Monday, March 16, 2009

LADAP pun sodap...

"Ramai guru KPLI yang berbohong...pembohong," ujarnya.

"Kenapa pulak," tanya kami kebingungan.

"Masa temuduga, bila tanya... boleh mengajar kalau bukan opsyen? jawab... boleh sangat, saya ngajar tuisyen 5 subjek... bila tanya lagi, sanggup dihantar ke bormeo? jawab... ke mana sahaja, tak kesah. Bila ditanya kenapa nak jadi cikgu? Jawab sebab minat sejak dilahirkan... betul-betul minat la tuan... kerja banyak camana pula??? tak kesah, memang saya minat buat kerja... itu sebelum jadi CIKGU...bila dah jadi CIKGU... tak seperti yang dinyatakan. Itu sebab saya panggil cikgu sekarang PEMBOHONG"...

Itu lah kata-kata sinis dari seorang pensyarah dari Institut Aminuddin Baki, Genting Highlands, Encik Mohd Dawi bin Ithnin yang dijemput khas bagi menyampaikan ceramah bertajuk Memperkasa Profesion Perguruan.

Bermula dengan agak tegang, beliau memprovok guru yang hadir. Semua jawapan yang diberi oleh guru terhadap soalan yang dilontarkan, akan dijawab sinis. Wah... geram jugak pada mulanya. Ye lah, kita datang nak citer apa yang betul dan berkongsi ilmu yang kurang.

Kemudian, barulah beliau bermula dengan step seterusnya. Agak lucu tapi penuh informasi. Suka untuk saya berkongsi dengan pengunjung blog ini.

Antara isu yang hangat dalam perguruan sekarang:

- sekolah banyak anjurkan 'dumb-program'- banyak program yang terlaksana tapi tak tercapai objektifnya, murid tak dijadikan sasaran utama, makan pulak yang lebih...

- 'cikgu kerja banyak'
-'protes tingkah laku' - buat kerja dengan terpaksa, hadir LDP pun kerana dipaksa dll
- guru tak faham realiti seorang guru
- guru tak ada knowledge dan skill
- guru ada masalah attitude (sikap)
- guru tiada minat dan keseronokan dalam bilik darjah

Bagaimana membina minat dan keseronokan dalam bilik darjah?

Beliau membuat perumpamaan:

"Cikgu Faridah, kenapa cikgu kahwin?"

"Sebab saya minat dengan suami saya," jawab Cikgu Faridah.

"Bukankah berkahwin lebih menyusahkan hidup berbanding hidup bersendirian? Kita buat kerja hanya untuk kita dan melayan diri kita sahaja? Kalau dah kahwin, kena layan diri sendiri dan layan suami. Bukankah itu menyusahkan?"

"Bila dah kahwin, ada rezeki dikurniakan anak. Bukankah akan bertambah bebanan kita? Bukankah melahirkan anak itu sakit? Lepas beranak seorang, tambah lagi seorang dan tambah lagi. Kita tahu melahirkan anak itu sakit, kenapa masih menambah anak?"

Jawabnya, sebab MINAT dan SERONOK. Walaupun kita tahu tugas kan bertambah dan menyusahkan kita, tanggungjawab juga makin banyak, tapi disebabkan MINAT dan SERONOK melakukan perkara itu, jadi semuanya dapat diatasi dengan mudah.

Isteri satu...seronok, isteri ramai beronok-ronok... spontan beliau berlelucon. Gamat seketika makmal komputer.

Ada benarnya juga. Kalau kita buat kerja dengan penuh minat dan seronok, banyak ke, susah ke, kita tak kisah, kan?

Dalam ceramahnya juga, beliau ada menyebut beberapa akta:

1- Tak hantar rekod mengajar pada masanya -denda RM500
2- Tak hadir kegiatan ko-ku - denda RM50 setiap sesi
3- Menggagalkan kegiatan ko-ku di sekolah - denda RM5000, penjara 3 tahun
4- Tak mengajar mata pelajaran mengikut dalam jadual - denda RM5000 atau penjara 3 tahun

Itu dalam akta. Dalam SPI pun banyak juga. Kalau pentadbir menggunakan akta itu, tak tahu lah ye.

Katanya lagi... kalau kita banyak bertolak ansur, kita akan ditolak beransur-ansur.
Kalau kita beri kerjasama, kita akan dikerjakan bersama-sama... ye ker macam tu?

Beliau juga menekankan PERANAN GURU ada 4:

1. Menjaga- untuk mengelakkan kecuaian dan kemalangan daripada berlaku.
2. Mengajar
3. Memahami
4. Beri Bantuan

BIDANG TUGAS GURU pula ada 5:
1. Guru Kelas
2. Guru Mata Pelajaran
3. Guru Tugas-tugas Khas eg. Guru Disiplin, Guru SPBT
4. Guru Penasihat Persatuan
5. Guru Penasihat Permainan

Manakala SENARAI TUGAS GURU ada 63. Tak dinyatakan secara terperinci, tapi dia kata... fikirlah sendiri...

Beliau turut menyentuh aspek REVERSE PSYCHOLOGY. Menjadikan sesuatu yang negatif sebagai positif.

Penerapan kerja mengikut BUDAYA ISLAM.
1. Kerja itu sebagai satu ibadah
2. Hari ini adalah lebih baik daripada semalam

Penerapan kerja mengikut BUDAYA MELAYU.
- Perumpamaan yang diberikan seperti dalam kisah "Si Kembang Cina dan Awang Sulung Merah Muda"... Cikgu hendaklah:
-Belum dipanggil dah datang, belum disuruh dan buat...

Beliau juga menegur sikap guru-guru sekarang. Kurang berkemahiran mengawal emosi dan mengawal murid nakal.

Di dalam BANK MINDA ibu bapa, jika guru itu seorang yang baik dan bagus, apa jua tindakan dan denda yang diberikan terhadap anaknya, akan disokong. Sebaliknya, jika guru itu tidang dianggap baik dan bagus, setiap tindakan guru akan dipertikai. Lihat 2 situasi berbeza di bawah:

Situasi 1:
- Bila anak ditanya suatu hari oleh bapa, "Along, cikgu Siti macamana kat sekolah?" jawab Along, "Cikgu Siti bagus ayah, dia mengajar kami semua faham. Dah la baik, lucu pulak tu...
- Bila suatu hari Along balik mengadu pada ayah... "Ayah, cikgu Siti cubit paha Along...sakit" jawab ayah... "Padan muka... bagus sangat la cikgu cubit, kenapa tak rotan, kan lagi bagus... Along tu yang nakal...mari sini abah tambah sikit lagi..."

Situasi 2:
- Bila anak ditanya suatu hari oleh bapa, "Along, cikgu Siti macamana kat sekolah?" jawab Along, "Alah, Cikgu Siti tu... mengajar ntah apa-apa, langsung tak faham... dah la selalu masuk lambat,"
- Bila suatu hari Along balik mengadu pada ayah... "Ayah, cikgu Siti cubit paha Along...sakit" jawab ayah... "ish cikgu ni, aku pun tak pernah nak cubit anak aku... dia lebih-lebih pulak. Mak nya... moh kita ke sekolah sekarang... melampau betul cikgu nih..."

Dapat bezakan tak 2 situasi di atas? Kita ni dalam situasi yang mana agaknya?

Sebenarnya banyak lagi yang dicatat sepanjang ceramah beliau. Nak ditulis kat sini, jadi macam minit atau laporan la pulak kan... Bagi saya, ceramahnya agak menarik, walaupun mungkin banyak yang bersifat teori, tapi boleh dipraktikkan, kalau nak la kan. Pengalaman beliau bersama murid nakal dan samseng, boleh di guna. Tapi kena lihat la situasinya macam mana.

Tak kering gusi kami sepanjang 4 jam duduk dalam Makmal Komputer jam suam-suam panas dek kerana air-cond yang rosak.

Dalam hati saya berkata... "hmm... LADAP kali ni...soodap jugak..." huhu.

8 comments:

amirmukhtar said...

Go go GTH (Great Teacher Hamidi)!!!

miorjqaf said...

Menarik betul LDP tu.. rugi la siapa yg tak hadir. Ana yg baca 'laporan' enta pun terasa keseronokannya. Mesti terbakar punya.. kan!? Baguslah.. semangat yg kian padam, harus dimarakkan semula. Macam bateri hp yg dah nak habis.. kena cas la semula utk menghidupkan semua fungsinya.. kan!?

Abu Muazz said...

amir: hehe...mcm pernah dengar je nih...tapi kat mana yerr...hmmm

mior: betul betul betul, mulanya rasa cam malas nak pi, tapi bila pi, byk dapat bagi inspirasi. mmg byk citer, tapi tak larat nak 'report' dalam entry tuh...huhu

Nazri Samsudin said...

"sekolah banyak anjurkan 'dumb-program'- banyak program yang terlaksana tapi tak tercapai objektifnya, murid tak dijadikan sasaran utama, makan pulak yang lebih..."

tau takpe.. program nampak macam gah dan hebat, tapi meriah pada jamuan makan je hehe..

Abu Muazz said...

Nazri: hmm... betul betul betul... mcmana nak kikis semangat makan berlebihan ni yer???

fa10 said...

seronoknya klu dpt jd guru idola...cikgu2 kat sini x pernah marah murid..awla mmg suka sgt kat mr.fleming...klu k.faten marah mesti dia merayu nak gi school..nak jumpa mr.fleming

Unknown said...

Ada tak dia sebut cikgu syurga dan neraka. Lagi celaka.

Unknown said...

Ada tak dia sebut cikgu syurga dan neraka. Lagi celaka.

Popular Posts