Tuesday, March 31, 2009

Mengidam...

Teringat kisah Dang Anum di bunuh gara-gara memakan seulas nangka sulung milik Sultan Mahmud. Kerana tidak tahan dengan teringinnya nak makan nangka, diri dan anak yang tak berdosa menjadi mangsa kekejaman Sultan. Walau dinasihati bahana yang akan menimpa, Dang Anum tetap merayu agar diberi seulas nangka itu kepadanya, bukan untuknya sebenarnya... untuk bayi dalam kandungan, jawabnya.

Huhu... itu lah kisah dulu-dulu. Perihal mengidam.

Isteri ada sebut teringin nak makan satay kajang. Dah tiga hari hasrat itu diluah. Sang suami pun tak sampai hati nak ketepikan hasrat hati Sang isteri. Dicanang seluruh sekelian rakyat yang tahu adanya cawangan Satay Haji Samuri di area Klang. Bukan malas memandu ke Kajang atau Awan Besar, cuma kepenatan kerana mengajar sesi petang. Kalau boleh nak disegerakan permintaan hari Sang Isteri.

Berita baik hari ini, apabila ada yang mengkhabarkan ada cawangan Haji Samuri di Bukit Tinggi. Terima kasih kak Sal dan Ustazah Asiah. Terpana dan teruja sendiri. Malam ni, mesti pergi sana, janji saya.

Pulang dari sekolah, isteri tersenyum. Gulai kurma daging sudah siap terhidang. Waduh... macam mana nih. Tak mengapa. Kena pergi jugak. Makan sikit sekadar alas perut. Isteri tak benar tambah nasi, takut satay tak habis disantap. Huhu... baik tuan permaisuri. Isteri tak menjamah gulai kurma daging yang dimasak, perut dibiar kosong untuk diisi apa yang dihajati.

Terkial-kial mencari lokasi sepertimana yang dipeta. Akhirnya, tersenyum bila ternampak cahaya kuning menghiasi 'signboard' kedai Hj Samuri Satay Kajang cawangan Bukit Tinggi Klang...

Akhirnya, hajat tertunai. Sang isteri tersenyum puas. Alhamdulillah... semoga sang anak dalam kandungan dan juga sang ibu lena tidur malam ni ya...

Terima kasih kanda...

Sama-sama adinda... tidurlah dengan lena ya. Sweet dream...

2 comments:

amirmukhtar said...

nasib baik ngidam sate kajang...

buatnya nak laksa sarawak ke, rojak singapore ke, udang galah kuala rompin ke, jenuh la ustaz mencarik...

anyway, well done my most productive sahabat!

ibu najiyya said...

hish..saya yg tak pregnant pun rasa mcm mengidam satay kajang ni!!

Popular Posts