Saturday, March 28, 2009

Rezeki kita...

Kali ni, rezeki telok dan sungai. Bukan Telok Menegon, tapi Telok Pulai. Seperti yang dijangka, persaingan MTQ kali ni boleh dikatakan sengit. Bila semua wakil zon berkumpul untuk merebut gelaran JUARA Daerah, sudah pasti persiapan dan persembahan bertambah mantop.

Saya cukup kagum dengan kesungguhan pelajar-pelajar membuat persembahan. Walaupun, tiada nama yang tersenarai sebagai pemenang, namun saya pasti para Hakim sememangnya begitu 'panas' untuk memilih wakil daerah. Kebetulan ketua hakim, sahabat saya sewaktu di UM. Sempat bertanya khabar dengannya setelah selesai 13 kumpulan membuat persembahan. Semasa menanti keputusan, dia juga sukar untuk memilih yang terbaik.

Komen saya sepanjang persembahan murid, ada rahsia yang tersendiri:


1. Disiplin: Saya dapat lihat, murid yang mempunyai disiplin diri yang baik, akan dapat menghayati setiap yang diberikan oleh guru. Murid berdisiplin, pandai menjaga diri walau dimana mereka berada.

2. Keyakinan Diri: Setiap peserta, perlu diberi motivasi diri yang tinggi. Alasannya, bila dah ada keyakinan dalam diri, mereka akan dapat mengatasi masalah takut, gugup dan gementar di atas pentas. Itu yang dapat saya lihat dalam beberapa kumpulan yang berentap.

3. Kesungguhan: Murid yang bersungguh-sungguh, akan berusaha memperbaiki diri mereka. Kelemahan dari sudut sebutan, gaya, intonasi dan sebagainya akan dapat dibaiki jika mereka dapat melakukannya berulang kali walau dimana mereka berada.

4. Berani: Perubahan ketara dapat dilihat jika murid berlatih dihadapan murid lain, guru yang ramai dan apatahlagi apabila membuat persembahan. Jadi, ia turut berkaitan dengan motivasi yang diberi kepada murid selain melatih mereka menghafal lirik, lagu dan gaya.

5. Senyuman: Kumpulan yang menang, memang tidak kedekut dengan senyuman. Kerana senyuman itu akan membuat mereka enjoy dengan persembahan. Perkara inilah yang sering saya tekankan, namun ada juga murid saya yang gagal senyum, tak tau la kenapa... ish ish

6. Doa: Terima kasih kepada teman dan sahabat yang mendoakan kami sepanjang entry berkaitan MTQ ini ditulis. Doa kalian menguatkan semangat anak murid saya. Tak kira dalam komen yang diterima dalam entry yang ada, dalam email, facebook dan sebagainya.

Jadi, sepanjang dalam perjalanan pulang ke sekolah, saya bersembang dengan murid. Minta mereka komen sendiri, dimana silapnya mereka tidak membawa pulang kejayaan... Antara jawapan yang menyentak jantung saya...

Saya cuba tenangkan keadaan. Air-cond yang dipasang sedikit sebanyak membantu menyejukkan dan mengeringkan peluh yang menitik lebat.

Kalau la begitu keadaannya... susah la ye. Tak mengapa, selagi kita berusaha... insyaAllah, kita akan ada ruang untuk berjaya.

Keputusan Penuh Nasyid:

JOHAN: SK Telok Pulai
KEDUA: SK Sungai Serdang
KETIGA: SK Sungai Binjai

Tahniah kepada SK Telok Pulai. Wakil Daerah Klang untuk MTQ Peringkat Negeri.

Jangan putus asa... kita cuba lagi. Jadikan kumpulan yang menang sebagai inspirasi.

Ok lah, lepas ni boleh la concentrate dengan aktiviti p n p pula. Minggu depan kena submit laporan kat PPD. Moga Allah permudahkan segala urusan. Juga untuk pertempuran untuk merebut 2 buah Bukit dan 1 Batang bulan April kelak... Mari sama-sama membantu ke arah kemenangan...

Kepada semua... terima kasih segalanya...

6 comments:

perantau.tt said...

heh teribngat zaman sekolah rendah.. masuk gak pertandingan nasyid.. tapi tak menang kot rasanya.. hehe..

takpelah..

seronok dgr ustaz cerita zaman ustaz pulak meanungi kumpulan nasyid.. hemm

sapalah rakan ustraz yang jadi ketua hakim tu yer..

jujur sungguh dia bekerja.. ustaz pun dia tak bagi nombor.. hehe..

jgn marah kawan ustaz..

miorjqaf said...

Walau apapun, tahniah juga kerana telah berjaya untuk setakat itu. Masih byk sekolah lagi yang tidak sampai pun ke tahap yang telah kalian capai. Apa yang penting, pengalaman menyertainya. Nah.. itupun dah disenaraikan oleh ustaznya perkara-perkara yg diperolehi dari penyertaan kali ni. Kan!? Semoga lebih sukses pada masa akan datang. Don't give up!.. Keep it up!

p/s : paling tergelak ayat2 baris akhir tu. Tak pernah la pulak terbaca ayat macam tu kat mana2. kat sini pulak terjumpa.. hik3.. :)

azmi said...

midi, 1 bukit 2 kawasan aku la. Dun Bukit Selambau. Aku x leh ngundi sbb aku ngundi kat kg. Nora je yg ngundi kat situ...

azmi said...

Moga Allah membuka hati & pintu taubat Pn H-h R-----i yang paling disayangi.... AMIN

fadzli said...

Pentadbir sampai bila pun asyik negatif jer...

kuangg said...

tahniah midi!

Popular Posts