Sunday, June 28, 2009

Tak Perlu Tunggu Lagi!

Salam...

Rejab dah lama menyapa... menjemput ummah untuk tingkatkan ibadah, perbanyakkan amalan. Antara sedar atau tidak, pantas sungguh masa berlalu. Rejab... Sya'ban... Ramadhan... Syawal...

Langsung, kita? Sama-sama kita merebut Jumbo Sale ini...

Jun juga akan berlabuh, Julai melambai-lambai. Bulan yang biasanya akan menyentap jiwa saya. Kenapa?

Biasanya, bila tiba Julai, maka akan bermula lah episod kesibukan dalam tugas. Tapi semuanya bergantung kepada keperluan.

Sepertimana dimaklumkan dalam entri sebelum ini, Mahrajan Peringkat Negeri akan dijadualkan pada 24 dan 25 Julai. Ini bermakna, Mahrajan Peringkat Daerah sekurang-kurang seminggu atau dua minggu lebih awal.

Jadi, rasanya kena bertindak sekarang!

Tugas menyediakan teks kalam jamaie (choral speaking Bahasa Arab) dan juga Dikir Barat Bahasa Arab telah diamanahkan kepada sahabat yang mengajar BA. Namun kerana kesibukan, masih belum bersiap.

Saya suarakan kepada salah seorang sahabat lain.

Katanya, "Surat kan masih belum sampai..., tak tahu bila lagi kan?"

Saya pulak kata," Tak perlu tunggu surat... kena mulakan sekarang!"

Kenapa saya cakap camtu?

Tahun lepas, kami cuma ada masa seminggu untuk melatih murid. Sebabnya? Surat dari PPD sampai agak lewat. Dalam surat tu, terus minta senarai nama murid dan perlu diserahkan SEGERA!

Jadi, saya rasa tidak perlu menunggu surat. Tidak salah mulakan lebih awal. Masa latihan pun pastinya akan terbatas!

Tahun lepas, sekolah saya cuma berjaya mendapat tempat kedua Kalam jamaie dan ketiga bagi Dikir Barat. Begitu juga kuiz, tempat kedua. Tidak dapat mewakili daerah ke peringkat negeri. Bagi saya, itu sudah bagus, Alhamdulillah...

Tahun ini pula bagaimana?

Rasanya... susah sikit kot. Pasti ramai saingannya. Biarlah... saya langsung tidak meletakkan harapan. Yang penting, kami sama-sama turut meriahkan Mahrajan itu nanti. Kepada murid-murid yang terpilih mewakili sekolah nanti, moga berjaya... good luck dan Gambatte!!!



0 comments:

Popular Posts