Monday, June 01, 2009

Vaksin 'Haram' ?

Salam...

Pagi tadi, saya sempat berbual-bual dengan biras saya. Dia juga baru mendapat cahaya mata kedua 4 bulan lalu. Apabila perbincangan masuk kepada topik penjagaan kesihatan anak, beliau memaklumkan pada saya, anaknya yang sulung kini berumur 2 tahun (sebaya dengan anal saya - Hajar) tidak mendapat apa-apa suntikan lanjutan sejak lahir. Follow up di klinik pun tidak pernah.

Mulanya saya terkejut. Mengapa seolah-olah beliau mengabaikan tahap kesihatan anak?

Namun setelah dijelaskan, beliau agak ragu dengan penggunaan vaksin yang disuntik kepada bayi. Hasil pembacaan dan maklumat daripada CAP (Persatuan Pengguna Pulau Pinang), ada menyebut campuran bahan-bahan yang meragukan (bab halal dan haram), serta kandungan vaksin yang disuntik menyebabkan anak yang sihat, akan menjadi 'sakit' dalam tempoh yang kita tidak sedari.

Selain itu, katanya lagi... suntikan vaksin ini juga antara propaganda Yahudi untuk memberi 'sakit' kepada umat Islam secara perlahan. Nauzubillah min zaalik...

Katanya lagi, anak kita yang sihat, apabila pergi ke klinik untuk dicucuk, balik ke rumah demam dn bengkak tempat disuntik tadi. Kenapa jadi macam tuh?

Saya agak terkejut dengan penjelasan beliau. Tindakan saya selepas ini ialah :

- melayari beberapa laman web kesihatan dan CAP untuk mendapatkan maklumat lanjut
- meminta pandangan kakak ipar saya yang merupakan seorang doktor
- mengkaji dan meneliti apa yang dimaklumkan oleh biras saya itu
- mendapatkan buku kecil terbitan CAP berkaitan vaksin

Setakat yang saya jumpa:

Kerajaan diminta haramkan penggunaan vaksin awet raksa

Utusan Malaysia, Selasa - 5 Jun 2001

Seremban, Negeri Sembilan (Malaysia) - Kementerian Kesihatan diminta mengharamkan penggunaan vaksin yang mengandungi bahan awet raksa (Thiomersal) kerana ia boleh membahayakan bayi yang baru lahir. Vaksin itu diberi kepada bayi yang baru lahir bagi melindungi mereka daripada penyakit polio, demam campak, difteria, rubela, kancing gigi dan hepatitis. Kebanyakan vaksin tersebut mengandungi bahan awet raksa dan ini mungkin merupakan punca utama masalah saraf yang dihadapi oleh bayi di seluruh dunia.

sumber: http://prn2.usm.my

Terkejut juga membacanya...

Patutlah ada beberapa orang kawan saya yang tidak menghantar anak ke klinik untuk mendapatkan rawatan dan suntikan secara berkala. Kenapa saya lambat mengetahui perkara ini???

Saya masih perlu mendapatkan maklumat yang lebih tepat. Saya memohon kepada pengunjung blog saya yang ada info berkaitan isu ini, harap dapat maklumkan pada saya.

Saya dan isteri positif dalam hal ini. Bagi kami, sebelum kami mengambil apa-apa keputusan perlu ada 'nas', dalil dan bukti yang kukuh. InsyaAllah... moga Allah tunjukkan jalanNya... Ameen

4 comments:

Anonymous said...

Salam Hamidi,
Anta try la timbang2 tentang hal ni dalam website ni: http://www.immunisation.nhs.uk/files/thiomersalfsht.pdf
NHS ni = Kementerian Kesihatan kat tempat kita. Ana pun tak tau sgt bab2 ni. ZULFA

tice said...

assalamualaikum ustaz...Ummi doakan agar baby ustaz dipelihara ALLAH senantiasa..Insyaallah..

Allah Maha Mengetahui segala-galanya...Ustaz n wife tak perlu riso..kerana ustaz n wife tidak mengetahui mengenainya lebih awal.

So,yang terlepas tu sudahlah..Kita berhati-hati untuk perkara yang akan datang sambil BERDOAs Allah enantiasa memelihara segalanya..

Abu Muazz said...

salam...

zulfarina: Shukran atas info yang berguna tu, ana sedang membaca dan meneliti bahan tersebut...

ummi tice: thanks... sentiasa berdoa agar dilimpahkan kesihatan berpanjangan. Ummi orang 'lama', banyak pengalaman berbanding kami yg baru ingin mencorakkan hidup bersama. Thanks for everything

Anonymous said...

Salam sejahtera.

Midi, berkenaan vaksin ni sebenarnya isu yg dah lama dah. Cuma tak ramai yang nak amik pusing, sbb malas nak cari. Apa yg org kata, ikut je.

Cuma, aku rasa cuba g jumpa ngan mana2 doktor homeopathi (betul ke ejaan tu? :p) n tanya @ consult ngan dia

Pengalaman aku n is3, sms mngandungkan anak yg pertama, kami bincg lama ngan doktor tu. Dia bentangkan pd kami berkaitan cucuk imunisasi ni. Yg paling memeranjatkan ialah, hanya negara2 dunia ke 3 shj yg masih mengamalkan imunisasi ni. Manakala negara2 maju sudah x amik dah.

Mengikut doktor tu, Doktor Suriati, klinik dia di Manjung,Perak, dkt dgn Stesyen Bas Manjung, turun je boleh nampak dah, dalam masa 2 tahun pertama, jika budak2 sakit2 @ demam yg tidak serius, apa2 pun kena rujuk pada doktor lah, ianya akan menguatkan lg imun kanak2 tersebut secara semulajadi.

Bnyk lg nak crita tp x larat nak taip dah. Bnyk lg crita2 berkaitan dgn imunisasi ni. Kena buat home research sindiri la nampaknya.

Takat tu dulu. Alang2 jenguk blog hang, tertarik ngan posting hang ni.

Jumpa lagi.

Abu Ajwad
12.01 pg
8 Jun 2009

www.sapakisah.blogspot.com

*baru mula, kalau x mnarik, maaf lah.

Popular Posts