Wednesday, April 15, 2009

Jom Beli Rumah

Siap juga akhirnya. Ingatkan saja suka-suka. Semuanya hasil kerja tangan Hisyam. Rajin betul dia nak tolong cat blog saya nih.

Memang dah lama nak renovate blog nih. Tapi tak berkesempatan ditambah dengan serik dah nak tukar-tukar template ni. Sebabnya pengalaman sebelum ni, banyak gadget dah hilang walaupun dan buat back up. Sebabnya tak bertanya kepada yang pakar.

So, dah ada pakar nih, senang la nak rujuk. Thanks Sham. Walaupun sibuk sebagai Pegawai Sulh di Kuantan, masih mampu menggodek blog saya. Hasilnya, not bad...nice.


Setiap orang pasti ingin memiliki rumah sendiri. Dah lama dah berangan nak buat rumah. Tak kesah la kat kampung atau kat klang nih. Janji rumah sendiri.

Tak larat nak menyewa lagi. Macam terbang cam tu je duit. RM500 sebulan. Banyak kalau dihitung hingga sekarang. Dah hampir 3 tahun menyewa. Kalau rumah sendiri, akhirnya jadi milik kita.

Takpe lah, mudah-mudahan Allah permudahkan urusan memiliki rumah sendiri nanti. Rumah idaman yang didambakan.

Kriteria yang diutamakan:
  • ruang tamu yang luas
  • halaman luar yang lapang untuk bercucuk tanam
  • bilik yang banyak (5-6 buah beserta tandas)
  • perabot yang kurang (bagi ruang rumah besar dan selesa)
  • ada ruang bacaan, ruang solat dan mini library
Harapnya kalau ada tetamu, sahabat handai, saudara mara dan adik beradik datang bertandang, keselesaan dapat diutamakan. Senang nak check in kat mana-mana bilik yang ada... huhu


Tunggu la beberapa tahun lagi... InsyaAllah

3 comments:

miorjqaf said...

Memang betul apa yang dikata.. Kami dah hampir 6 tahun hidup menyewa di Johor Bahru ni. Rugi betul!

Sekarang dah tak sabar menanti masa untuk masuk rumah sendiri. Dijangka Awal tahun hadapan dah boleh dapat kunci.. Yahoooo! Tak payah tolong bayarkan rumah orang tiap bulan lagi...! :)

Hisham said...

Assalamualaykum....

Semoga tercapai hajat nak beli rumah tu. Ana pun sekarang ni menyewa sebulan RM300. Beyul-betul di bandar Kuantan. Kalau diikutkan, susah nak dapat rumah sewa harga macam tu.

Pun teringin nak beli rumah sendiri. Tapi tak tau nak beli area mana...

Hamidi said...

salam...

Mior: bagus la enta, org pahang dah beli umh kat JB. Bila dah ada umah ni, hati pun sonang kan???

Hisyam: murah tul sewa tuh. macamana leh dapat rege tu??? apa pun moga akan dapat carik rumah yg sesuai nnt

Popular Posts