Sunday, July 05, 2009

Mandi Hadas...

Salam...

"Kalau kita nak ajar bab fiqh ni, jangan malu-malu... kita perlu cerita semuanya agar semua yang mendengar akan paham dan jelas... kalau kita sorok-sorok, atau malu-malu nak bagitau... mungkin lain akan jadinya..." nasihat seorang Ustaz suatu masa dulu.

Memang betul. Bila kita nak ajar bab fiqh, terutama Bab Mandi Hadas, akan terbit perasaan malu atau sukar nak cerita pada anak-anak kecil. Apatahlagi di hadapan murid berumur 9 tahun.

Bab Mandi Hadas merupakan tajuk Ibadah tahun 3. Nak tak nak, kita kena ajar. Beritahu apa yang sebetulnya.

Bila nak sentuh tentang sebab mandi hadas, iaitu Haid, Nifas, Wiladah, keluar air mani, bersetubuh dan mati... ada dikalangan Ustazah yang agak segan nak cerita. Murid-murid pun malu-malu nak dengar.

Saya masuk berdua, dengan ustazah... bila nak terangkan bab Haid, Nifas dan Wiladah... ustazah tu terangkan dulu... tapi bila sampai bab keluar air mani, bersetubuh dan mati kecuali shahid, ustazah tu pass kat saya...

"Ustaz sambung yer..." sambil mula bergerak ke belakang kelas, memantau murid.

Niat kita, untuk murid jelas dan faham. Mana yang baik dan mana yang tidak. Bagaimana untuk menjaga kebersihan diri, kesucian hati dan kehormatan maruah diri.

Bila ditanya apa beza air mani dengan air kencing...

Ada yang menjawab (tanpa diaju kepadanya)...

"Warna putih, lekit-lekit... tak cair, kan ustaz?" jawabnya penuh berkeyakinan.

"Macamana awak tahu?" saya cuba bertanya.

"Ada abang, kawan saya la... dia yang bagitau," tersipu-sipu.

Respon murid tadi menunjukkan (pada hemat saya), budak sekarang semakin terdedah dengan soal-soal 18SX nih. Mereka lebih arif dari kita, mungkin. Berbunga rasa bimbang kalau-kalau pendedahan awal ini akan memudaratkan diri mereka, Na'uzubillahi Min Zaalik

Penerangan guru perlu berhemah dan berhikmah. Agar perbincangan tidak menjurus kepada perkara yang tidak sepatutnya.

Belajar Fiqh ni memang menyeronokkan.

Teringat dulu, semasa di Form 3, bila belajar Bab 'Mandi Wajib' ni... mula la kawan-kawan yang agak nakal ni nyakat ustazah yang mengajar. Ustazah H masa tu masih bujang, jadi bila terangkan bab bersetubuh... naik merah muka dia. Apatahlagi bila 'diserang hendap' dengan soalan-soalan yang bertubi-tubi daripada kami...

Oleh sebab dalam kitab tu terlalu detail... so, nak tak nak ustazah H kena jelaskan juga walaupun saya tahu, dia tak nak cerita.

Last-last... hari tu, dia keluar kelas sebelum waktu tamat. Tak tahan dengan soalan-soalan pelik. Kesian dia. Hampir seminggu tak masuk kelas. Malu, geram dan malas nak layan. Memang classmate saya masa tu agak nakal sikit...

Bila masuk Cikgu F, (perempuan gak) yang mengajar Sains... ajar pulak Bab Pembiakan Manusia. Tajuk favourite la tuh. Study maut lagi bab tuh. Bila ditayangkan carta tubuh dan organ pembiakan, maka bermula lah cerita yang lain...

Ada yang tergelak-gelak, malu-malu dan yang nakal... apa lagi, mula dengan pertanyaan dan teori yang macam-macam yang akhirnya, carta diturunkan, Cikgu F terus skip tajuk tu... kami belajar Bab Pembiakan Tumbuhan dan Haiwan je... padan muka kami...

Pada saya... antara guru lelaki dan perempuan, guru lelaki lebih terbuka dan berkeyakinan. Tetapi kalau kena dengan cara lawaknya, satu kelas pasti akan gamat.

Tapi, susah sebenarnya nak terangkan hal ini kepada murid kecil ini. Namun, nak ke tak nak... kena terangkan juga. Itu tugas kita...

Jadi, terangkan dengan penuh hikmah... selamat mengajar
Antara respon murid:

"Tak payah kawin la macam ni... menyusahkan jer"...

2 comments:

tice said...

assalamualaikum...

Baguslah guru-guru j-QAF nie...tekankan bab-bab yg sepatutunya ditekankan..coz meme ramai budak-budak kurang memahami tentang MANDI HADAS ni..

Tambahan pula pd zaman serba moden ni,tahap kematuredran(kebalighan)murid-murid nampaknya semakin cepat berlaku..(mungkin disuapkan dengan mcm2 rangsangan yg mempercepatkan kebalighan..)

Kalau 'dipraktikalkan' lagi bagus kan ustaz?Coz ada juga kalangan ibubapa yang ambil sambalewa jer mengajagar anak-anak mandi HADAS ni kecuali yg PEKA dan takut DOSA dengan ALLAH

Abu Muazz said...

salam ummi...

betul, budak sekarang cepat matang mungkin kerana environment dan pergaulan...

itulah peranan pendidik, menerangkan dan mendedahkan... ibubapa pula, memantau dan membimbing dirumah...

Popular Posts