Saturday, March 14, 2009

Kau Senyum Kembali

Hari ni, baru dia menguntum senyum. Senyuman yang begitu dirindui. Keletah dan aksi yang lucu, dah lama tidak didengar. Semuanya jadi macam ni apabila Hajar demam, batuk dan selesema sudah hampir seminggu.

Mulanya, abang Muazz yang demam. Alhamdulillah, tak lama. Kebah dalam 4 hari. Disusuli dengan batuk, akibatnya, suara jadi serak. Kesian abang Muazz. Masa Muazz demam, tiada juga aksi Ultraman dan Rykendo yang dapat ditunjuk. Hanya terbaring lemah sambil memegang botol susu. Hajar juga, apa lagi... ini lah peluang Hajar untuk main sepuas-puasnya, mungkin.

Sebabnya, kalau Hajar main apa-apa mainan, pasti akan diambil abang Muazz. Biasa la tuh, budak-budak, getus saya.

Suka tengok bila Hajar senyum dan gelak, terhibur hati

Bila abang Muazz lesu tidak bermaya, Hajar boleh naik kereta abang, boleh baca buku abang, main semua mainan yang ada... Yahoooo... mungkin itu yang Hajar nak luahkan...

Tapi selang 3 hari abang Muazz demam, pada malam tu... badan Hajar agak panas... SubhanaLlah, Hajar nak demam jugak ker? Bisik hati saya. Isteri pun mengambil air campuran asam jawa untuk di jelun. Memang begitu lah, bila anak demam, masing-masing tidak tidur malam... mengawasi anak-anak. Gilir-gilir jelun anak-anak.

Tapi yang paling sadis... bila bab bagi minum ubat. Masing-masing mogok. Ubat tak nak ditelan, tapi hanya dikemam dan diludah kembali. Susah betul dua beradik ni nak makan ubat. Kata neneknya, ikut 'bakat' dan 'perangai' abi la tuh... Huhu, saya tergelak sendirian... memang masa kecil (sampai naik sekolah menengah), saya ni anti-ubat. Segala jenis ubat. Sanggup demam dan sakit daripada menelan ubat-ubat tu.

Bila arwah abah tanya kenapa susah sangat nak telan? Saya masih ingat jawapan saya... "lubang tekak ateh ni kecik...susah nak telan..."

Hmm...agaknya Hajar dan Muazz memang mewarisi 'semangatku' agaknya. Tapi... saya ni agak kurang dapat kawal emosi kalau anak ludah balik ubat... geram rasanya... macam mana la nak sembuh kalau tak nak makan ubat??? Mungkin itu juga lah yang arbah abah rasa bila aku banyak menghabiskan duit ke klinik, tapi ubat hanya disimpan dalam peti. Maafkan Ateh yer...

Hari ni, Abang Muazz dah kembali sembuh sepenuhnya, cuma ada suara-suara yang serak sikit-sikit. Tapi yang saya terkejut, dia cakap dia masih demam dan minta ubat oren (ubat demam). Ish budak nih... masa demam, susah nak telan ubat. Dah sihat ni ngada-ngada pulak... Saya bagi ubat selesema... takyah lagi nak paksa, tak payah nak pegang kaki dan tangan lagi... masukkan ubat dalam syringe, letak dalam mulut... syruuupp... dah telan... Alhamdulillah... kan senang macam tuh.

Tapi Hajar masih merengek. Bila demam, rengekan Hajar yang akan kedengaran. Merajuk, duduk sendirian dalam bilik, katup muka dengan bantal, tak nak makan, tak nak minum susu, semuanya tak nak. Tak tau kenapa. Badan Hajar pun dah makin 'serah'. Makin ringan, sebab tak nak makan... masa sihat, mulut Hajar selalu ada benda... asyik minta biskut, dan apa yang Abi dan Ummi makan, Hajar akan 'seneneh' minta disuapkan.

Biasanya Hajar akan ceria. Menyanyi ikut apa yang dia dengar, melenggokkan badan apabila dengar lagu, dan yang paling diminati lagu masa cerita Anak Betong habis, Selawat Syifa'... terdiam kalau dengar selawat tu, sambil ikut bait-bait akhir... WonderPets pun minat gak. Tapi bila dah demam, takleh nak layan dah...

Tadi saya bawak abang Muazz pergi sekolah, ada latihan nasyid dengan budak-budak. Tinggalkan Hajar dengan Ummi. Menangis Hajar nak mengikut. Memang dia macam tuh. Kalau dia lihat Abi dan Ummi pakai baju dan bersiap-siap... pasti dia akan cakap, "nak alan... nak alan..." nak pergi jalan... seronok bila dapat naik kereta...

Balik dari sekolah, saya lihat Hajar dan boleh menguntum senyum. Dan bergerak bebas dalam rumah, macam sebelum nih. Dah sihat ke, Hajar tuh? Tanya saya pada isteri. Suka sangat la tadi, bawak ke kedai, jawab isteri. Oo... patut lah. Kaki jalan rupanya. Ikut 'bakat' siapa tu yer... huhu

Moga Hajar dan Muazz akan sembuh sepenuhnya, insyaAllah. Abi mintak maaf, tak dapat nak bawak jalan jauh-jauh walau tengah cuti sekolah. Isnin ni abi ada LADAP (Latihan Dalam Perkhidmatan) dan Khamis ni lak ada PTK. InsyaAllah ada selang masa yang ada, kita pergi jalan-jalan yer...

Kembalikanlah senyumanmu itu...

4 comments:

NajMie1422 said...

Bawa mai jalan2 Kota Damansara pun boleh..kami pun tak balik...Abang Muaz nak jumpa adik Muazz

fa10 said...

awla pun muntah2 jer hari ni..nak bertukar musim la gamoknyo...moga hajar cute tu cepat sembuh...ptk tu payoh ko?

amirmukhtar said...

penat jugok jd ayoh ni dih...

Abu Muazz said...

salam...

ustazah ummai: terima kasih atas undangan, insyaAllah kalau takde aral, sampaila kami kesana... ramai tul sahabat kat KD yer..meriah gitu

kak faten: kim salam kat awla... hajar dan muazz dah sihat dah... dah kembali ke pentas ultraman nya...

amir: jgn serik bro...kawen dulu baru kan rasa manisnya...

Popular Posts