Tuesday, July 21, 2009

Indahnya Hidup Bersyariat

Salam...

Semalam, usai dari mesyuarat saya terpandang dua buah kotak berisi buku dalam bonet kereta seorang rakan, Ustaz Hazri. Saya pernah melihat dan membaca buku itu, namun belum berkesempatan memilikinya.

Namun, peluang yang ada, saya rebut. Saya segera mendapatkan buku tersebut daripada Ustaz Hazri. Terima kasih atas harga istimewa yang diberikan... JazakaLlahu Khairal Jaza'...

Bukunya cukup menarik. Bagi saya, sangat sesuai untuk semua orang, tak kira yang alim, atau baru nak mengenal. Isinya cukup ringkas dan padat. Sesuai untuk bacaan umum. Olahannya juga mudah difahami.

Yang menarik, semua helaian buku berkulit tebal ini adalah licin dan cantik. Ilustrasinya juga menarik, grafiknya juga hebat. Walaupun tiada huraian yang berjela, namun boleh dijadikan rujukan dan bahan bacaan. Untuk tambahan, boleh dirujuk kitab Muktabar lain.


Isi buku INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT ini merupakan panduan untuk diri sendiri (fardu ain), seisi keluarga, masyarakat dan umat sejagat (fardu kifayah). Ia merangkumi syariat ketika kelahiran, fardu ain kanak-kanak, penekaan pendidikan remaja, hukum-hakam muamalat (jual beli), munahakat (nikah kahwin dan rumah tangga) serta amalan zikir, doa dan adab. Semua ilmu bersumberkan al-Quran dan hadis sahih.

Bak kata sahabat saya Ustaz Nazib:

Buku ini memuatkan modul Fardhu Ain diri, keluarga dan masyarakat sepanjang hayat. Buku yang diterbitkan oleh Telaga Biru Sdn. Bhd ini dihasilkan daripada kolaborasi mantap Al-Fadzil Ustaz Dato' Ismail Kamus dan Ustaz Mohd Azrul Azlen Ab. Hamid (Pensyarah Pusat Matrikulasi UIAM).

Katanya lagi...

Dengan berbelanja RM55.00 untuk buku ini saya berpendapat ia sangat-sangat berbaloi dan anda pasti tidak akan menyesal setelah memilikinya. Buku ini amat sesuai untuk rujukan institusi pendidikan di semua peringkat serta boleh dijadikan bahan tazkirah dalam laman blog anda. Saya bukan ape, cuma nak tolong promosi benda-benda yang bagus!

Saya jawab...

Saya pun begitu juga... : )

5 comments:

tice said...

assalamualaikum...SYUKRAN jazilan ya ustazHAMIDI 4 the promotion..

Dari apa yg ustaz cakap ummi rasa meme berbaloi kita memiliki senaskah seorang buku tersebut..dan elok juga kita jadikan CENDERAHATI utk anak-anak/adik beradik/sahabat handai kita..

Lamo doh ummi dok cari buku ILMIASH mcm nie..Kat mana boleh ummi beli ya USTAZ?Syukran

Abu Muazz said...

salam...

thanks for ur respond. saya tak pasti buku tu ada ke tak kat Ipoh. Tapi for sure, ada kat kedai2 buku terkemuka such as MPH, Popular or Saba' Islamic Media..

But then, u still can contact Telaga Biru via this link to order the book.

http://www.telagabiru.net.my/index/produk/buku/30-indahnya-hidup-bersyariat.html

Alangkah bagusnya kalau saya amik 2-3 buah buku ari tuh,... hmmm, nak jumpa sahabat saya tuh, susah dah... time kursus jer .. :)

Anonymous said...

salam.org2 penang@rawang yang minat dengn buku ni,contek ana 0125348346.stok terhad.dijamin murah dari harga pasaran.
yang nk jadi agen pun bleh.wassalam

myzra said...

SALAM.Sahabat yang berminat best seller Dato Ismail Kamus,INDAHNYA HIDUP BERSYARIAT.RM50 shj,murah dari pasaran,
tp stok terhad.contek 014-9437202.http://indahnya-hidup-bersyariat.blogspot.com/.nk beli borong pun bleh.tq

Anonymous said...

Salam. Bagi penduduk sekitar Sungai Petani, Kedah yang ingin mendapatkan buku ini dengan harga special boleh email kepada saya di matraof@gmail.com.
Sekian. Terima kasih.

Popular Posts