
Apa yang membuatkan blog addeen ni mencuri hati saya? Menelusuri catatannya, membuatkan saya terimbau seketika apa yang telah lama saya tinggalkan. Bidang penulisan.

Bila mula menulis? Selepas saya graduate, tiada pekerjaan yang tetap, jadi mula memanfaatkan masa dengan menulis. Apa yang ditulis? Mulanya cerpen. Seorang rakan di UM dalam bidang Media menjadi Mentor. Asrul Kahar a.k.a Along namanya. Semua hasil tulisan, dibaca dan dikomen. Ada beberapa buah manuskrip cerpen sempat disiapkan, namun hanya untuk koleksi peribadi. Cuma seingat saya, ada sebuah cerpen saya yang tersiar dalam karangkraf dot com. Saya pun tak pasti, bila saya hantar. Tajuknya: Diari Hitam.

Cerpen-cerpen saya, entah dimana sekarang. Dalam longgokan fail yang tidak diketahui letaknya. Bila sudah mula bekerja, masa semakin terhad. Terasa rindu untuk mula menulis. Kenapa menulis? Sebab di situ, boleh meluahkan apa yang kita rasa. Berkaitan hidup, masyarakat, pertelingkahan, persefahaman, kasih sayang, dan segala macam asam garam kehidupan.
Saya bukan seorang penulis yang bagus. Masih memerlukan mentor. Apa yang banyak membantu saya ketika itu, cuma membaca karya penulis berpengalaman untuk melihat gaya dan genre penulisan mereka. Saya kagum dengan hasil penulisan penulis-penulis muda namun berbakat besar. Mampukah saya sebaris dengan mereka? Itu cuma impian yang tidak tahu bila akan kesampaian...

Namun, agaknya... bila minat dan masa untuk menulis akan datang lagi? Gian untuk menulis membuak-buak tatkala menatap hasil karya sahabat lain. Kena mula semula ni... Tengok la dulu, jika masa mengizinkan, akan ku orak langkah, perlahan-lahan demi menitipkan sebuah karya... ya, karyaku sendiri, insyaAllah...
Yang penting, nak menulis ni, kena banyak membaca...kan? Macam yang Muazz tengah buat tu ler... rajin tul Muazz ni...Hmmm....
4 comments:
Sdr Hamidi
jadi apa lagi, ayuh turunkan segala yang terhimpun lama ke cerpen sdr! saya tunggu.
go go chayo
Midi,
Nak tulis ayat-ayat power boleh import ke jakarta, lepas itu, buat filem.
Cerita macam mana mahu jadi s/u pun ok juga...bukan begitu ustaz..
Dr. Mawar: InsyaAllah..tgh cari mood n mencipta imaginasi...
Amir: huhu... apa citer demo?
Fadzli: Nak citer pasal jadi S/U?? Takde sapa yg nak bc...huhu. Buat coretan cinta kampus, orait gak kan??? Lepak2 kat Pi*** H*t... ko guano? ;)
Post a Comment