Tuesday, March 17, 2009

Macam tak percaya... tapi percaya je lah

"Cukup ke duit ni, gaji belum masuk, kan?" tanya isteri minta kepastian.

"Ada, insyaAllah... ambik je keperluan yang dah abih," jawab saya.

Hari ni, saya bawa isteri dan anak-anak ke Mydin Hypermarket, Subang Jaya. Agak jauh dari rumah kami di Klang, lebih kurang 30 kilometer. Jika nak dibandingkan dengan Tesco dan Giant di Klang, lagi dekat, tak sampai 5 kilometer. Tapi kini dah boikot... so, kena cari alternatif lain la plak.

Banyak juga keperluan yang dibeli, disamping barang-barang lain. Membeli biar berhemah, tapi jangan sampai kedekut. Itu prinsip saya. Saya nak pastikan isteri dan anak-anak puas dengan apa yang mereka nak... itu la hendaknya.

Saya lebih mengutamakan keperluan anak-anak dan isteri. Tapi isteri ni, susah sikit nak beli barang-barang dia sendiri, kesian kat saya, katanya. Sebab dia tak bekerja, dia takut menyusahkan saya... Mana ada!! Saya boleh tanggung lagi la... insyaAllah.

Puas merayap hampir 85% dalam perut gedung Mydin tu, kami menuju ke Cashier. Huhu, macam banyak je nih... takpe, duit ada, pujuk saya sendiri.

Selesai semua barang di scan, mesin yang tak bersuara tu, memberitahu jumlah yang perlu dibayar. Mak oi... terkejut badak saya. Nasib baik tak melompat. Mesin yang tak bersuara tu 'cakap', kena bayar RM337.20 setelah dibundarkan (rounding adj) daripada RM337.18. Ish, tak pernah berbelanja sebanyak ni sebelum nih. Memang barang sekarang dah mahal, berontak hati kecil.


Bil yang menjadi bukti, cecah RM337.80

Mungkin bagi setengah orang, perkara itu biasa. Tapi bukan untuk keluarga saya. Kena berjimat cermat dan berhemah. Tapi apa kan daya...

Realitinya, minyak dah turun ke paras yang agak affortable, tapi harga barang cam tu gak. Mana nak elak dah, bukan beli barang ntah apa-apa, keperluan anak-anak gak. Pampers, susu, makanan, lauk pauk dan keperluan dapur... dah cecah rege tuh... SubhanaLlah...

Takpe, bulan depan dapat duit kutu, nak belanja keperluan baby yang nak lahir bulan Jun ni plak. InsyaAllah... moga Allah murahkan dan mudahkan rezeki kita ye, Ameen...

Jangan sedih ye 'sayang' dalam perut bonda, akan abi belikan keperluanmu nanti. Baju dan lampin abang Muazz dan kak Hajar dah tak leh nak pakai. Abi dan Ummi beli yang baru nanti ye... kalau Pakcik Amir kat perak tu nak belikan pun, abi tak kesah... huhu

p/s: Ada orang kata... shopping Mall ni berhantu, betul ke???

8 comments:

Anonymous said...

err..abu dan ummu muazz ni shopping apa sampai tiga ratus tu? tapi, memang keperluan setiap anak byk, kan? susu, diapers..tak campur pakaian lagi yg cepat berubah saiz!

Nazri Samsudin said...

ni mesti penuh troli tu kan? hehe. ana tak pernah lagi rasanya sekali beli banyak tu, mungkin pasal ana tak cukup tangan nak angkat banyak beg plastik nanti naik ulang-alik dari kereta ke rumah kuarters di tingkat 2 tu..

yang paling banyak sekali pernah ana tengok depan mata ana ada orang beli baju raya untuk famili dia sekali beli lebih RM1000.. pergh..

Abu Muazz said...

dr.maisarah: yup, keperluan harian anak dan keluarga je... tok seko ambo sapa rege camtu sekali

Nazri: penuh memang la penuh, tp barang kecik2 je, tu tak beli lagi baju, kasut, seluar dan macam2. Barang2 dapur jaa.. uhuk uhuk... lain kali kena list siap2 dari rumah nih. Takut sangat shopping Mall ni, org kata..."berhantu"...

amirmukhtar said...

'affordable' kot ustaz, bukan affortable.

anakanda muaz & hajar, jemput le ke rumah pakcik amir di kb bila balik pasir hor... heheh

Anonymous said...

salam abu muazz, harga barang memang mahal di malaysia, kuasa membeli kita tak sepadan dengan gaji yang kita dapat, ada sahabat luar negara (non malaysian) tanya,
"Gaji guru di Malaysia berapa?"
"Jika sekolah rendah, mungkin RM2,000"
Dia terkejut. Kerana gaji guru sekolah rendah di Arab Saudi sekitar SR5000. Hingga ada yang mencecah SR10000 bagi sesetangah guru. Jadi tak ada masalah rakyat Saudi nak berdepan dengan harga barang mahal kerana gaji mereka mahal juga!!!

Abu Muazz said...

amir: thanks for the correction... huhu, nati time cuti rayo, muazz dan hajar akan singgoh umah uncle amir.. insyaAllah

drnurizzah: mmg begitu lumrah kehidupan, banyak yg dapat... byk la yg kuar... moga rezeki yg dapat.. ada keberkatannya... ameen

fa10 said...

kat sini pun brg makin naik tp skali shopping x pernah cecah 50 pound...gaji org sini pun lebih kurang 2,3 ribu mcm kita jugak...klu yg x kerja..ada elaun sara hidup. ada anak..dpt elaun jaga anak pulak.ramai jugak org sini yg x kerja..kira negara kebajikan la kot ni..hikhik

k a s e h K A M I said...

Lama tak jengah sini sejak nak ptk hari tu.. Lepas ptk gi bercuti plak.. Ni dah balik baru dapat melepas rindu nak baca entri enta.. :)

Menarik gak entri ni.. Ana nak kongsi gak pengalaman ana yg hidup kat JB yg rata2 org kata hidup kat sini kos tinggi.

Dulu masa tahun mula2 pindah jb 5 tahun yg lalu ana rasa tak tinggi mana pun kos hidup kat sini.. tapi skrg ni dah mula terasa. Sama lah dgn apa yg org lain rasa kat tempat2 lain agaknya.

Kalau cakap pasal shoping brg rumah ni. Memang jumlah yg enta bayar itu lah yg selalu ana kena bayar kalau shoping kat hypermarket ni. Tapi brg2 tu utk sebulan! Kecuali lauk2 la. Dpt gaji bln dpn, baru shoping balik. Dan itulah juga kadarnya nnt.

Kami hidup berlima plus satu (kami berdua dan anak tiga orang campur bibik sorang). 6 orglah semuanya.

Bg ana, shoping kat hypermarket lebih jimat dari beli brg runcit2 kat kedai runcit. Boleh check sendiri la harganya. Mmg jauh beza. Hypermarket lebih murah. Tapi! syaratnya nak pergi hypermarket kena dah ada list barang. Kalau tak ada list barang memang berhantu. Beli brg yg dalam list sahaja.

Dulu ana selalu shoping kat carrefour.. kadar belanja sama. Kat tesco pun sama. Tapi! jgn lah shoping kat Giant. Mahal. Kadar jumlah kos utk brg2 yg sama pernah kami kena bayar sampai dekat RM600. Bulan depannya try sekali lagi. Sama gak! Lepas tu sampai skrg ni tak gi shoping kat Giant dah. Dan sekarang ni lebih senang shoping kat pasaraya Midas. Macam Kipmart laa. Jimat dan senang. Semua ada! :)

Popular Posts