Sunday, March 22, 2009

Demi Tanggungjawab... Apa Saja

Tanggungjawab Guru Terhadap Anak

"Mana lagi nak cari nih
?" saya cuba menjenguk di bawah almari.

"Tau la.. dah abih tempat geledah, tak jumpa la plak," jawab isteri. "Muazz,... cepat tolong abi dan ummi cari cepat" arahan dikeluarkan kepada Muazz, segera menggeledah peti mainannya.

Saya mengerling ke arah Hajar. Rilek je dia. Macam takde apa-apa yang berlaku. Orang lain kelam kelibut cari benda dia punya, dia wat tak heran plak.

Berpeluh saya, isteri dan Muazz mencari botol susu Hajar. Tak tau ke mana letaknya. Habis seluruh tempat persembunyiannya diselongkar. Dalam almari baju, dalam mesin basuh, bawah kabinet, dan merata-rata tempat lagi.

Peluh tak keruan, baju dah kebasahan. Hajar masih tekun memasukkan blok lego yang ada sambil tersengih sendiri setiap kali berjaya memasukkan lego tersebut.

Akhirnya, jumpa juga. Ish, dia nak minum susu, boleh wat tak tau pulak. Itu la budak namanya... huhu, saya dan isteri saling memandang... sapa lak nak buatkan susu nih... Ish, rasa malas dan 'tok cekak' mula menguasai diri. Akhirnya saya akur... bapa mithali la gamaknya, saya basuh botol, Umi Hajar yang bancuh susu... adil la tu kan... berkira ke? Takde la... itu la namanya helping each other...


Itu lah sebahagian tugas di rumah. Melayan karenah anak dan isteri. Walaupun penat, tapi seronok. Seronok dengan telatah si kecil. Gelak tawanya, mengeringkan duka... cuma bila meragam, abi jadi geram... bibir diketap, tangan disentap... bila kata tak diendah, tegur tak dihirau, abi hilang sabar, ummi menyejukkan hati, memujuk.

Tanggungjawab Guru Terhadap Komuniti dan Ahli Masyarakat

"Sejak ditukarkan ke Fakulti Pendidikan, saya memang sibuk, kerja balik lewat daripada orang lain. Macam-macam kerja nak kena settle," jelas jiran saya bercerita.

"Apa yang diorang rancang, kita follow je lah, jangan melawan arus," tambahnya lagi.

Itu lah perbualan ringkas tatkala menghilangkan penat. Mengeringkan peluh yang membasahi baju Melayu Hijau sedondon dengan warga Zon. Memang jarang jumpa, hanya di surau dan majlis keraian sebegini, tautan mahabbah terjalin kembali.

Pagi tadi, kami ikut serta dalam Perarakan sempena Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Taman Bukit Jati. Ingatkan dekat je...jauh la jugak. Berpeluh sepanjang perarakan tu dukung Hajar. Yang penting, syiar. Gegak gempita dengan laungan selawat. Bergema di seluruh taman. 7 kontijen mengambil bahagian. Kami Zon 3. Ada 6 Zon semuanya dicampur dengan Zon TNB.

Zon 3 menang ketiga kategori Sepanduk dan kedua kategori perarakan dan jumlah ahli berarak teramai. Menjadikan kami Johan Keseluruhan, alhamdulillah. Rugi lak tak amik gambar, takleh wat kenangan.

Selesai perarakan, jamuan makan. Lepas tu ceramah dan tazkirah daripada Ustaz Asri Ibrahim. Syok jugak dengar Ustaz Asri bercerita. Tak kering gusi jugak la. Pastu barulah persembahan yang ditunggu-tunggu daripada Rabbani. Best sangat. Dengan sound speaker dari PA yang mantop, menggegarkan Taman Bukit Jati. Sebelum beredar, beli CD Nostalgia. Best dengar lagu-lagu Nadamurni di bawa nafas baru. Pergh...layan sungguh.

Tanggungjawab Guru Terhadap Muridnya

Esok dah nak mula sekolah. Pasti banyak tugasan yang menunggu. Sudah pasti. Latihan intensif murid untuk Pertandingan Nasyid Peringkat Daerah Klang pada 28hb Mac ini memaksa saya untuk memaksa dan mengerah diri datang awal ke sekolah. Cadangan sesi latihan pada jam 11 pagi hingga 1 tengah hari setiap hari sehingga pertandingan berlangsung. Harapnya kedua-dua lagu yang baru di gubah telah dihafal sebaiknya.

Susah jugak nak cari melodi yang best. Kena cari mood, baru leh buat. Bagi saya, bila dah ada lagu, senang nak wat lirik. Moga latihan intensif minggu ni akan berjalan lancar. Moga kejayaan juga akan berpihak kepada kami, insyaAllah.

Tanggungjawab Guru Terhadap Rakan Sejawat

Tugasan lain, nak anjurkan Sambutan Maulidur Rasul Peringkat Sekolah. Tarikhnya sama dengan MTQ Peringkat Daerah. Saya ditugaskan menyelia Pertandingan Sepanduk. Wording lum disusun lagi. Lupa la pulak. Cuti punya pasal.

Peperiksaan Pertengahan Tahun bakal menyusul. Justeru, soalan perlu disediakan serapi-rapinya. Kurang gemar teknik copy n paste. Cuma kalau waktu terdesak dan kesuntukan masa yang amat, leh la guna teknik tu.

Tanggungjawab Guru Terhadap Isteri

Esok juga nak hantar zaujah pergi Klinik Ibu dan Anak Tengku Kelana, untuk scan baby yangdah tujuh bulan dalam 'perut' uminya. Moga tiada apa-apa yang merunsingkan kami. Fibroid nampaknya dah takde. Sewaktu kandungan pertama, fibroid pecah dan tidak kelihatan melalui pengimbas tatkala mengamalkan minum air Musoffa. Alhamdulillah. Syukur padaNya.

Apa lagi ye? Hmm... kena tunggu esok la baru boleh update tugasan yang menanti di sekolah. Semangat sejak LDP tu masih memuncak. Nak cuba buat perubahan dalam teknik pengajaran, moga akan menatijahkan yang terbaik. Cuba dulu la, baru boleh tahu hasilnya.

Bak kata Sudin dalam salah satu filem P.Ramlee..."Selagi belum tutup mata, kerja, kerja dan kerja..." apa lagi... kerja Lillahi Taala...

Allahumma Yassir, wa la Tu'assir...

Inna ma'a al-'usri yusra...

0 comments:

Popular Posts