Sunday, July 12, 2009

Tahun depan... bagaimana?

Sebenarnya, dah rasa penat. Namun gatal pulak tangan ni nak menaip.

Perasaan saya mula bertanya dan tertanya-tanya... hala tuju dan matlamat saya dalam dunia pendidikan ni. Sejak bergelar warga GPI j-QAF, saya rasa masih banyak yang belum saya lakukan. Usia kian menganjak. Tahun ni, dah masuk tahun ke 5 saya bermukim di sini.

Bertemankan sahabat-sabahat yang begitu sempurna. Walaupun makin ramai yang telah meninggalkan daerah ini, namun masih ada yang setia menanti. Saya? Mungkinkah akan kekal atau cuba merantau mencari angin di tempat lain? Fikirlah sendiri. Sendiri mau ingat...

Sejak bertemu sahabat-2 di PPD dua minggu lepas, dapat juga perkhabaran orang-2 kuat Klang dah tukar daerah lain. Apa nak buat, masing2 ada alasan tersendiri.

Bila duduk semeja, banyak perkara yang dibincang. Masa itulah, semua timbul. Idea tercetus. Cuba dikembangkan agar dapat dilaksanakan. Kekangan tugas, itu lumrah! Semua orang merasai 'nikmatnya'... Siapa cepat, dia ke hadapan... Siapa lambat, dia ketinggalan!

Cuma tinggal setahun lebih sahaja lagi program j-QAF akan dinilai, sama ada berjaya atau sebaliknya. Persoalan yang mungkin timbul:

  • Masih adakah murid yang belum celik JAWI?
  • Masih adakah murid yang belum boleh dirikan SOLAT dengan baik?
  • Masih adakah murid yang masih belum mengenal dan membaca Iqra'?
  • Berapa ramai murid yang telah mampu membaca Al-Quran dengan baik?
  • Berapa ramai murid yang telah khatam Al-Quran?
Persoalan ini mungkin berlegar-legar. Terawang-awang bagi yang tiada perancangan, atau juga perancangan yang tiada pelaksanaan. Atau mungkin juga pelaksanaan tanpa perancangan yang teliti! Buatlah hipotesis sendiri...

Teringat pula teguran daripada GB semasa mesyuarat padi tadi... Kalau kita bertangguh, kerja pasti tak jadi! Jangan disimpan kerja bertimbun, nanti kita sendiri yang merana! Sikit-sikit,.. lama-lama jadi... (jadi apa???) tak jadi kerja la jawabnya...

Ramai mata menumpu. Banyak mulut bercakap. Hanya telinga kami yang mendengar. Tak mengapa, kita dengar... kita buat. Kalau takde orang cakap, takde orang tengok, takde orang menyibuk, maknanya... kita ni tak dipedulikan.

Apa yang perlu kita buat... DO THE BEST! Bukannya sekadar nak mengejar title, tapi menggondol kepuasan! Ya... kepuasan yang tidak mampu dibeli di JUSCO atau MYdeen... Biarkan orang memerhatikan kita, asalkan kita buat apa yang sepatutnya!

Tak mungkin saya mampu lakukan sendiri di sini tanpa komitmen dan bantu tangan serta kaki daripada rakan seperjuangan. Mustahil!

Murid j-QAF sudah mencecah 1,031 +-. Buku Rekod Bacaan Al-Quran WAJIB di isi. Tidak sempat, bukanlah alasan lagi. Bukan hanya di isi waktu untuk pemantauan, atau semasa Hari Terbuka kian tiba. Itu bukti kita buat kerja... sebab itu kerja kita.

Bagaimana pula dengan rekod-rekod yang lain? PKSR Bahasa Arab, Rekod Pemulihan Jawi, Laporan KBS? Rekod Tasmik? Adakah terisi dengan baik dan kemas? Bimbang... risau... mula meruntun jiwa... InsyaAllah, kita buat elok-elok ya...

Moga-moga kecerian Bilik j-QAF (Baitul Hikmah) yang sama-sama saya dan rakan-rakan lain usahakan tengah hari tadi akan menjadi peransang dan momentum kepada kami untuk melakukan 'sesuatu' agar tugas kami ini akan dipandang mulia dan tinggi... bukan untuk dihargai.

Tahun 2009 hanya tinggal beberapa bulan sahaja lagi. Kini sudah masuk fasa kedua, Enam Bulan Kedua. Masa kian suntuk!

Kesibukan dan kekerapan keluar dari sekolah, menggalas tugas dan tanggungjawab PPD mahupun JPS sesekali menggugat kesabaran. Tugasan di sekolah takut terabai. Sekolah ini perlu diutamakan juga. Kerap keluar, pasti mengganggu tumpuan saya di sini.

Hanya kerja yang tersusun dan berperancangan akan mengelakkan semua itu terjadi. InsyaAllah... semoga Allah membantu saya dan rakan-rakan di sini...

Sama-sama koreksi dan muhasabah diri... Tahun depan, 2010 ... bagaimana hasilnya???

0 comments:

Popular Posts