Monday, March 09, 2009

Berkatilah kami... Ameen

13 Rabiul Awal 1430H... genaplah 4 tahun usia mahligai kami didirikan. Kami bersyukur, kami dikurniakan sepasang cahaya mata penyeri hidup. Muazz dan Hajar... buah hati pengarang jantung Abi dan Ummi. Kini, kami sedang menanti kehadiran seorang lagi cahaya mata. Semoga hadirmu akan menambah seri hidup kami.

Buat zaujati, terima kasih atas pengorbanan dan jasamu selama ini. Hanya Allah yang akan melimpahkan rahmat dan ganjaran buatmu. Semoga mahligai ini akan utuh dengan hiasan peribadi yang indah, kesabaran, ketaatan dan keikhlasan.


Selamat Hari Ulangtahun Perkahwinan kita ke-4...

5 comments:

miorjqaf said...

Tahniah! Selamat ulang tahun perkahwinan yang ke4. Semoga Allah memberkati kalian berdua dan menjadikan kalian sentiasa dalam kebaikan. :)

Benar kata,
Jatuh bangun seorang lelaki,
Bergantung siapa wanita di sisi.

Hamidi said...

salam akhi Mior... syukran atas doa itu. Moga kita sama-sama beroleh rahmah daripadaNya... InsyaAllah

amirmukhtar said...

Tahniah & mudah2an terus dlm rahmat Allah hendaknya...

dari pengapitmu.. heheh

Hamidi said...

Salam

Amir: tima kasih sudi jadi my best man... tima kasih jua buat doa tuh.. Ameen... ish, bila nak makan nasik minyok nih... ngidam gulai kawoh doh nih...

iskandar zulkarnain said...

Tahniah akhi. Tokse buat majlis persandingan semula ke? He he

Popular Posts