Monday, December 05, 2011

Program j-QAF ke SM, anda mahu?


Assalamualaikum,

Membaca berita dari BERNAMA berkaitan "Program j-QAF di sekolah menengah Pertengahan Tahun 2012" membuatkan ramai yang terlibat khususnya GPI j-QAF memberi pelbagai reaksi. Positif dan negatif. Positif; kerana ada yang ingin merasai dunia pelajar alam menengah. Negatif pula, bukan tidak bersetuju, namun lebih selesa di sekolah rendah.

Suatu ketika dahulu, saya pernah menyuarakan pandangan dan melontarkan isu berkaitan j-QAF di sekolah menengah. Malah saya daripada poll yang saya buat, majoriti menyatakan hasrat untuk kekal di sekolah rendah. Mereka mempunyai alasan tersendiri.

Isu ini mula timbul pada tahun 2009 apabila murid j-QAF kohort 2005 dijadualkan ke sekolah menengah pada tahun 2011. Jadi, atas dasar untuk meneruskan kurikulum tersebut, dicadangkan agar murid2 ini diteruskan dengan program jQAF dengan penambahbaikan kurikulum.

Ada guru yang menawarkan diri untuk mengajar di sekolah menengah, walaupun ura2 menyebut hanya GPI kohort 2005 dan 2006 yang diberi keutamaan. Malah ada yang lebih rela kekal di sekolah rendah dengan alasan pelbagai.

Namun, itu hanya bisik2 yang tiada kesudahan. Masing2 menunggu keputusan. Sama ada betul atau tidak. Sehinggalah 2 hari lepas, perkara tersebut disuarakan oleh TPM merangkap Menteri Pelajaran. Ada yang terkejut, tak kurang juga yang teruja.

Pernah dulu saya bertanya kepada pegawai BPK yang bertanggungjawab mengurus selia dan menyediakan kurikulum, sama ada hasrat kerajaan untuk meneruskan program j-QAF ke sekolah menengah akan dilaksanakan? Respon yang saya terima, ia masih dalam perbincangan. Kurikulum masih dalam proses penggubalan. Jika ia dilaksanakan pun, kemungkinan besar pada tahun 2017 setelah semua sekolah rendah sudah melaksanakan program ini. Makna kata, masih ramai guru j-QAF diperlukan bagi mengisi kekosongan yang ada.

Apa pun, tunggu je la apa jua keputusannya, moga kurikulum yang bakal digubal nanti, akhirnya mampu membentuk sahsiah yang baik. Sebagai guru dan pendidik, kita yang perlu berusaha. Walaupun ramai yang menolak untuk ke sekolah menengah dengan alasan, mereka kurang ajar, susah dibentuk, tak dengar kata, banyak buat masalah disiplin dan macam2 lagi... inilah masanya untuk kita mngubah dan membentuk generasi ini mengikut acuan yang terbaik. Kita ada ilmu, kita ada kemahiran... jadi, gunakanlah semua itu untuk mengharungi cabaran.

Jika semboyan berbunyi nanti, bukan masanya lagi kita nak mencari2 dimana peluru, dimana meriamnya... tapi masa untuk kita membidik dengan tepat, ya... tepat ke sasarannya... ;)

Salam ukhuwwah...


4 comments:

Abu Muazz said...

testing.. cubaan...

tice said...

ALHAMDULILLAN dan SYABAS...program jqaf telah pun menjangkau usia 6 tahun..sepatutnye 7 tahun kalau dikira hingga 2011(Tingkatan 1)...

Cadangan untuk jqaf ke sekolah menengah amatlah disokong walaupun hanya akan bermula pada pertengahan tahun 2012..

Walaubagaimanapun,macam agak terlambat juga program iniu nak masuk ke sekolah menengah..sepatutnya dah bermula awal 2011...Barulah kita dapat lihat perkembangan & penghayatan pelajar kita berkesinambungan tanpa putus hingga ke Form 5..

Dalam jangkamasa itu juga kita dapat menilai sejauh mana keberkesanan program ini..dan boleh membuat post mortom mengenai programnya dan akan memperbaiki mana yang patut samada dari segi prestasi pelajar ataupun kaedah penyampaian pelajaran atupun pendekatan guru dll..Insyaallah program ini akan bertambah mantop dan boleh diperbaiki dari masa ke semasa agar ia menjadi 1 MODULE khas bagi pemantapan AQIDAH ...InsyaAllah

Abu Muazz said...

setuju dgn pndgn ummi tu. perkara ni mmg dah dibncgkan diperingkat atasan. saya sendiri dah rujuk peg BPK ttg pelaksanaan jqaf ke Sek Men.

Namun atas bbrp masalah, progrm tersebut terpaksa ditangguhkan. Kurikulum yang sepatutnya juga masih dalam penggubalan. patutnya pengisian lebih mantop, dan ada penambahbaikan dalam pnp. mgkn bukan j-QAF lagi, sbb matlamat jqaf utk mengubat buta jawi dan sebagainya. mgkn sesuai PERKASA j-QAF atau sebagainya...

harap2 prgrm ini dpt dilaksanakan dgn persediaan yg cukup. risau tgk perkembangan remaja sekarang. Semoga apa yg disemai dan ditanam sejak sek rendah akan dituai hasil yang terbaik di alam menengah dan seteruusnya nanti...

;) keep it up!!!

tice said...

Semoga usaha untuk meMANTOPkan penguasaan JAWI dalam kalangan pelajar dapat dilaksanakan segera tanpa lengah...

Dari kajian yang telah dilakukan secara tidak rasmi(secara peribadi) didapati penguasaan JAWI dlaam kalangan pelajar tahap 2 masih begitu kurang memuaskan walaupun pelbagai usaha telah diaplikasikan.

MUNGKIN...masa untuk JAWI kurang...sikap pelajar...l/belakang pelajar..TAPI..kalau ditinjau 45 ytahun lalu,penguasaan JAWI dalam kalangan pelajar muslim amat membanggakan walaupun masa untuk pelajara agama tidak sebanyak lani especially di sekolah missionaries..

Marilah sama-sama kita fikir-fikirkan KAEDAH yang USTAZs dulu-dulu aplikasikan untuk penguasaan JAWI yang memberangsangkan dalam kalangan pelajar..wallahualam

Popular Posts