Melalui buku Tarbiyatul Aulad karya Abdullah Nasih 'Ulwan, banyak yang dapat dijadikan sandaran dan panduan.
Dalam Bab Tanggungjawab Pendidik, ada dinyatakan:
Al-Jahizh telah meriwayatkan bahawasanya 'Uqbah bin Abu Sufyan, apabila menyerahkan anaknya kepada seorang pendidik, katanya:
Mula-mula sekali, sebelum engkau memperbaiki anakku, hendaklah engkau memperbaiki dirimu sendiri kerana matanya menumpu kepada matamu. Yang baik padanya adalah apa yang engkau pandang baik, yang buruk pula ialah apa yang engkau pandang buruk.
Katanya lagi:
Ajarkanlah dia perjalanan para ahli bijaksana dan akhlak para budiawan, dan ancamlah mereka dengan diriku, dan didiklah mereka tanpa membandingkan diriku. Dan jadilah baginya laksana seorang doktor yang tidak tergopoh-gopoh menentukan sesuatu ubat, sebelum dia tahu penyakitnya, jangan engkau bergantung atas keuzuran daripadaku, sebab sesungguhnya aku telah bergantung sepenuhnya kepada kebolehan dan pengalaman yang ada padamu...
Banyak lagi kata-kata menarik berunsur nasihat kepada insan bergelar guru, murabbi, pendidik, cikgu, mu'allim dan sebagainya. Begitu berat tugas kita sebenarnya.
Kata-kata yang bisa dijadikan renungan. Dengan tugasan yang banyak di sekolah, kita masih perlu menitipkan suatu yang bernilai buat 'anak-anak' kita.
Saya ingat lagi kata-kata Penyelia Petang saya dalam suatu mesyuarat ringkas bersama guru-guru sesi petang.
Katanya;
Treat them as your own child. Apa yang anda mahu orang lain (guru lain) lakukan pada anak anda, begitulah juga apa yang perlu anda lakukan. Hukum kita, hukum bertempat. Untuk mengajar, jangan mencederakan. Kalau tindakan cikgu semua betul, saya akan membela hak cikgu jika ada ibu bapa datang 'menyerang'... Don't be afraid! Selagi cikgu dipihak yang benar...
Itulah kata-kata Puan Susheela a/p Kannapathy yang begitu memahami tugas seorang pendidik. Saya hormat beliau. Bukan hanya kerana dia seorang pentadbir, kerana pengalaman dan nasihat serta sokongan yang diberi.
InsyaAllah dalam entri yang akan datang akan saya selitkan beberapa nasihat yang berguna buat kita melalui pembacaan dalam buku 'Pendidikan Anak-anak Dalam Islam' seterusnya. Bacaan yang sungguh menginsafkan. Semoga kemuliaan yang diharapkan dapat dilestarikan...
3 comments:
harap2 seorang guru juga bukan setakat menyampai & menulis apa yg ada dlm buku teks ke papan hitam (ke dah pakai white board skrg?), sebaliknya ajarlah mereka tentang kehidupan... cewah
Alhamdulillah dan Syukran serta Tahniah untuk Ustaz di atas TAZKIRAH yang amat berguna ini..
Amat patut dicontohi oleh semua guru KRITERIA yang dimiliki oleh PENDIDIK yang dipaparkan oleh ustaz dalam tazkirah ini..
Nilai-nilai ini kian pupus dalam jiwa pendidik masa kini...
to amir: terima kasih atas ingatan tuh. kawe akan cuba sedaya usaha menjadi murabbi yg terbaik... insyaAllah
to tice: peringatan ni utk semua. moga dpt dijadikan panduan kepada pendidik. keikhlasan ulama' dulu dan kini perlu dijadikan sandaran dan ikutan... barulah hasil yg akan dituai bernas isinya, kan??
Post a Comment