh kami. Suasana yang dah lama ditinggalkan...

Sebenarnya, ada lagi sahabat yang tidak dapat hadir. Ada yang hadir kursus, kendalikan kem, isteri nak bersalin, dan macam-macam halangan lagi. Tak mengapa, ada masa kita anjurkan lagi. Sesungguhnya, pertemuan ringkas petang tadi sebagai titik mula bagi merancang pertemuan 'besar' pada hujung tahun nanti, InsyaAllah...

Buat Fadzli dan Wahyuna, terima kasih sekali lagi. Nanti boleh la kita set up reunion aqrab di Klang pula yer... InsyaAllah :)

1 comments:

fa10 said...

memang akrab la AQRAB ni

Popular Posts