Thursday, March 26, 2009

Masa... berapa hargamu?

Hari ni, rasa cam penat je. Tak tau kenapa. Balik je dari sekolah, rasa cam lemah badan, pening lalat dan kejang urat. Minggu ni actually (speaking jawa jap), agak busy sikit. A lots of work to do. Memang banyak. Tak terkejar... sampai kelas pun tak masuk... shhh... jangan salah anggap lak.

Saya di 'takdir'kan untuk latih dan bimbing serta guide (ish... sama la tuh) budak-budak untuk Nasyid sempena MTQ Peringkat Daerah Sabtu nih. Sebelum ni merajuk, tak nak latih budak-budak tuh. Serik. Frust. Down. Demotivated. Pakej la tuh.

So, dengan hati yang terbuka, compose dua buah lagu (bukan ciplak-ciplak punya...). Bunyinya boleh la tahan, tak tau la camana. So, minggu ni kena buat latihan intensif. Latihan waktu petang, jadi agak mengganggu jadual p n p saya. Setelah berbincang dengan Penyelia Petang, beliau merestui saya train budak even saya ada kelas. Kelas 1+1 la. Kelas bersama GPI. Kelas Bahasa Arab, saya masuk gak. Tak boleh nak tuang. Tak sanggup nak kelas muqarror. Dengan PKSR lagi.


Penat berlatih ngan budak. Siap kena form gaya dan formasi, tu yang penat. Kena jadi kareografer la kejap. "Pergh...ustaz boleh menari la..." bisik budak-budak tu...

Ish... ni bukan menari la... lenggok-lengkok dan goyang-goyang sikit jer. Baru leh pikat judges nanti...(huhu...dah mula la tuh). Memang kelakar tengok budak-budak nih. Keras cam kayu. Dah namanya pun lelaki, nak lenturkan tubuh bukan senang... berpeluh saya nak betulkan. Bila nak wat gaya... kena gaya step, suara pun dah mula hilang... saya pulak yang hilang sabar. Maklumlah, dapat Mentor yang garang... nasib korang la ye.

Ada satu hari (less than 24 hours) untuk melatih budak-budak nih. Esok (jumaat) ada lebih kurang 3 jam je lagi. Last rehearsal pun esok gak. Harap semuanya ok. Kalah menang tak kesah. Cuma kalau boleh nak la dapat top 3. Itu impian saya. Hadiah buat budak-budak ni gak. Lepas ni leh la concentrate untuk UPSR lak. kalau masuk negeri, camana pulak? Huhu... jauhnya berangan ni...

Masuk blog Ustaz Nazri kejap tadi... tengok kat shoutmix, dia nak jumpa kami kat MTQ Peringkat Negeri, Gombak jadi host... Ish... tak boleh jadi nih. Cabaran tuh. Kena wat the best, mana tau ye tak. Mana tau gak, boleh jumpa Kumpulan Nasyid Ust Mior dan Ust Anis kat Peringkat Kebangsaan nanti... ish, dah mula lagi la tuh... Tuah ayam nampak di kaki, tuah Hang Tuah nampak kat Taming Sari, tuah SKTM??? Letak kat kain sampin, kot??? Huhu... Wallahu 'Alam.

Apa lagi yang memenatkan minggu nih?

Kena buat soalan ujian kali 2 (April). Bahasa Arab Tahun 3 dan Jawi Tahun 2. Ish, lambat lagi la nampaknya nak proceed kat KP. Setakat entry ini ditulis, Soalan BA dah siap. Soalan Jawi lum lagi. Harapnya malam ni siap la ye.

Lagi? Kena buat sepanduk Maulidur Rasul. Saya dah printkan wording yang perlu ditulis. Cuma nak ngecat, saya memang 'tokdan'. Maap la yer. 'Jemeruk' dengan latihan nasyid.

Semalam dapat surat dari PPD. Kena attend meeting next week (Jumaat, 3 April 2009). Kena bawa Laporan KBS, Laporan Pemulihan Jawi, Jadual Semua Guru j-QAF, PKSR Bahasa Arab dan juga Al-Quran. Yang ni, kena pulun minggu depan. Semua dah ada (ye ker?), cuma nak susun dan edit jer lagi.

Ketua Panitia minta sediakan lakaran untuk Pertandingan Mewarna utk murid tahun 1 dan 2. Belum juga siap. Esok dah nak guna. Habislah. Mesti mengamuk Kak KP saya tuh. Takpe, malam ni saya stay up. Tidur lambat. Esok juga saya pergi riso kat kedai. Moga siaplah malam nih. (dah ngantuk dah ni...camana lak?)

Dengan kudrat yang lemah balik dari sekolah, budak-budak ajak sambung training nasyid malam ni. Ya Allah... tak reti penat ke budak-budak nih. Dah la sepetang dah kena 'belasah' dengan saya tadi... Pukul 9 malam, diorang dah terpacak kat depan pondok pengawal. Huhu, memang nak kena budak nih. Saya cuma izinkan pemain gendang dan solo je yang datang, habis semua datang. Semangat punya pasal la nih.

Apa pun, sesibuk mana pun, kita pastinya akan hargai masa. Ightanim khamsan, qobla khomsin (rebutlah 5 perkara sebelum datang 5 perkara) antaranya, waktu lapang sebelum tibanya waktu sibuk (sesak nafas) kamu... memang masa itu bukan sahaja Emas, tapi Berlian, Zamrud, Jade, Zhulian dan segala macam benda yang berharga... So, hargailah MASA.

Wal Asr...

0 comments:

Popular Posts