Friday, April 17, 2009

Pencinta Buku


Himpunan manusia yang pasti menggamatkan dunia pencinta ilmu dan peminat buku. Acara tahunan yang diadakan khusus bagi insan yang dahagakan bacaan baru. Buku ilmiah, kitab agama, novel, motivasi dan sebagainya pasti menyentap jiwa yang memerlukannya.

Persediaan yang perlu dibuat:

  1. buat budget sebaiknya. Kelabu mata bila dah ke sana nanti
  2. beli buku yang perlu sahaja. Kalau yang tak berapa perlu, baca je kat sana... huhu. 17-26 April... Lama tu. Boleh pergi tiap hari, lepak kat gerai tu, baca la buku yang kita minat kalau tak nak beli... tu pun kalau tak tau malu la. Buat muka selambau...
  3. kalau ada anak kecil, rasa-rasanya tak usahlah bawa. Terutama yang lasak. Takut ibu bapa 'ghalit' dan seronok memilih buku, anak entah ke mana... tempat ramai, sukar di jaga. Tapi anak2 ni perlu juga diajar cara memilih buku dan menghargai ilmu ni. Kena bawak juga ke kedai-kedai buku. Kena tengok dan awasi la yer. Bahaya dan malang tak berbau...
  4. jangan bawak duit banyak sangat. Tinggalkan kad bank di rumah. Huhu... takut gila nak beli banyak buku. Tapi kalau sesapa yang memang dah budget setahun untuk ke PBAKL ni, apa lagi... inilah masanya ana berbelanja.
Kekedang PBAKL ni berjaya menemukan sahabat lama yang telah lama tidak bersua. Tak sedar sedang asyik memilih buku, sahabat lama berada di sebelah. Sedang jalan-jalan gerai ke gerai, berselisih bahu dengan geng dulu. Huhu... pasti seronok kan. Dah jumpa, ajak pulak minum dan makan kat gerai-gerai yang ada. Wah... pasti banyak cerita yang diborak.

InsyaAllah, 2 minggu yang ada ni... akan dicari masa yang sesuai untuk ke sana. Nak cari bahan-bahan yang menarik untuk bekalan seorang pendidik a.k.a Murabbi. Sambil mengintai bahan bacaan santai tatkala diri dirundung duka.

5 comments:

H said...

Jom! Tak sabar nak tunggu 25 hb ni. Gaji dah masuk time tu.

Hisham said...

Jom! Tak sabar nak tunggu 25 hb ni. Gaji dah masuk time tu.

Abu Muazz said...

hisyam: kena budget elok2 gak, jgn over spend plak... huhu

Ibnu 'Uthman said...
This comment has been removed by the author.
Ibnu 'Uthman said...

Seperti yg demo royat, tiap kali pegi pesta buku, akan bertemu rakan lama. Semalam jumpa Ahmad Nuruddin Mat Yunoh dgn seorang isteri dan sorang anak... Demo kawe tak jumpa plak...hehhee

Popular Posts