Saturday, March 07, 2009

Ini tugas kita bersama

Peristiwa petang tadi, membuatkan saya tersentak. Menarik nafas panjang sebelum mengatur langkah menuju ke kelas. Saya di sapa oleh seorang guru yang meminta saya dan GPI menegur beberapa orang murid di dalam kelas tersebut.

Terdiam saya mendengarnya. Saya agak terkejut apabila membaca laporan dalam Buku Rekod Kawalan Kelas. Dicatat kesalahan murid bertarikh 5 Mac 2009.

Saya tak salahkan murid itu seratus peratus. Banyak pihak yang terpaksa menanggung sama. Termasuk kami... warga pendidik.

Apa kisahnya??

Kisah yang saya kategorikan sebagai SX dan SG. Malu, sedih, kesal, kecewa, sebak... dan pelbagai perasaan meruntun jiwa.

Jadi, masuknya saya ke kelas petang itu... tidak dapat menumpukan perhatian untuk mengajar. Saya mengambil masa untuk bertenang dan menenangkan diri. GPI merangkap KP meminta saya bagi tazkirah...dia pun tiada mood petang tadi.

Beberapa orang murid didapati membuka zip seluar dan menunjukkan 'anu'nya kepada kawan sebelah. Seorang murid di ugut, kawannya meminta wang... wang tidak diberi, kawan tadi ditolak, habis makanan jatuh... tumpah ke lantai kantin. Ada lagi... kes yang tak sanggup saya ceritakan di sini. Biarlah menjadi kenangan pahit...

Beberapa orang guru akademik berjumpa dengan saya dan KP... meminta agar kami menasihatkan murid yang terbabit. KP saya dengan tegas berkata;

'cikgu, ini tugas kita semua...bukan Guru Pendidikan Islam sahaja...kita sama-sama lah membantu dan menegur" jawab KP saya ringkas.

Ya..setiap kali timbul kes sebegini, Guru Pendidikan Islam akan dituju, dituding jarinya. Di mana peranan Guru Kaunselor? Guru Disiplin? Semua guru? Bukankah semua guru adalah Guru Disiplin?

Saya masih terganggu dengan kes-kes yang berlaku. Itu yang dapat dikesan. Yang terlindung dan disorok... wallahu a'lam.

Nasihat saya petang tadi kepada murid-murid di dalam kelas...

- Jaga diri sendiri, jangan biarkan diri di buli... jika ada, laporkan segera.
- Jaga batasan pergaulan lelaki dan perempuan, itu suruhan agama, bukan arahan kami.
- Ingat apa yang diajar... ilmu untuk diamal, bukan sekadar ujian atau imtihan sahaja.
- Cakap guru jangan dilawan... ilmu takkan berkat, hidup takkan selamat.
- Patuh nasihat dan teguran ibu bapa, kata mereka usah dilawan, hidup takkan senang. Mati takkan tenang
- Hiasi diri dengan sifat MALU. Malu untuk melakukan apa yang dilarang.
- Sayangi diri sendiri, kawan-kawan...
- Pilih kawan yang baik-baik... hidup akan selamat.

Saya sedikit sebak untuk meneruskan kalam. KP saya ambil alih. Saya hanya mampu mengurut dada. Ambil angin di luar untuk menenangkan diri.

Harapan saya, bukan guru sahaja yang diamanahkan mendidik. Semua pihak perlu bertanggungjawab memantau. Ibu bapa, jiran tetangga, ahli keluarga dan mesyarakat. Ibu bapa pula...jika menerima laporan salah laku anak, dengar penjelasan. Ambil peranan. Bukannya membela anak. Anak naik lemak, guru tidak hak nak jentik, pukul dan tegur. Habis tu... apa yang kami boleh bantu? Sekadar memerhati dan terus bercakap?

Rasanya...ini tugas kita bersama...

5 comments:

Anonymous said...

Salam, besar sungguh cabaran mendidik murid zaman sekarang...

Izzah Al-Maliziyyah said...

Assalamu'alaikum WBT... moga kita terus thabat dalam perjuangan ini. Setiap yang sulit ada kemudahannya. Anak-anak murid kita ibarat rebung. Lembut dilentur jika ada yang sudi~

perantau.tt said...

cebisan kisah yang kita dengar.. saya percaya masih banyak benda yang sama atau lebih teruk berlaku di sekoalh2 lain..

iktibar? peranan ibu bapa...yang diabaikan... bz kejar duit eh?

Abu Muazz said...

salam...

dr nurizzah: mmg begitu,... bukan sedikit cabaran yang datang

aisyah: insyaAllah... mudah mudahan Allah kuatkan hati ini

azral: semua pihak kena berperanan, baru hasil yang dituai akan baik

miorjqaf said...

terkejut, pelik, hairan dan kelakar.. itulah antara perasaan saya ketika membaca entri ni selain sedih dan sayu mengenang anak-anak bangsa yang semakin sudah tidak mengenal mana yang baik dan yang buruk.. macam-macam hal!

Popular Posts